Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Sabtu, 30 Januari 2010

Crack This! Teka Teki Albert Einstein


Terdapat 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna yang berbeza. Setiap rumah dihuni oleh seorang pemuda berlainan bangsa. Setiap penghuni menyukai sejenis minuman tertentu, merokok sejenis rokok tertentu dan memelihara sejenis haiwan tertentu. Tidak satupun daripada kelima-lima pemuda tersebut yang meminum minuman yang sama, merokok jenis rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.


Pertanyaannya : Siapakah yang memelihara IKAN?

Petunjuk:
Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
Orang Swedia memelihara anjing.
Orang Denmark sedang minum teh.
Rumah berwarna hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah berwarna hijau sedang minum kopi.
Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah sedang minum susu.
Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama.
Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
Orang yang merokok Winfield sedang minum bir.
Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia.
Orang Jerman merokok Rothmans.
Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Albert Einstein menyusun teka teki ini pada abad yang lalu. Beliau menyatakan, 98% penduduk di dunia tidak mampu memecahkan teka teki ini. Apakah anda termasuk yang 2%?

1 ulasan:

arash berkata...

Salam,

Tuan.. ikhlas.. koi tak termasuk dalam 2% tu... dah bertahun koi dapat soklan nie dari kawan koi.. sampai skrg koi tak leh jawap.. yg koi syak, kawan koi yg bg soklan nie pun takleh jawap.. hahaha

p/s: kalo tuan ada jawapan nya kirim kan ke e-mail koi... hehehe

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU