Towards The Undisputable

Foto Saya
Laxmana
Sandakan, Sabah, Malaysia
These COMPLICATIONS juz keep on coming... There ain't NO RUNNING... When it comes to life... That's how it goes...
Lihat profil lengkap saya

Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Puncakmaya * The House of Balance Living

Jumaat, 2009 Jun 12

Monolog Seorang PERWAKILAN ...

Terasa merenyam jemari ini untuk mengukir beberapa bait kata. Walaupun agak janggal dan semacam sehingga "ketikan ini", namun akan kuteruskan jua... Heheh! Ngengade jer kan? Nak taip, taip je lah, muqaddimah tak perlu, "langsung aja ke soal pokoknya..."

Tapi, almaklumlah, dah lame gua tak berkesempatan mencoretkan segala gambaran minda untuk tatapan dan nilaian semua... Mestilah kekok sket beb... Hahaha!

Sebenarnya, gua terpanggil untuk mengulas beberapa peristiwa yang sempat gua harungi...

Sekembalinya gua dari Tanah Bersejarah Sumatera Barat (Kabupaten Padang Pariaman, Bukit Tinggi, serta Daerah/Kampung Danau Maninjau, tanah tempat lahirnya seorang tokoh agama serta tokoh pemikir tersohor, Almarhum Prof Buya HAMKA), gua terus mendapat panggilan bertalu-talu daripada beberapa individu termasuk beberapa aktivis PAS Sabah.

Sekonyong-konyong melangkah kaki keluar dari balai ketibaan antarabangsa LCCT, ketiga-tiga telefon bimbit gua mengeluarkan bermacam bunyi pada masa yang seakan-akan serentak. Bunyi tersebut memberi erti bahawa gua menerima beberapa mesej. Dan seperti selalu, tangan serta jemari gua secara automatiknya bergerak-gerak menekan punat-punat yang berkaitan.

Mesej tersebut datangnya daripada :

1) (^_^) => Yang ni sewajibnya... Heheh!
2) YDP PAS Kawasan gua => Yang ni agak luar biasa... Huhu
3) Ustat => Yang ni pun agak mengejutkan...
4) Angah => Yang ni kakak gua yang kini berjuang memperbaiki masa depan beliau...sebagai seorang Ibu Tunggal Yang Berkharisma... Ameen... (come on sis! go for it! right behind u! haha!)
5) Dan DiGi => Yang ni expected... "You have a missed calls (17) from **********... Dan gua teramat mengenali nombor tu... "Macam pernah nampak, tapi di mana ya?"... 3 saat selepas itu tapak tangan gua berjaya menghinggapi dahi sendiri, yang tu nombor Mak Gua!!!

Tapi, apa kaitan Mak Yang Tersayang dengan YDP PAS Kawasan gua?? Ah, lantaklah... Gua pun dengan bangganya menunaikan tanggungjawab gua sebagai seorang anak yang soleh (cewah! hik2!) lantas terus menghubungi Beliau, Permaisuri Hidup Kami, Tun Teja Kami itu... Dan berlakulah perbualan seperti berikut :-

"Assalamu'alaikum. Mak, si Boy ni (panggilan manja gua...huahuahua!). Sampai sudah aku di airport, LCCT"

"Wa'alaikumsalam nak ku. Sihat jugak kau sayang? Sama siapa kau tu? Siapa ambik kau di airport?"...lalu seperti yang dijangka, keprihatinan Mak gua sangat2 tidak tertandingkan, gua belum pun sempat fikir2 sape yang gua akan jadikan mangsa untuk menjemput gua dari airport dan terus melawat 2 pejabat yang telah lama gua tinggalkan segala urusannya... Huhu...

"Ndak tau lagi Mak, belum lagi sempat cal sapa2 ni, cal Mamak dulu. Mamak cal aku tadi? Banyak kali plak tu, ada yang important dan emergency? Mamak sudah jumpa jodoh untuk aku? Hahaha!"... Haa, dialog2 di atas merupakan slanga Sabahan yang menjadi Kata Pengantar Utama dalam keluarga gua, yang mana English Languages are always be number two... Hahaha! Jika anda 'Urang Sabah', maka penghayatan ceritera dijangkakan berkali ganda... Jangan Marrah... Heh!

"Ah, kau ni, main2 jak, aku kasi kawin kau nanti sama Putri Pughut baru kau tau. Eh, ada durang si Kaksu telipon kau? Si Ustat sama si Along pun turun tu. Kau ndak pigi?"

"Pigi mana? Muktamar? Ndada pun durang telipon"

"Kau kan di Indon, mana la durang dapat telipon. Cubalah kau telipon durang nanti. Ai, jadi, siapa lah ambik kau tu?"

"Mungkin Bos ku Mak, aku punya MD. Ni baru dapat mesejnya. 8 minit lagi dia sampai bilangnya"

"oooo...Bah, baik2 kau nak, jangan kau lupa telipon durang ah. Cikgu Hasan pun cari kau", Cikgu Hasan tu lah YDP PAS Kawasan gua...

"Iya Mak, iya Mak... Nanti aku cal semua, ok dulu ah Mak, nanti aku telipon Mamak lagi. Mamak jangan lupa makan ah, jaga kesihatan, kim salam sama semua, si Bada', Mak Long, semualah... Bye Mak, Assalamu'alaikum..."

Gua tak sempat buat pape coz MD (Managing Director) gua dah sampai... Huhu... Cayalah! Bangga... Bangga... MD yang jemput wooo....! Hahaha! Thank you BOSS! Gua caya sama Lu! Dan caya diri gua sendiri gak! ;)

Dipendekkan cerita... Rupenye gua diminta untuk mengisi salah satu tempat sebagai Perwakilan PAS Kawasan gua... Panjang jugak gua berfikir...

Bebanan yang agak ralat dipikul, lebih-lebih lagi pada keadaan gua yang semakin BERPRASANGKA atas segala macam bentuk hidup dan kehidupan yang berkait dengan sebarang perkataan POLITIK...

Harus gua mengakui di sini bahawa gua sememangnya telah beberapa lama agak menjauhkan diri daripada menjadi pelaku-pelaku aktif dalam bidang yang diangkat sebagai penentu arah perkara-perkara penting manusia ini...

Mungkin gua terjangkit penyakit yang sering digembar-gembur itu... Mungkin juga gua sedang dalam usaha mengatasi kekeliruan... Mungkin juga gua dah malas... Fed-up maybe..? Atau mungkin apa saja...

Bila KEPERCAYAAN dipertaruhkan...
Bila MINAT menjadi tepu tersalah acuan...
Bila KETELUSAN bukan lagi amalan...
Bila KAWAN jadi LAWAN...
Bila KEDUDUKAN menjadi keutamaan...
PENDIRIAN sirna bersama satu kekalahan...
Gagal!!!


2 Bentuk Ujian Ketahanan Modul YANG MAHA ESA... :-

a) Tahan ketika susah
b) Tahan ketika senang

Ramai yang telah upaya membuktikan KETAHANAN masing2 pada ujian berbentuk a)...
Hampir kesemuanya KECUNDANG pada ujian tahap b)...

Dan akuilah Saudara Senegaraku sekalian!! Bahawa inilah HAKIKAT pahit perit yang perlu diberikan SEGENAP PERHATIAN!

p/s : moga ini liku-liku kurniaan TUHAN dalam kita menuju satu KEAMPUHAN !!!

1 ulasan:

tajudin berkata...

bagus kalau semua orang cari-cari...nak mintak pandangan kot

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum

Recent Comments