Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Sabtu, 20 September 2008

Sabah ; Wang, Seniority & Dermawan Penuh Keterpaksaan

Apa yang pelik dengan pola kepimpinan politik Sabah? Siapa yang dilihat begitu dominan di sana? Ke mana hala tuju kepimpinan itu sedang dipacu? Siapa pula yang pernah mencuba merrrrobah warnanya? Di tangan siapa letaknya masa depan keberlangsungan politik jati negeri Sabah? Apa sebenarnya yang berakar umbi di dalam hati sekalian hamba rakyat anak jati Sabah serta pemukim-pemukim yang mencintainya? Tahap relevannya berada pada tahap atau titik graf yang mana?

NOTA : Saya cuma menyentuh berkenaan politik Sabah di sini kerana saya berpeluang menyelami serta menghayatinya. Bagi negeri-negeri yang lain, masih dalam proses...

Pola kepimpinan Sabah dilihat hanya didominasi oleh segolongan manusia sedangkan yang lainnya lebih selesa menjadi pengikut.

3 perkara penting untuk dimiliki oleh sesiapa yang ingin memulakan karier politiknya di Sabah ialah :-

Satu : Wang
Dua : Seniority
Tiga : Sifat Dermawan

Seseorang perlu punya RM yang berguni-guni untuk membolehkan beliau mendominasi politik di Sabah. Sekiranya gagal mempersembahkannya, beliau akan ditolak mentah-mentah oleh para penggiat politik semasa. INI FAKTA!!! Bak kata urang Sabah, "Susah bah, kalau endada duit, macam mana mau kasi hidup urang kita? Urang kita mau jugak minum, mau jugak makan. Mau jugak ada bikin beli-beli rokok. Duduk bacarita pun misti ada duit bah. Kalau endada, buang masa jak kau". "Kalau endada duit, apa bikin kita mengatur?". Begitulah lebih kurang sok sek sok sek yang sering kedengaran menyulami politik seharian rakyat Sabah.

Seolah-olah, wang a.k.a. RM itu diletakkan sebagai syarat wajib berpolitik di Sabah. Saya tidak sekali-kali ingin meletak kesalahan pada mereka, sedangkan "manusia" yang bertanggungjawab membibit benih-benih politik wang itu adalah seseorang yang saya kira dikenali ramai. Siapa? Suatu hari nanti akan kita kongsikan bersama juga, insyaALLAH.

Seniority juga merupakan salah satu syarat wajib kemasukan ke kancah politik negeri Sabah. Saya tidak ingin bercakap panjang menyentuh hal ini kerana ia melemaskan saya. Siapa yang boleh memberikan hujjah tak tersangkal yang menegaskan tentang suatu kepimpinan dalam politik itu hanya boleh diterajui mereka yang senior walaupun yang junior itu lebih layak sebenarnya? Siapa? Dengan segala hormatnya saya mempersilakan anda mengemukakannya, supaya sekaligus anak muda generasi kini boleh memahami bahawa mereka perlu menunggu beberapa tahun sehingga mereka senior dahulu baru berhak diangkat dan diletakkan sebagai barisan kepimpinan. Yang mana pada ketika itu, kreativiti dan skil kepimpinan asli mereka telah terhakis sedang yang tinggal adalah warisan daripada skil yang dicontohi daripada senior-senior sebelumnya? Saya bukan menidakkan skil kepimpinan senior.

Pendek kata, seniority adalah syaratnya.

Menyentuh perkara ketiga, berkenaan sifat dermawan. Jika hari ini, ahli politik A dengan murah hatinya menyedekahkan wang kepada sekumpulan manusia, maka beliau akan dianggap sebagai Sang Penyelamat kehidupan mereka. Sekiranya esok si B pulak yang mengambil tempatnya, maka si A akan dilupakan begitu sahaja. Akibatnya, para ahli politik Sabah berlumba-lumba untuk mendapat label dermawan ini. Hasilnya? Sekali lagi politik wang.

Pada saya, semua ini bertitik tolak daripada sikap dan tindakan para pemimpin politik Sabah yang secara terancangnya telah MEMISKINKAN sekalian hamba rakyat Sabah, supaya senang digula-gulakan.

Rakyat Sabah miskin. Ini Fakta!

Perhatian & Peringatan!!!
Memang bukan semua rakyat Sabah yang terkesan daripada tiga perkara di atas, namun majoritinya iya...

Moralnya : Sekiranya anda rakyat Sabah, seorang yang masih Muda, tidak punya Harta, mempunyai visi dan misi yang canggih bagi menyumbang kepada Sabah, serta anda tidak mengamalkan politik wang, anda terpaksa menunggu mungkin seribu tahun lagi (seperti lagu Imran Ajmain) untuk merealisasikan niat anda.

Khalas.

p/s : mereka yang ingin membantu ke arah perubahan politik Sabah, tinggalkan ulasan anda agar kesatuan ini dapat merrrrobah apa yang tidak sepatutnya...

Tiada ulasan:

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum