Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 26 September 2008

PERUTUSAN AIDILFITRI


Di kesempatan ini, izinkan saya menitipkan salam dari kejauhan...

Salam Lebaran dan Mohon maaf zahir dan batin...

Terutama buat rakan-rakan MAYA...

ABOO (Gua caya sama lu!) & LADY DARK (Gadis Gelap @ Dr Sophia)... Anak Malaysia, Asam Lambunau, Zaidi Durian Ranau, dan Sumandak Bayu yang merupakan rakan-rakan senegeri saya... Ashikin Abdullah teman maya yang baru... Assirkami lidah Melaka... Salman @ Bayu Gunung teman dari bumi Tawau... Belle yang happy go lucky... Saudara Bumi Langit yang saya belum berpeluang mengenali... DAUS yang slumber badak (plus jiwang karat)... Family MARSIS yang dikasihi... FIRAZZURRI yang macho (peminat setia Upin & Ipin)... Brother HARIS Sandakan Origin teman sedaerah... Hilal Asyraf penulis cerpen @ novel yang sangat berbakat... Brother KM @ Kebencian Maharaja yang pemalu... Khyrul Hycal ex-student UMS... Brother KUCHALANA yang selalu positif dan bergeliga... Lieza yang dah hilang pautannya (lepas raya saya cari balik k)... MADIE my fellow ex-school mate (form 6)... Marini Politikus Angin Ahmar... NURAFLAH pejuang kebenaran... KEKANDAKU yang disayangi AIMAN ATHIRAH AL-JUNDI (Pena Perjuangan)... PENDEKAR alam maya... Brother PERFECTWATER yang dihormati... QASEH-ku yang comel dan manja... Geng Sabahan Bloggers... TAJUDINMS yang sekejap ada sekejap xda (hehehe)... Geng Tawau Bloggers... TROPICOLOCO yang sempoi... Unwanted Citizen yang belum berpeluang dikenali... Saudara WHITE NAVAL yang suka benda pelik-pelik... YANTI member yang panjang akal... Dan ZARA the cheerest...

Juga kepada PARA BLOGSTAR yang terpaut dengan halaman ini :

Brother ALBANJARI yang gila-gila... UMMI HANI NASUTION... Saudara Hasbullah Pit a.k.a. SEBOL yang proaktif... Hishamudin Rais Tukang Tukar Tiub yang penuh SENI... HUSIN LEMPOYANG saudagar unta leher panjang... Brother KERAJAAN RAKYAT yang disegani... Kura-kura Merah Jambu... Maharaja Blogger... Malaysian Unplug... Saudara MSO yang bijak pandai... Perak Bangkit yang ekstrem... TOPENG PERAK sahabat saya... Wak Raden Jowo... Tok Ghimau yang pandai menaip... PAK BAKAQ Tukang Tarik Beca... Dan saudara ZUBLI ZAINORDIN Juru Analisis Kita... Serta saudara Wan Johari Jiwo Klate...

Kepada Ahli-Ahli PARLIMEN MAYA (YB-Yang Ber-Blog) Debat Rakyat terutamanya Tuan Yang Di-Pertua Dewan yang dihormati... InsyaALLAH, lepas Raya kita debat lagi... Hehehe!

Juga kepada Malaysiakini... Heh!

Dan kepada PARA PENGUNJUNG yang setia dan tak setia, yang sengaja dan tak sengaja, yang sudi mampir ke laman ini... Dan tak lupa Brother Arjun yang minat isu kemiskinan...

Jutaan kemaafan dambaan hati...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!


p/s : maaf kalau ada yang tercicir... maaf... maaf... ;)

TERIMA KASIH MalaysiaKini


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana telah memberikan peluang kepada beberapa artikel tulisan saya (lebih kepada ulasan sebenarnya) untuk terbit dan dipautkan ke laman "malaysiakini in blog".

Setakat ini, tiga artikel saya telah mendapat pautannya di laman tersebut. Sekali lagi, terima kasih Malaysiakini.

Berikut merupakan pautan kepada artikel-artikel tersebut. Please, feel free to explore :

>>>Tak Mungkin Pemuda Sabah Sokong Khairy ; Malaysiakini<<<
>>>Theresa Dah Minta Maaf, YB DAP Kota Kinabalu Bila Pulak? Malaysiakini<<<
>>>Malaysiakini ; RM100 Juta Untuk Rakyat Miskin Atau...???<<<

Nota : Saya juga tidak menyokong kepada kegiatan spamming 'malaysiakini' yang telah disalahgunakan

p/s : thanx... ;)

PARLIMEN MAYA Memulakan Persidangan !!!


ALAM MAYA, 25 September 2008 -- Parlimen Maya hari ini dilaporkan membuka sidang rasminya bagi membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh para YB (Yang Ber-Blog) yang baru dilantik menganggotainya.

Yang Di-Pertua Parlimen Maya telah meluluskan usul pertama yang dikemukakan oleh YB Harimau-Menaip. Usulnya adalah seperti berikut :

Tuan Speaker, saya mencadangkan agar undi tak percaya dimulakan terhadap YB Khairy Jamaluddin kerana beliau pernah memanggil blogger sebagai Beruk.

Yang Di-Pertua Parlimen Maya dipetik sebagai menyatakan :

Saya dengan ini meluluskan usul tersebut dibentangkan dalam Debat Rakyat. Adakah ahli-ahli YB menyokong atau membantah usul tersebut? Silakan berbahas!


Maka, dengan itu, secara rasminya Parlimen Maya dilaporkan memulakan persidangan.

Nota : Laxmana juga telah diluluskan menjadi YB! ;)

>>>Klik Sini Untuk Mengikuti Sidang Parlimen Maya Secara LIVE!<<<


p/s : pergh! sekali lagi gua tejangkit daripada Tok Ghimau... Heh!

Khamis, 25 September 2008

Malaysiakini ; RM100 Juta Untuk Rakyat Miskin ATAU...???

Saya tertarik untuk mengulas artikel tulisan (laporan) saudara Jimadie Shah Othman (wartawan) yang bertajuk "RM100 Juta Untuk Rumah Rakyat Miskin", dari MalaysiaKini.

Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM100 juta untuk projek perumahan bagi rakyat berpendapatan rendah bawah skim Rumah Mesra Rakyat (RMR), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kerajaan berharap peruntukan tambahan ini akan membolehkan lebih lebih ramai rakyat mendapat manfaat terutama di kawasan luar bandar seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna," katanya sebagai menteri kewangan, yang baru dilantik minggu lepas.

Dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, beliau berkata, peruntukan besar itu akan membolehkan 1,500 unit RMR dibina di seluruh negara. (BACA SELANJUTNYA DI SINI)


Sebuah Perkampungan Di Kawasan Pontian, Johor

Rumah Ini Kelihatannya Sangat Mesra Alam Kerana Lantainya Juga Mengikut Bentuk Ombak


Saya terfikir, adakah tuan yang empunya rumah di atas akan turut sama memperoleh tempias daripada peruntukan RM100juta itu? Adakah mereka ini terlibat sekiranya kita menurut DEFINASI KEMISKINAN @ RAKYAT MISKIN anjuran kerajaan???

Namun, persoalan itu terjawab setelah saya terbaca perenggan seterusnya tulisan (laporan) saudara Jimadie :

"........Skim ini diperkenalkan untuk membantu rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 untuk memiliki rumah sendiri. Untuk memohon skim ini, pemohon MESTILAH mempunyai tanah sendiri atau tanah saudara mara terdekat yang memberi kebenaran berkanun untuk menduduki tanah tersebut. Seseorang berumur antara 21 hingga 65 tahun layak memohon.
Melalui skim ini, pemilik hanya menanggung DUA PERTIGA daripada kos pembinaan, manakala selebihnya ditanggung oleh kerajaan......."

Apa pendapat anda? Rasanya pemilik rumah pada gambar di atas layak atau tidak untuk memohon???

TIDAK!!! Kerana mereka sudah tidak punya TANAH!!! Mereka tinggal di ATAS AIR!!! Tanah pusaka mereka telah HABIS DIROMPAK!!! Oleh siapa? Heh! Anda jawab la sendiri...

Jadi? Untuk siapa sebenarnya peruntukan itu? Kroni? Kontraktor dan Sub-Kontraktor milikan "kawan-kawan"?


Jadikanlah Kemiskinan Itu Sebagai SEJARAH!

Perhatikan "flow-chart" di bawah :

Kenapa mencuri? - Sebab takde duit nak makan - Kenapa takde duit nak makan? - Sebab takde keje dan tak berpeluang berniaga - Kenapa tak keje/berniaga? - Semua peluang dah kena sapu - Takde keje kosong ke? - Ramai sangat penduduk, tapi kurang peluang pekerjaan - Kenapa takde peluang pekerjaan? - Kerajaan tak tawarkan! Kerajaan tak tadbir negara dengan baik! Kerajaan pentingkan diri sendiri! Kerajaan KAKI RASUAH! Kerajaan bla bla bla...! Kerajaan bla bla bla...(saya malas nak tulis dah sebab banyak sangat...)

Sampai bila perlu kita melalui semua ini? Sedangkan semua ini telah dilalui sejak 51 tahun yang lalu lagi. Apakah kita perlu melaluinya sehingga 51 tahun lagi, dan kemudian 51 tahun lagi, dan lagi dan lagi dan lagi...???

Seorang hamba ALLAH pernah berkata pada saya :
"Aku tak HALALKAN pembinaan Putrajaya, Seri Kembangan, Mahligai Perdana Menteri, sedangkan wang kos pembinaan itu boleh diagih-agihkan kepada semua rakyat Malaysia termasuk AKU yang takde duit nak sambung belajar nih! Inilah International University of Life!" - Su'aidah Ruhiyyah -

Come on Arjun, i need you to comment on this!

Nota : Dulu ada PPRT, sekarang RMR pulak, akan datang ABC kut...?

Gambar Ihsan : >>>Pena Perjuangan<<<


p/s : why do we have to suffer this... :"(

Rabu, 24 September 2008

PM BEDTIME STORY ; Memudahkan Ketiduran

Kisah ini khas ditujukan buat ehem-ehem... Faham-faham je LAH... :

Di sebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.

Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamerkan mempunyai gambar-gambar Raja.

Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.

Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.

Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.


Sumbangan : >>>CeritaLucu<<<

p/s : nak pinjam ungkapan Topeng Perak lagi... Khak! Ptuih!

Theresa Dah Minta Maaf, YB DAP Kota Kinabalu Bila Pulak? ; MALAYSIAKINI

Akhirnya, YB Theresa Kok sanggup memohon maaf atas kesilapan beliau tentang METAFORA tak sesuai yang dipergunakan sebelumnya menyamakan beberapa jemput nasi, kuah, 2 potong timun serta 2 biji telur, dengan makanan anjing.

Beliau dipetik sebagai berkata ; (Rujukan : Malaysiakini)

"Okay, baiklah, Anda temui kesilapan saya dengan bantuan pita video dan segalanya, dan saya boleh menerima kritikan seumpama itu," katanya merujuk kepada rakaman video berhubung komennya mengenai makanannya ketika dalam tahanan.

Sambil menegaskan beliau tidak berapa ingat mengenainya kerana jadualnya yang ketat selepas pembebasannya, Teresa bagaimanapun menuduh pengkritiknya memperbesar-besarkan isu tersebut untuk mencetuskan sensitiviti orang Melayu berhubung haiwan tersebut.

Teresa sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan sengaja menggunakan istilah 'makanan anjing' untuk menyinggung perasaan orang Melayu.

"Mungkin, sepertimana yang dikatakan oleh rakan-rakan, saya sepatutnya berkata makanan yang diberikan kepada saya itu lebih teruk daripada makanan kucing," katanya berseloroh.

Sebelum ini, istilah yang beliau gunakan itu dikritik hebat oleh beberapa pengendali blog (termasuk saya sendiri) sehinggakan terdapat beberapa laman yang menganjurkan kempen menterbalikkan gambar beliau. Pautannya seperti berikut :

>>>>>Al-Banjari Online<<<<<
>>>>>>Perisik Rakyat<<<<<<

Ulasan saya mengenai isu tersebut boleh dibaca di :

>>>>>Menjawab Isu Menterbalikkan Gambar Theresa Kok<<<<<

Apa pun, cuma itu yang diharapkan oleh para pengkritik beliau, hanya permohonan maaf secara terbuka yang sekaligus dapat menangkis dakwaan bahawa beliau SENGAJA membuat perumpamaan tersebut.

Amatlah diharapkan yang permohonan maaf itu betul-betul lahir dari keikhlasan beliau tanpa ada niat di sebaliknya. Beliau juga akan meneruskan hasrat ingin menyaman UTUSAN MALAYSIA dan Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

Meminjam kata-kata Topeng Perak a.k.a. Perisik Rakyat, "baguslah dia dah minta maaf, korang ingat ade ker pemimpin BN yang sanggup minta maaf gitu kalau dah jelas buat salah?"

Sorang lagi YB DAP yang patut minta maaf!!! BACA SINI!!!


p/s : ade sorang lagi yang kene minta maaf nih... baca >>>SINI<<<

AIRFORCE ONE : IRANIAN Version !!!

This Plane belongs to Iranian President. Come and take a look what's inside it :











p/s : so beautiful... May ALLAH will always be with them...

Beberapa Perkara Tentang Sabah

Evolusi Bendera Sabah

Berikut pula merupakan senarai Yang Di-Pertua Negeri Sabah :

Heads of State (title Yang di-Pertuan Negara ; from 1976, Yang di-Pertua Negeri)

  • 16 Sep 1963 - 16 Sep 1965 Tun Mustapha Harun
  • 16 Sep 1965 - 16 Sep 1973 Datuk Pangeran Ahmad Rafai
  • 16 Sep 1973 - 28 Jul 1975 Tun Mohd Fuad Stephens
  • 28 Jul 1975 - 12 Oct 1977 Datuk Mohamad Indan Kari
  • 12 Oct 1977 - 25 Jun 1978 Tun Ahmad Koroh
  • 27 Jun 1978 - 31 Dec 1986 Tun Datuk Mohamad Adnan Robert
  • 1 Jan 1987 - 31 Dec 1994 Tun Mohamad Said Keruak
  • 1 Jan 1995 - 31 Dec 2002 Tun Sakaran Dandai
  • 1 Jan 2003 - now Datuk Ahmadshah Abdullah
sumber : http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm

p/s : sekadar untuk simpanan peribadi... ;)

Selasa, 23 September 2008

DAP BUAT HAL LAGI! Kali Ni Dengan Orang SULU Pulak

The following article is taken from HERE and HERE :

DAP Queries If SULU Paper Has Government OK

Kota Kinabalu: DAP MP Dr Hiew King Cheu has urged the authorities to investigate if a new tabloid calling itself The New Sulu Times (Suara Tausug) is being published in compliance with its purported permit.

The 12-page newspaper being sold at RM1.80 per copy was handed to him by a complainant on Tuesday.

Written in the Tausug language and Bahasa Malaysia, the newspaper printed the Kementerian Dalam Negeri (KDN) permit number-1-20-Julai-KDN: PQ/PP1506(307).

"Why is a Sulu paper permitted to be published and sold openly in Sabah?

The content of the paper is about the Sulu Sultan, IMM13, and the street children issue, etc. Is it true that it has obtained the permit from the KDN?

"More important is whether it is following the guidelines stated in the permit?" he asked.

If the format of the newspaper is as it is being printed now, the general reaction of the public is that it should not be allowed to be published at all, he said.

Hiew called on the Home Affairs Minister to explain the reason the publication permit was issued as well as the conditions for the permit.


Ulasan Saya :

Apa masalah dengan penerbitan akhbar SULU ni?

Panggil YB DAP tu, gua nak sembang ngan dia...

Dia sape?

Permission is always granted by the government to release the paper with whole 'chinese' language... And 'Tamil' language... Also 'Kadazan Dusun' language... SULU jugak kaum PERIBUMI! (p/s : ade sesiape yang nak pertikaikan? silalah...)

There should goes the same with this...

Kenape nak persoalkan? Ape isi kandungannya yang boleh dipertikaikan? Sekiranya ada, so, kemukakan...

Ape masalah ni? Gua tak nampak ade masalah pun!

Ini ke demokrasi anjuran DAP?

Gua rase YB DAP Sabah ni memang ketinggalan kut... Cakap ikut suke dier, kejap lagi kene tegur lah tu...

Sebelum orang lain tegur, meh gua tegur dulu...

In case YB DAP tu ade terbace komen gua nih, gua nak tinggalkan pesan buat dia :

"dearest YB, kalau tak puas hati dengan komen saye ni, YB dijemput ke laman saye, dan if u wish to meet me in person, I'll certainly will meet u, tapi bukan saye yg kene pg jumpe YB, YB yang kene datang jumpe saye, dan kite bleh berbincang, and let me tell u why i said your comment is not good!"

-i am Sabahan-


p/s : mmm, bro Nuar, bleh tak tolong suruh pemimpin-pemimpin DAP ni stop buat kenyataan yang boleh dijadikan sebab untuk tidak mengundi diorang lagi...???

Pertemuan 6 Mata - Anwar, Hadi & Nik Aziz

Gambar Nie Ade Aura lah... Hehehe!


Dari Siasah Daily :

KOTA BHARU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.

Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.

Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.

Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Amran Abdul Ghani dan Abdul Aziz Abdul Kadir. (Dipetik dari SINI)

Ulasan Saya :

Agak-agaknye lah, ape yang diorang bincang ek?

Saya yakin dan percaya pastinya pertemuan itu akan membuahkan hasil yang teramat ditunggu-tunggu oleh semua. Pastinya pertemuan tersebut ada kaitannya dengan pengambilalihan Kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat. Apa-apa pun, kita nantikan bersama.

p/s : tunggu dan lihat... seronok tengok mereka bertiga dalam gambar atas tuh... ;)

Tak Mungkin Pemuda Sabah Sokong Khairy - MalaysiaKini

Dari Malaysia Kini :

Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti Disember ini.

Ketua Pemuda Umno Sabah Datuk Japlin Akim berkata Khairy telah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.

“Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain,” katanya kepada Bernama hari ini. (BACA SELANJUTNYA DI SINI)

Ulasan Saya :

Pemuda Umno Sabah sokong Khairy atau CUMA Ketua Pemuda Umno Sabah yang terpaksa terus menyokong Khairy? Japlin Akim telah membuat kenyataan yang secara relatifnya gagal! Beliau gagal menyelami hati para Pemuda Umno akar umbi. Dan ini, saya PASTI!

Saya secara peribadi agak rapat dengan beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda Umno Sabah. Dan saya tau apa sebenarnya yang sedang berlaku dan mereka berpihak kepada siapa.

Siapa Khairy?

Bagi saya kenyataan yang dibuat oleh YB Japlin Akim itu lebih kepada pendapat peribadi beliau dan tidak menggambarkan pandangan keseluruhan. Kepada Khairy, saya rasa beliau tidak perlu untuk bersorak kerana apa yang boleh saya pastikan di sini, Mukhriz M telah berjaya membina tapak yang terlalu kukuh di Sabah sejak sedekad yang lalu.

Sepatutnya tajuk laporan Malaysia Kini ini adalah, "Japlin Akim dan Beberapa Orang Kawan Sokong Khairy!".

Nota : Japlin Akim kata Khairy baik dan bole dipimpin??? Hahahaha!

p/s : tak percaye dengan saye? cubelah buat risikan... hehehe!

Corat-Coret ; Kenapa Kerajaan Tak Berubah Lagi

Dengan segala hormatnya saya ingin memohon izin kepada Tuan Yang Di-Pertua Blogspot untuk membahaskan beberapa perkara, yang merangkumi beberapa perkara daripada perkara-perkara yang ingin saya bahaskan dalam perkara ini, yang sejujurnya, saya sendiri pun tak paham apa sebenarnya perkara yang ingin disentuh dalam perkara ini.

Heh!

Baiklah, kita tinggalkan segala perkara yang saya sebutkan dalam perkara di atas kerana saya ingin mengajak anda untuk membincangkan suatu perkara yang lainnya.

23 September 2008, hari yang disebutkan oleh DSAI sebagai tempoh paling lewat Pak Lah diminta memanggil sidang Dewan Rakyat Tergempar untuk membahaskan Usul Undi Tak Percaya ke atas kepimpinan Pak Lah.

Jelas dapat kita lihat hari ini bahawa Pak Lah tidak mengambil peduli terhadap desakan DSAI itu, yang mana beliau pula telah mencabar DSAI untuk mengemukakan nama atau senarai ahli Parlimen yang dikatakan oleh DSAI sebagai telah berpaling tadah daripada Barisan Nasional itu.

Pendapat saya :

Kenapa DSAI dan Pakatan Rakyat tersasar daripada target awal pengambilalihan kerajaan Pusat? Kenapa tak diteruskan perancangan lompat parti seperti yang dicanangkan sebelum ni? Kenapa pula perlu tiba-tiba perlu kepada Usul Undi Tak Percaya di Parlimen untuk ambilalih kerajaan? Sedangkan ia boleh berlaku asal sahaja Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) tahu serta maklum tentang sokongan yang beralih arah itu serta Pak Lah telah sah kehilangan kepercayaan daripada anggota Parlimen yang lain?

Jawapannya mungkin jelas selepas anda BACA ARTIKEL NIH...

DSAI tidak dapat memujuk lebih ramai Ahli Parlimen Bumiputra Melayu Islam untuk beralih arah kepada Pakatan Rakyat sebenarnya, sebab itulah beliau memerlukan Sidang Parlimen untuk membuktikan Undi Tak Percaya tersebut.

Sudah pasti YDPA tidak akan bertolak ansur sekiranya mengetahui kerajaan yang bakal ditubuhkan di bawah kepimpinan DSAI itu majoritinya bukan Melayu Islam. Silap haribulan PAS juga akan bertindak selaras dengan tindakan YDPA itu. Atas alasan, kerajaan yang bakal tertubuh itu, Bumiputra Melayu Islam menjadi minoritinya.

Justeru, untuk tidak menghebahkan perkara tersebut, DSAI memerlukan sidang parlimen bagi pengusulan Undi Tidak Percaya (undi kan rahsia) terhadap kepimpinan Pak Lah, dan selepas itu, melalui proses yang sama persetujuan melantik DSAI sebagai Perdana Menteri Keenam akan dibuat.

Kemudian, DSAI akan mengumumkan penubuhan Kerajaan Campuran bagi mengelak isu minoriti Melayu dalam kerajaan itu dipergunakan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia baru. Tentu sahaja yang mendominasi kerajaan itu adalah daripada Pakatan Rakyat, namun masih dicampurkan dengan Barisan Nasional.

Mungkin selepas itu nama Barisan Nasional serta Pakatan Rakyat akan berkubur bersama dan muncul pula nama Pakatan Campuran yang baru. Yang pastinya, pada waktu tersebut, DSAI telah jadi PM. Apa akan jadi pada Malaysia? WaLlahualam...

Jika tidak seperti yang saya katakan di atas, kenapa pula sekarang ini proses pengambilalihan ini tergendala? YDPA belum respon... Sambil-sambil ada yang kata, "takpe, kite tunggu parlimen bersidang Oktober ni lah, senang..."

Maka, oleh kerana itulah, harus dipastikan Plan Peralihan Kuasa antara Pak Lah kepada Najib tidak berlaku sebelum sidang bermula Oktober ini.

Nota 1 :
Usul Undi Tidak Percaya tidak dapat memperlihatkan siapa yang sebenarnya menyokong dan siapa yang tidak, kerana undi adalah rahsia...

Nota 2:
Ketahuilah, pandangan saya mungkin benar, cuba anda perhatikan dengan baik, dan sekiranya ada kemusykilan, saya buka topik ini untuk diperbincangkan.


p/s : sekadar coretan... ;)

Lagu Tema Hari Malaysia



Tanah Pusaka
Music by Ahmad Merican,
Lyrics by Wan Ahamd Kamal/Dol Ramli,
1963


Sungguh gemilang negeri ku...
Yang ku puja oh tanah airku...
Di merata dunia...
Harum semerbak nama mu oh Malaysia...

Aman makmur kaya raya...
Selama-lama hidup maju jaya...
Oh tanah pusaka...
Negaraku yang berdaulat dan merdeka...

c/o
Tanah pusaka bertuah...
Berbagai bangsa di dalamnya...
Hidup aman dan bersama...
Bersatu kerja untuk Malaysia...

Musoh melanggar ku gempor...
Sungguh rela ku gugur kerana...
Kau Tanah Pusaka...
Biar putih tulang jangan putih mata...

p/s : My Favourite ! ;)

Isnin, 22 September 2008

Wajah-Wajah Innocent...



Posing Lagi Tuh! Hahaha!



Budak ni tengah geram sangat dengan orang2 dewasa yang tak habis2 karenahnyer nih!



Anak sape la nih...? Heheh!


p/s : hahahahaha!

Menjawab ISU TERBALIKKAN GAMBAR Theresa ; Lanjutan Dari Laman Al-Banjari Dan Perisik Kesayangan Rakyat

Terpanggil untuk mengulas isu YB Theresa Kok dan Makanan Anjing, juga isu menterbalikkan gambar beliau di Laman Perisik Rakyat serta Al-Banjari Online.

Sebelum tu, saya mohon untuk menggunakan Bahasa Basah sikit pada posting kali ni. Dengan izin Yang Di-Pertua Tokeh Blogspot. (heh!)

Salam dari kejauhan buat Bro Banjar dan Topeng Perak!

Setuju dengan komen dan tindakan Bro Banjar (juga Topeng Perak)... Dan setuju jugak dengan para tukang komen kat laman mereka tuh!

The issue and the ONLY issue is...
AT THE FIRST PLACE, Theresa shouldn't address that makanan as "MAKANAN ANJING"... Kan LEBIH BAIK kalau beliau sekadar mengatakan yang ianya sebagai TIDAK PATUT sahaja? Betul tak?

Yang mana, pada saya, mungkin itu maksud sebenar YB Theresa tu... TAPI BELIAU SILAP sebab dah menyamakan makanan tu dengan MAKANAN ANJING... Sehingga tanpa sengaja beliau telah menyentuh sensitiviti mereka yang "kurang bernasib baik".

Saya nak tanya, korang tau atau tak, ramai lagi rakyat Malaysia yang sampai berhari-hari tak berpeluang merasa sebutir nasik tau!

Tidak timbul isu malas ataupun tak gigih berusaha di sini kerana apa yang saya sentuh tentang mereka yang "kurang bernasib baik" itu adalah mereka yang telah secara langsungnya menjadi mangsa kerajaan UMNO & Barisan Nasional!!!

Kenapa saya cakap macam tuh? Sebab kerajaan lah entiti pertama yang harus disalahkan atas kemiskinan mereka!!!

So, minta YB Theresa untuk tukar statement jer... Dan Minta MAAF (sepenuh hati). Jangan guna frasa "makanan anjing"... Gunalah frasa "tak berpatutan" ker, "tak menurut piawaian" ker, atau ape-ape ajelah... Kan?


p/s : tunggu dan lihat what will be the next...

TAK PUAS HATI ??? Meh Kita Bincang...

Memandangkan ramai yang kurang berpuas hati berkenaan 2 tajuk di bawah, maka, dengan itu saya berbesar hati membuka ruangan ini untuk dijadikan medan perbincangan bersama. Mari kita kongsikan pendapat kita agar sesiapa yang tidak mempunyai akses tertentu kepada maklumat tertentu dapat berkongsi maklumat yang kita ada. Ingat! Bukan semua orang tahu apa yang kita tahu! Please... Feel free to leave a comment or massages... Thank you.


TAJUK PERTAMA :


Anwar Ejen Amerika??? Betul ke???
(sila berikan bukti serta hujjah yang menyokong pandangan anda)
Pernah dengar berkenaan Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT)?
>>>KLIK DAN BACA NI DULU SEBELUM BINCANG<<<


TAJUK KEDUA :

Kemiskinan rakyat Malaysia, sejauh mana kesahihannya?
Negara kaya (malah dapat menarik pekerja asing bekerja dan mengumpul wang di sini) sedangkan sekalian hamba rakyat dibelenggu KEMISKINAN???
Kenapa anak jati Malaysia yang harus menderita sedangkan...???
Hujjahnya?
>>>KLIK DAN BACA NI DULU SEBELUM BINCANG<<<

So, ada 2 tajuk, nak bincang yang mana satu, terpulang.

Sila mulakan ulasan anda dengan frasa "tajuk pertama" atau "tajuk kedua", terima kasih.


p/s : saja nak tau pendapat semua...

Ahad, 21 September 2008

STUPID POVERTY !!!


Tribut Buat Kerajaan Yang Tidak Pernah dan Tidak Akan Pernah Berfikir Tentang Istilah KEMISKINAN!!!

Entah sampai bila... Sekalian hamba rakyat akan terus merasai dan bergelumang dengan perkataan ini (beserta maknanya sekali). Hentikan Kemiskinan Ini!

Sejujurnya dari dalam jiwa, andai Pakatan Rakyat beroleh kemenangan dalam acara Lumba Lari Politik Malaysia mutakhir ini (insyaALLAH), KEMISKINAN adalah antara perkataan yang tidak patut dipinggirkan daripada perhatian mereka.

MAKE POVERTY HISTORY!!!

p/s : rakyat Malaysia miskin... malah hak untuk bersuara pun dihadkan... kenapa???

HARGA MINYAK TURUN 4 HARI LAGI ???

20 September, 2008 23:06 PM

Kerajaan Bincang Rancangan Turun Harga Runcit Minyak Rabu Ini

JOHOR BAHARU, 20 Sept (Bernama) -- Kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat kabinet berkenaan untuk diputuskan jemaah menteri.

"InsyaAllah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir kabinet sebelum kita berhari raya. Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai," katanya. (KLIK SINI UNTUK BERITA SELANJUTNYA)


Laxmana :
Sebelum Aidilfitri??? AlhamduliLlah, sekurang-kurangnya dapatlah sekalian hamba rakyat bernafas lega sedikit. Andai benar bagai dikata...


p/s : lame dah tunggu berita nih...

Sabtu, 20 September 2008

PRESIDEN DAN MENTERI ; 2 kali 5 !!!

Rehatkan minda anda seketika...

Presiden Versus Menteri

Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden. Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden marah benar kepadanya.

"Kemana kamu pergi?!" herdik Presiden, "Sudah 2 jam saya menunggu."
"Saya mengaku salah," kata Menteri. "Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan Presiden, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam."

Presiden menumbuk meja dengan marahnya. "Tolol...!!!" teriaknya. "Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?"

"Betul , tuan Presiden."

"Tolol dan begong !!" teriak Presiden lagi lebih keras. "Mengapa kamu tidak duduk saja??"

>>>>>ceritalucu<<<<<

p/s : hahaha! Siapa Menteri dan siapa Presiden-nya ???

Sabah ; Wang, Seniority & Dermawan Penuh Keterpaksaan

Apa yang pelik dengan pola kepimpinan politik Sabah? Siapa yang dilihat begitu dominan di sana? Ke mana hala tuju kepimpinan itu sedang dipacu? Siapa pula yang pernah mencuba merrrrobah warnanya? Di tangan siapa letaknya masa depan keberlangsungan politik jati negeri Sabah? Apa sebenarnya yang berakar umbi di dalam hati sekalian hamba rakyat anak jati Sabah serta pemukim-pemukim yang mencintainya? Tahap relevannya berada pada tahap atau titik graf yang mana?

NOTA : Saya cuma menyentuh berkenaan politik Sabah di sini kerana saya berpeluang menyelami serta menghayatinya. Bagi negeri-negeri yang lain, masih dalam proses...

Pola kepimpinan Sabah dilihat hanya didominasi oleh segolongan manusia sedangkan yang lainnya lebih selesa menjadi pengikut.

3 perkara penting untuk dimiliki oleh sesiapa yang ingin memulakan karier politiknya di Sabah ialah :-

Satu : Wang
Dua : Seniority
Tiga : Sifat Dermawan

Seseorang perlu punya RM yang berguni-guni untuk membolehkan beliau mendominasi politik di Sabah. Sekiranya gagal mempersembahkannya, beliau akan ditolak mentah-mentah oleh para penggiat politik semasa. INI FAKTA!!! Bak kata urang Sabah, "Susah bah, kalau endada duit, macam mana mau kasi hidup urang kita? Urang kita mau jugak minum, mau jugak makan. Mau jugak ada bikin beli-beli rokok. Duduk bacarita pun misti ada duit bah. Kalau endada, buang masa jak kau". "Kalau endada duit, apa bikin kita mengatur?". Begitulah lebih kurang sok sek sok sek yang sering kedengaran menyulami politik seharian rakyat Sabah.

Seolah-olah, wang a.k.a. RM itu diletakkan sebagai syarat wajib berpolitik di Sabah. Saya tidak sekali-kali ingin meletak kesalahan pada mereka, sedangkan "manusia" yang bertanggungjawab membibit benih-benih politik wang itu adalah seseorang yang saya kira dikenali ramai. Siapa? Suatu hari nanti akan kita kongsikan bersama juga, insyaALLAH.

Seniority juga merupakan salah satu syarat wajib kemasukan ke kancah politik negeri Sabah. Saya tidak ingin bercakap panjang menyentuh hal ini kerana ia melemaskan saya. Siapa yang boleh memberikan hujjah tak tersangkal yang menegaskan tentang suatu kepimpinan dalam politik itu hanya boleh diterajui mereka yang senior walaupun yang junior itu lebih layak sebenarnya? Siapa? Dengan segala hormatnya saya mempersilakan anda mengemukakannya, supaya sekaligus anak muda generasi kini boleh memahami bahawa mereka perlu menunggu beberapa tahun sehingga mereka senior dahulu baru berhak diangkat dan diletakkan sebagai barisan kepimpinan. Yang mana pada ketika itu, kreativiti dan skil kepimpinan asli mereka telah terhakis sedang yang tinggal adalah warisan daripada skil yang dicontohi daripada senior-senior sebelumnya? Saya bukan menidakkan skil kepimpinan senior.

Pendek kata, seniority adalah syaratnya.

Menyentuh perkara ketiga, berkenaan sifat dermawan. Jika hari ini, ahli politik A dengan murah hatinya menyedekahkan wang kepada sekumpulan manusia, maka beliau akan dianggap sebagai Sang Penyelamat kehidupan mereka. Sekiranya esok si B pulak yang mengambil tempatnya, maka si A akan dilupakan begitu sahaja. Akibatnya, para ahli politik Sabah berlumba-lumba untuk mendapat label dermawan ini. Hasilnya? Sekali lagi politik wang.

Pada saya, semua ini bertitik tolak daripada sikap dan tindakan para pemimpin politik Sabah yang secara terancangnya telah MEMISKINKAN sekalian hamba rakyat Sabah, supaya senang digula-gulakan.

Rakyat Sabah miskin. Ini Fakta!

Perhatian & Peringatan!!!
Memang bukan semua rakyat Sabah yang terkesan daripada tiga perkara di atas, namun majoritinya iya...

Moralnya : Sekiranya anda rakyat Sabah, seorang yang masih Muda, tidak punya Harta, mempunyai visi dan misi yang canggih bagi menyumbang kepada Sabah, serta anda tidak mengamalkan politik wang, anda terpaksa menunggu mungkin seribu tahun lagi (seperti lagu Imran Ajmain) untuk merealisasikan niat anda.

Khalas.

p/s : mereka yang ingin membantu ke arah perubahan politik Sabah, tinggalkan ulasan anda agar kesatuan ini dapat merrrrobah apa yang tidak sepatutnya...

Aku Pun Nak Jadi Calon PM Baru !!!

Salam seantero dunia...

Tertarik dengan penawaran diri beberapa bloggers untuk dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui undian bebas di alam maya nan fana ini, saya terpanggil untuk menyertai.

Berikut merupakan senarai calon terkini (menurut mereka) :-

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Datuk Paduka Husam Musa
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tengku Razaleigh Hamzah
Tan Sri Muhyidin Yasin

Harimau Menaip
Hasbullah Pit a.k.a. Sebol
Zubli Zainordin
Rastom

Dan ini senarai tambahan dari saya :-

Sape lagi kalau bukan LAXMANA ??? (hehehe)

Manifesto semerta LAXMANA :-

"Aku Ingin Jadi Perdana Menteri yang bergelar SAHABAT RAKYAT"
(lain-lain manifesto, akan menyusul... hahaha!)

Undi saya jadi sahabat anda !!!

>>>>>Baca Tempur Manifesto Kat Sini<<<<<
>>>>>Dan Sini<<<<<

p/s : dah terjangkit dah ke-boring-an Sebol & Tok Ghimau pada aku... adeih!

Jumaat, 19 September 2008

KETUA BADAN EKSEKUTIF MALAYSIA Yang Menghitung Hari


Sekilas pandang...

Pada saya, Pak Lah pasti akan turun jugak, cuma persoalan tentang berapa lama masa yang diperlukan oleh beliau, dan dengan cara apa (means : cara lembut atau cara keras) beliau memilh untuk menamatkan perkhidmatan.

Jelas dapat dilihat Pak Lah sudah hilang kewibawaan sebagai seorang Ketua Badan Eksekutif Malaysia dan sedang berada di fasa tidak selesa. Ini kerana beliau bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat dari luar ruang lingkup ideologi dukungan beliau (Anwar dan Pakatan Rakyat), malah dari dalam ruang lingkup tersebut juga (para pendukung Barisan Nasional khasnya).

Badan Eksekutif Malaysia juga terkesan daripada kejatuhan graf kepimpinan Pak Lah itu sendiri. Perkara ini dapat dilihat melalui merudumnya kepercayaan serta hilangnya taring yang menjadi kebanggaan Badan itu selama ini.

Akibatnya, Badan ini tidak lagi dapat mengekalkan popularitinya pada tahap sepatutnya. Mutakhir ini, ada saja prasangka buruk di hati sekalian hamba rakyat atas apa jua tindakan yang diambil dan dicanangkan oleh mana-mana ahli Badan Eksekutif Malaysia ini. Semuanya, adalah kesan daripada kelemahan Ketua Badan itu sendiri iaitu, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (bin Syeikh Abdullah Fahim).

Justeru, saya melihat, selagi Pak Lah tidak menggunakan mana-mana ilmu warisan David Copperfield (baca : Magik atau Sakti), jelas dapat dilihat beliau pasti akan bertemu dengan pengakhiran yang janggal dan menyedihkan.

Persoalannya cuma masa dan siapa penggantinya...???

p/s : kannn ???

PANTUN RAYA Slang Negeri !!!

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

...Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

...Johor
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

...N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan d aun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

...Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

...Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

...Sarawak
Si' tau' aku bepantun
Daghi Mighi ke Kuching kita'
Si' ada pencari' babun
Apa-apalah, Selamat Ari Raya'

Sabah...
Sana Raya sini pun Raya
Ke Semenanjung aku merantau
Balik naik MAS aku bukannya kaya
Ada AirAsia jugak bah, jadi jangan risau

Hahaha!!! Selamat Hari Raya!!!


p/s : sebahagian pantun dipetik daripada >>>ceritalucu<<<

Khamis, 18 September 2008

RM 50 Juta !!!


Senarai Penerima Duit Raya Daripada Aku Yang Bermurah Hati !!!

Boringnyerrr... !!!

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!


PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Melihat kepada kecenderungan pergeseran yang tak henti antara individu-individu yang bertanggungjawab ke atas hadirnya sesuatu yang digelar sebagai 'krisis kepimpinan' di Malaysia khasnya, dan di negeri-negeri seluruh Malaysia amnya, telah dengan jayanya membawa tumpuan rakyat seluruhnya kepada isu tersebut.

Justeru, isu-isu mahupun topik-topik lainnya yang kurang penting telah diabaikan ataupun terabai serta kurang disensasikan. Dari itu, saya menyeru kepada semua, untuk mula memboikot isu pergeseran (krisis kepimpinan) ini (sehingga mereka yang terlibat menanganinya dengan lebih serius) dan mula menumpukan kepada tajuk-tajuk yang lebih bermanfaat (contohnya : Syawal).

Adalah dengan ini saya mohon MENCADANG!!!

p/s : huhuhh...! ;) abaikan mereka...!

REHAT SEKETIKA !!!




Nota : Tak Terniat Langsung Nak Mencederakan Mata Korang...

p/s : hehehe! ;)

Rabu, 17 September 2008

Aku Terkejut! Nasib Baik Tak Terkentut! BENARKAH ???

Terkini Daripada Perak Ekspress !!!
(kalau tak betol, salahkan dia, bukan aku, hehehe!)

Berita Satu
Zaid Ibrahim Masuk PKR!!! Pengumuman Rasmi = Esok!

Berita Dua
34 Ahli Parlimen Sudah Menandatangani Surat Persetujuan Menyertai Pakatan Rakyat!

Berita Tiga
Cuti Semua Anggota Tentera Dibekukan Dan Diminta Untuk Tinggal Di Dalam Kem!

Baca Ni Jugak!!!
>>>Zaid Ibrahim Masuk PKR<<<


BENARKAH ???
Aku Tekejut... Korang ???

p/s : semoga dipermudahkan segalanya...

Beranikah Pak Lah ISA-kan Anwar ???

Hari ni MACAM-MACAM ada...

Pak Lah Tukar Kementerian dengan Najib
Sabah Progressive Party (SAPP) keluar BN
Sheih Kickdefella ditahan polis
Khairy umum akan tanding jawatan Ketua Pemuda Umno
Ura-ura mengatakan Anwar akan di-ISA-kan buat kali yang ketiga

Macam-macam ada...

Cuba anda letak diri anda pada kedudukan Pak Lah :-

....................................
..............................
........................
..................
............
......
..

Apa yang anda akan lakukan ???

Saya ada satu soalan... "Berani ke Pak Lah nak tangkap Anwar semula?". Selepas semua yang berlaku? Rasanya apa yang akan berlaku?

Rasanya...bukan suatu tindakan yang bijak

Saya masih merasakan ada something yang pelik pada peralihan kuasa 2 kementerian tuh

Soalnya, kenapa waktu ini???
Soalnya, kenapa kementerian pertahanan???

Pak Lah cuma ada satu jalan untuk menidakkan kemaraan Anwar n the Gang

And Its DARURAT!

Mungkin Pak Lah akan mengarahkan para gurkha beliau untuk menahan Anwar untuk dijadikan 'trigger' kepada lontaran emosi rakyat! Dan pada ketika itu, beliau akan terus menggunakan DARURAT!

Ataupun tindakan pertukaran kedua-dua kementerian itu adalah satu 'counter attack' Pak Lah pada Najib and the gang?

BACA NIH!!!
>>>Counter Attack Pak Lah!!!<<<
>>>Analisa Menarik Pertukaran Kementerian<<<
>>>Pemerhatian Yang Tajam<<<

p/s : waLlahualam...

Analisa MENARIK Berkenaan PERALIHAN KUASA 2 Kementerian

Berikut merupakan pandangan peribadi juga tentang peralihan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan, yang pada hemat saya, merupakan analisa yang sangat menarik berkenaan tajuk ini! Bacalah korang!

Dipetik sepenuhnya dengan izin daripada >>>Pena Perjuangan<<<

Salam.

Terbaru Pak Lah umumkan satu "Peralihan Kuasa", berkuatkuasa serta merta. Kementerian Kewangan diserahkan kepada Timbalannya iaitu Pak Jib, manakala Pak Lah "take over" Kementerian Pertahanan.

Analisa dan pemerhatian saya ialah :

Satu
Pak Lah (dan kumpulan think tank dan sarafnya) tahu bahawa suasana mood rakyat, negara dan dunia la ni adalah suasana "perubahan" dan "peralihan". Justeru bagi memastikan Pak Lah untuk dianggap dan dilihat sebagai relevan dalam senario semasa dan massa maka "peralihan kuasa" itu mesti dibuat meski sekadar untuk dua kementerian.

Dua
Tindakan Pak Lah itu adalah sebagai satu cara "memuaskan hati" beberapa pihak yang walau apa pun keadaan tetap mahu melihat peralihan kuasa.

Tiga
Untuk melemahkan pengaruh Pak Jib yang sudah semakin "berjangkar" di Kementerian Pertahanan dan yang sudah menguasai serta mempunyai pengaruh kuat terhadap panglima-panglima pertahanan negara sehingga panglima-panglima itu kononnya lebih setia dan bersedia untuk membantu Pak Jib andainya berlaku apa-apa?

Empat
Peralihan kuasa di dua kementerian itu juga sebenarnya adalah untuk "mengenakan" Pak Jib. Justeru timbul penegasan Pak Lah melalui "bayangan kemungkinan" yang disuarakannya dalam sidang media peralihan tersebut petang ini bahawa : kemungkinan peralihan kuasa sebagai PM dan Presiden UMNO akan dibuat lebih awal berbanding 2010 dan itu SANGAT BERGANTUNG KEPADA PRESTASI PAK JIB! Faham dak, Peralihan Bergantung Kepada Prestasi Pak Jib!!!

Lima
Persiapan Pak Lah untuk berhadapan kemungkinan pengisytiharan Darurat Dan MAGERAN!!! Sebab itu Pak Lah mesti pegang and in charge Kementerian Pertahanan?


Nah, banyak lagi analisa dan penelitian saya....cuma sekadar berpada-pada. ISA kan la ni sedang MENGAMUK!


BACA NIH JUGAK!!!
>>>Counter Attack Pak Lah!!!<<<

p/s : masuk akal... masuk akal...

COUNTER ATTACK dari PAK LAH !!!

Teringin mengulas tentang pertukaran portfolio antara Pak Lah dan Najib. Terkini, dilaporkan Pak Lah telah mengumumkan pertukaran portfolio tersebut dan menegaskan bahawa ia berkuatkuasa serta merta!

Persoalan yang ditimbulkan di sana sini ialah mengapa?

Sebelum ini, saya pernah bertanya kepada seorang penganalisa politik lulusan daripada Jurusan Sains Politik USM.

"Kenapa Najib nampak tunduk sangat dengan segala kemahuan dan perintah Pak Lah?"

"Sebab rahsia Najib ada dalam kocek Pak Lah, dan sebab itu, Pak Lah akan terus berkuasa", jawabnya.

"Rahsia apa?", saya menyambung.

"Shhhh... Tak boleh cakap, nanti kena tuuuuuuttt...kalau nak tau sangat, tanya Pak Lah", tingkahnya pula.

Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk membiarkan topik itu terus tergantung di situ. Biarlah RAHSIA...

Konklusi yang saya buat ialah, selagi Najib turut dan tunduk dengan perintah Pak Lah, maka selagi itu beliau akan selamat.

Malangnya, akhir-akhir ini nampak sangat yang beliau agak lari dari landasan persetujuan antara beliau dan Pak Lah. Hishamudin Hussien, Rafidah Aziz, Muhyidin Yasin, dan ramai lagi penyokong tegar beliau telah mula mengorak langkah. Lebih-lebih lagi Hishamudin Hussien, yang sudah terang lagikan bersuluh dilihat sangat kuat berusaha untuk menaikkan Bapa Saudaranya itu menggantikan Pak Lah yang jelas sudah hilang popularitinya.

Ikrar mereka... FULL SWING!!!

Mungkin pergerakan ini dapat dihidu Pak Lah... Dan apa yang berlaku hari ini (pertukaran portfolio kementerian) adalah 'counter attack' dari Pak Lah. Mungkinkah?

Kenapa Pak Lah ambil alih Kementerian Pertahanan? Yang telah sekian lama berada di bawah pengaruh Najib? Segala kegiatan bermoral dan tidak bermoral Najib semuanya ada kesannya di situ? Atau adakah tindakan Pak Lah ini hanya sekadar melarikan diri daripada situasi terkini Kementerian Kewangan yang mengalami kemunduran?

Kenapa?

Apa pulak respon Najib? Ada sesiapa yang dapat respon peribadi Najib?

Baca Nih!
>>>PEMERHATIAN YANG TAJAM!!!<<<

Nota : Ini Bukan Spekulasi!!! Sekadar Pendapat Peribadi...

p/s : ape yang sedang Pakatan Rakyat lakukan...???

PEMERHATIAN YANG TAJAM !!!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

CeritaLucu

p/s : buat kawan-kawanku... ;)

Selasa, 16 September 2008

SALAM NUZUL QURAN

Gua Hira' - Tempat turunnya wahyu pertama


SALAM NUZUL QURAN

Malam ini 17 Ramadhan, dan sejak kecil saya diingatkan tentang tarikh ini oleh ibu yang tercinta. Pelbagai amalan sering disyorkan untuk diamalkan pada malam ini.

Terdapat pelbagai pendapat tentang Malam Nuzul Quran ini. Ada yang mengatakan bukan pada 17 Ramadhan. Antara tarikh yang dikaitkan dengan Malam Nuzul Quran (berlandaskan hujah dan pentafsiran masing-masing) iaitu :-

Pendapat Pertama
17 Ramadhan, bersamaan 6 Ogos 610M, malam Jumaat, 13 tahun sebelum Hijrah iaitu pada tahun ke-41 kelahiran Rasul Junjungan s.a.w.
(berdasarkan ayat 41, Surah Al-Anfaal)

Pendapat Kedua
24 Ramadhan, bersamaan 13 Ogos 610M, malam Isnin, 13 tahun sebelum Hijrah iaitu pada tahun ke-41 kelahiran Rasul Junjungan s.a.w.
(berdasarkan ayat 1, Surah Al-Qadr dan ayat 1, Surah Ad-Dukhan)

Namun yang demikian, jelasnya, tradisi Nuzul Quran telah lazim disambut mengikut pendapat yang pertama.

Apapun, pada saya yang penting adalah, niat memperingati tarikh bersejarah tersebut, walau bila tarikh sebenarnya. Apa yang penting, ia berlaku dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Dan, di sini, sebagai menghormati kelaziman (kerana saya sendiri amat cetek kajian tentangnya) menyambut 17 Ramadhan sebagai Malam Nuzul Quran, saya titipkan kepada para pembaca sekalian, SALAM DARI KEJAUHAN... SALAM NUZUL QURAN...

p/s : ;)

Beginning Of The End ...


Permulaan kepada suatu titik pengakhiran normalnya dimulai dengan niat menoktahkan. Malah apa pun perlakuan sememangnya bermula dengan pemasyhuran niat, sama ada ianya dimasyhurkan sekadar di dalam diri sendiri ataupun kepada umum.

Begitu juga dalam proses penoktahan di atas. Bermula dengan pemasangan niat.

Ini diikuti dengan penghantaran arahan bertindak (berbentuk impulse) daripada Otak melalui saraf-saraf ke bahagian anggota badan yang telah diamanahkan kepada penciptaan titik noktah tersebut.

Selepas arahan diterima, maka ianya akan berterusan dengan pergerakan sendi yang mana selepas itu memangkinkan sebuah hayunan tangan (situasi jari atau genggaman pen) ke arah yang ingin dititiknoktahkan.

Terdapat dua situasi ringkas dalam penghasilan titik noktah ini. Pertam dengan menggunakan papan kekunci komputer, dan kedua ialah penggunaan pen dalam penghasilan tersebut di atas sekeping kertas.

Kedua-duanya menjalani proses yang sama. Bermulanya suatu titik pengakhiran.

Khalas. Full stop. Titik. Noktah. Habis.

Nota : Bumi juga hakikatnya adalah sebuah titik. Kita ???

p/s : merumitkan benda yang mudah...

Jangan SAMBUT Tahun Ni Saja, SAMBUT Tahun Depan Dan Tahun Depan-Depan Jugak !!!

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-45...

Sebelum ini... Tak ramai yang ambil kisah berkenaan tarikh ini. Ramai generasi baru yang tak tahu langsung tentang tarikh ini. Untuk lebih lanjut, sila baca catatan saya sebelum ini :-

16 September ; A Forgotten Date !!!

Mutakhir ini, ramai benar manusia yang secara sukarela ingin MEMARTABATKANNYA. Sana sini kedengaran tarikh itu disebut sebagai tarikh keramat. Pakatan Rakyat meletakkan tarikh ini sebagai sasaran dalam usaha pembentukan Kerajaan Baru Malaysia.

Bermula daripada situ, semakin ramai penulis-penulis tak bertauliah @ bloggers yang memilih frasa "16 September" sebagai tajuk-tajuk kepada artikel terkini mereka. YB Fuziah Salleh pun sudah mula menghargai tarikh ini dengan membuat entri terkini bertajuk Selamat Hari Malaysia ke-45. Bukan beliau saja, malah lebih ramai lagi.

Satu perkembangan yang baik dan amat positif pada hemat saya. Namun terdapat beberapa persoalan yang berlegar di benak yang berhubungkait dengan 'keghairahan' semua yang sehingga ke saat ini tidak jemu-jemu daripada aktiviti memasarkan produk baru mereka yang dinamakan "16 September" itu.

Saya tidak kisah langsung sama ada mereka ingat atau tidak, sama ada mereka menghayatinya atau tidak, sama ada mereka tahu atau tidak, tentang perihal tarikh Penubuhan Malaysia ini pada 16 September 2007, 16 September 2006, 16 September 2005, 16 September 2004, atau 16 September tahun-tahun sebelumnya. Saya tidak kisah dan sudah terbiasa. Memang ramai tidak tahu!

Persoalan yang saya maksudkan adalah, adakah mereka (yang mula memartabatkan tarikh ini tahun ini - terima kasih) akan terus memartabatkannya pada tahun-tahun yang akan datang? Adakah akan terus disebut-sebutkan setiap kali menjelang ketibaannya? Tidakkah ia hanya terdorong oleh 'sebab-sebab tertentu'?

Harapan saya... Biarlah diteruskan... Dan mohon diteruskan... Tahun depan, kita sambut bersama lagi... Janganlah hanya dek kerana 'sebab-sebab tertentu' itu sahaja, baru kalian teringin untuk mengingatinya... Jangan...

Jangan pula pada masa akan datang, pada zaman serba moden, pada keadaan yang serba canggih, 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, akan terjadi perbualan berikut :-

Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Pakatan Rakyat!

atau

Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Kejatuhan Kerajaan BN yang zalim!

atau

Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Terkuburnya Kerajaan Lama...

atau

Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Revolusi Politik Malaysia!


Kalau boleh...biarlah perbualan itu terus begini :-

Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah HARI MALAYSIA!!!

Dedikasi buat mereka yang menghayati dan menyambut 16 September sejak tahun 1963 lagi... Dan kepada mereka yang baru belajar untuk menyambutnya tahun ini, terima kasih diucapkan. "Welcome to the Club! And dont ever leave it!"

p/s : Selamat Hari Malaysia!!!

Ahad, 14 September 2008

Antara Tersalah Ampun Dan Tersilap Hukum

Wahai pembaca yang budiman... Sebuah Persoalan yang ingin saya lontarkan buat anda... Dan saya sangat mengharapkan jawapan ikhlas serta bersebab...

Antara

TERSALAH AMPUN
dan
TERSILAP HUKUM


Yang mana lebih baik ???


p/s : sila tinggalkan jawapan anda di ruangan ulasan, terima kasih...

Corat-Coret


Akhir-akhir ini saya tersedar sesuatu, bahawasanya adalah menjadi kebiasaan para pembaca blog dan laman persendirian untuk hanya membaca mana-mana entri ataupun artikel dengan sekali imbas sahaja. Kecuali pada entri atau artikel yang BETUL-BETUL menarik perhatian mereka!

Maka kerana itu, saya juga akan mengurangkan artikel dan entri yang panjang berjela-jela bermula daripada hari ini. Kelebihan akan diberikan kepada yang sarat fakta serta pandangan bernas, juga pandangan peribadi.

Dan ini bukan bermakna tidak akan ada sama sekali artikel yang panjang, ianya bergantung kepada keperluan dan kehendak... Hehehe!

p/s : ;)

Theresa, Bandar Kinrara, Dan Petisyen

Petisyen Berhubung Pembesar Suara Oleh Penduduk Bandar Kinrara Seksyen 5 (sumber)


Iya... Memang bukan azan... Tapi ceramah, kuliah Subuh dan kuliah Maghrib... Tapi...

Pandangan peribadi : Masih jugak menyentuh sensitiviti...

Tapi, apa kaitan Theresa dengan ini? Beliau kah orangnya yang mendorong kepada penulisan Petisyen ini? Hmm... Entahlah... Alaaahaaai...


p/s : mungkin lepas ni umat Islam pulak yang akan mengemukakan petisyen berkenaan segala aktiviti keagamaan kuil dan gereja... sebab, ianya pun bising jugak... waLlahualam...

Saya Tak Suka Perbandingan Made in Perak Ekspress Dan Kulup Sakah!

PENGUMUMAN!!!

Saya secara terbuka ingin menyatakan rasa TIDAK SENANG dengan artikel tulisan Kulup Sakah yang bertajuk, ISA ; Antara ALLAH, RasuluLLAH, dan doLLAH

Terutama pada bahagian ini :-

Siapa lebih hebat?

Allah- Pada Hari Perhitungan (Judgement Day) memBICARAkan semua manusia untuk ditimbangkan amalan baik-buruk mereka sebelum layak menghuni syurga atau dihumban ke neraka. Allah yang bersifat Maha Mengetahui terus memberikan keadilan agar manusia dapat membela dirinya ketika itu walhal terlalu mudah bagi Rabbul Jalil untuk menghantar manusia ke mana saja tanpa diperhitungkan.

RasuluLLAH- sentiasa menggunakan pendekatan hikmah, lunak dan berbaik sangka dalam menghadapi musuh atau sesiapa yang tidak bersetuju dengan baginda. Kebebasan bersuara dibenarkan malah memaafkan orang yang pernah menzaliminya. Mangsa tawanan perang akan dibebaskan sekiranya dapat mengajarkan sesuatu yang berguna kepada umat Islam seperti membaca dan kemahiran vokasional..

doLLAH - tidak boleh ditegur dan akan menggunakan akta zalim menahan tanpa membicarakan sesiapa yang didapati mengancamnya. Dipisahkannya anak isteri hingga keluarga yang ditinggalkan terkial2 mencari nafkah hidup. Rumahtangga ada yang hancur, kematian dan tekanan jiwa melanda mangsa tahanan mahu pun keluarga mereka. Ketika doLLAH enak-enak tidur di mahligai besar tersergam hasil rompakan harta rakyat, ada rakyat jajahannya menderita kelaparan dan terseksa jiwa kerana tiada pelindung yang dipanggil ‘bapa’ atau tiada suami tempat bermanja, sang bapa dikurung bersama hanyir dan gelap.. macam babi!


Berikut, pesanan kepada Kulup Sakah dan Perak Ekspress :

Salam…

Wahai Tuan Yang Empunya Laman Perak Ekspress…serta Kulup Sakah...
Semoga sentiasa diberkati ALLAH…

Sebuah teguran terbuka (tanpa ada niat sebalik tabir) untuk anda…

Saya yakin dan percaya tuan hanya ingin menyampaikan maksud2 tertentu dalam artikel tuan ini…

Namun, saya sangat tidak setuju dengan tuan atas tindakan tuan meletakkan nama ALLAH Azzawajalla YANG MAHA BESAR itu serta nama Rasul Junjungan Tercinta s.a.w. selari dengan nama abdullah badawi… Bukan hanya kerana beliau adalah abdullah badawi, hatta nama siapa sekalipun tidak mungkin akan layak!

Tuan meng-hurufbesar-kan huruf l, l, a, h pada nama abdullah, dan mengecilkannya pada nama ALLAH…

Harap tuan dapat menyingkirkan artikel perbandingan ini!!!

Maaf andai kiranya saya terkasar bahasa…

p/s : ampunkan dosaku...Ya ALLAH...

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum