Wakil Sri Gading syor lantik Pak Lah Menteri Kanan
SEORANG penyokong kerajaan menyarankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik Menteri Kanan selepas peralihan kuasa dilaksanakan Mac ini sebagai penghargaan dan simbol terima kasih kepada sumbangannya.
Mengemukakan saranan itu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading), jawatan itu juga bagi menjaga kedudukan Abdullah yang akan terus memegang jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas dan bakal menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti biasa selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri.
“Bila lepaskan jawatan Perdana Menteri, beliau akan jadi Ahli Parlimen biasa... macam mana kedudukannya dalam Dewan ini, di mana beliau akan duduk. Takkan nak duduk sebelah Kinabatangan (Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin).
"Jadi, saya cadangkan apa salahnya jika kita ikut negara jiran kita (Singapura)... bagi beliau kedudukan sebagai Menteri Kanan kerana bekas Perdana Menteri kita sebelum ini tak pernah (berhenti) di tengah persidangan Dewan," katanya.
Berucap membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata, situasi dihadapi Abdullah berlainan kerana masih menjadi Ahli Parlimen sehingga Pilihan Raya Umum selepas ini.
Saranan itu dicelah beberapa wakil rakyat pembangkang yang memohon penjelasan berhubung punca sebenar Abdullah membuat keputusan melepaskan jawatan Perdana Menteri.
(................selanjutnya di SINI........)
Ulasan Saya
Peralihan kuasa MAC ini yang dirasakan agak janggal oleh sesetengah pihak, semakin bertambah janggal dengan syor yang telah diberikan oleh ahli parlimen Sri Gading yang mahu Pak Lah dilantik sebagai Menteri Kanan Persekutuan selepas takhta beliau dirampas Najib (benarkah Najib...???)
Bagi saya, perkara ini sangat MUDAH untuk difahami...
SYOR itu malahan adalah SATU BUKTI KUKUH bahawa bukan Pembangkang sahaja yang tidak meyakini kepimpinan Najib, malah para pendokong Barisan Nasional sendiri turut sangsi!!!
Tak percaya? Petikan berita di atas itu BUKTINYA!
p/s : alahai...Najib...


5 ulasan:
Salam...
Lax... Datuk Mohamad aziz nie pelawak baru dalam gerombolan ke??
Knapa perlu tiru negara yang takdak raja???
hahaha... nampak sangat geng gerombolan nie takut ngan najib!!!
Tq ... Salam kenalan . kembali dialu alukan datang beaufort ...
Kita sangat lah beliau dilantik menjdi menteri ... sebabnya beliau kita ni .... bersih ... dan kita cadang beliau jaga SPRM
Datang Beaufort Kita mINUM TEH ....
to tarabaz78 :
hahaha! bro, salam kenalan.. nape bile klik name lu xde ape yang muncul?
sal pak aziz ni, die tgh risau tu... kawasan die panas ngan mereka2 yang gilakan kuasa... so, dia ni amik kesempatan la nak bodek, coz geng najib tak suke ngan die kut... heh!
to bro junaidi :
salam tuan, insyaALLAH, ada masa, kita minum sama2, ndak d beaufort pun, d mana2 jak, asal tejumpa...
Catat Ulasan