Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Isnin, 8 September 2008

32 Orang Akan Lompat ??? Anwar Jawab, "YA!"

PETALING JAYA: Tiga puluh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat?

"Ya." Ini jawapan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar sebentar tadi selepas selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu berlangsung hampir tiga jam. Dan, ini kali pertama angka tepat jumlah anggota Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat disahkan oleh beliau, khususnya selepas dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 28 Ogos lalu.

"Kita membincangkan perkembangan yang berlaku... kami memfokus mengenainya (sasaran 16 September).

"Kami masih mengikut perancangan dan kami sedang fikir bagaimana hendak berhubung dengan mereka (ahli-ahli Parlimen yang hari ini berlepas ke luar negara)... kami berbincang dengan PAS dan DAP tadi," kata beliau lagi.

Pertemuan itu diadakan selepas bertemu selama hampir tiga jam di ibu negara malam tadi.

Pertemuan hari ini bermula sebentar tadi juga dilihat memfokus soal pembentukan kerajaan persekutuan.

Ketika hanya tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.

p/s : Anwar nampak yakin... Kalau beliau tidak benar, moga ALLAH gagalkan segala perancangan jahat itu... Namun jika beliau benar, moga ALLAH mempermudahkan segala urusan ke arah matlamat itu... Ameen.

Tiada ulasan:

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum