Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 4 September 2009

Gedung Kartun : The Rise Of KoncoZunar !!!


Akhirnya... Setelah sekian lama mengidam menjadi salah seorang pemiliknya, mengidam untuk menjadi peminat setianya, mengidam menjadikannya halwa minda... Aku berjaya memperoleh naskhah keluaran volume pertama!

Majalah Jenaka Alternatif! Gedung Kartun!

Yang lawaknya, aku memperolehnya terjual di kedaiku sendiri! Yeah! Thanks to Marikh News & Magazine! Supplier akhbar & majalah untuk kedaiku... Tahniah coz korang memang sempoi, jual je ape yang boleh dijual... Hik2!

Believe me, kru Gedung Kartun sememangnya telah berjaya mempersembahkan SESUATU yang amat berharga buat seisi dunia amnya, dan seluruh rakyat Malaysia khasnya.

Aku yakin dan percaya, orang-orang UBN juga (karat Be eNd pun sama) akan turut terhibur dengannya, terisi minda dengan mesej2 yang cuba disampaikan melaluinya... Yang tak suka sudah tentulah cuma mereka yang terlibat dan dilibatkan sebagai pengisi watak-watak di dalamnya... Contohnya... H1N1 (which equals to hishamuddin najib 1 Malaysia)... Hik2!

Kepada member-member-ku, terutama yang tidak berpeluang mendapatkan naskhah ini lagi, antara pengisian di dalam majalah tersebut adalah :-

Negaraku... Kibaran bendera mongolia... Cerpen Ulan Bator (my favourite! kalau ada request dari sesapa, aku sanggup bersengkang mata untuk taip semula dan jadikan salah satu entri dalam blog nih)... Perampok Merdeka... Siapa Bunuh Beng Hock (penyampaian yang dapat mencuri kefahaman semua lapisan masyarakat termasuk kanak2)... SPeRMa... Air Liur Basi (kisah sumpah sumpah)... Hikayat di Bumi Kome (cerita Perak)... Ragam Datuk Nazak... Rosmoh (hahahaha!)... Kak Yong (kisah semangat marhaen)... Riwayat Puru (3 sekawan adun lompat Perak)... Jambry vs nijar... Nostalgia 98 (mata lebam DSAI)... Demo anti ISA dan Demo Demo lain... DemoKERASi... Poster Utama (memperlihatkan seakan-akan semua orang bergelaran Dato' tan sri tun datin, also my favourite!)... 2 Tun... Dol Kerepek... Kamus Konco (my favourite!)... Tuan Tanah Kedaung (khir toyo)... PELUDAH BAHASA (karya A. Samad Said)... H1N1/2... Ahli Parlimen Dilarang Mati (kah kah kah!)... Muqabalah... Pesan Ayah M (warisan senjata ISA)... Racau (Pyan Habib)... Serta sketsa-sketsa karya para kru Gedung Kartun yang tak kurang SATIRAnya...


Puas Membaca... RM4.00 sahaja... Dapatkan Sekarang! Heheh! Yeah!

THE REST IS HISTORY !!!

1 ulasan:

perfectwater75 berkata...

Salam!

Teruskan istiqamah menata perjuangan mencerlang kebenaran...

سلام عيدالفطر المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين

Semoga kita terus meneguhkan ukhuwah dengan TALI ALLAH...ALHAMDULILLAHIRABBIL'ALAMIN

thx!

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum