Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Sabtu, 13 September 2008

Part 2 - Undang-Undang Rimba ; Akta Drakonian ISA !!!

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Internal Security Act)

Merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960, apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan Hak Asasi Manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

NOTA :

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ianya dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Isi-Isi Penting!

- kebolehan mahkamah menyiasat kuasa Menteri telah dihapuskan!

- 20 kali pindaan... kenapa ???


Part 1 - Undang-Undang Rimba ; Akta Drakonian ISA !!!

p/s : atas apa jua alasan, ke atas sesiapa pun jua, saya komited menolak penggunaan ISA!

3 ulasan:

Madie berkata...

Ui pok.. kenapa ko buang chatbox tu.. Endada suda kita punya meses2... huhuh..

perfectwater75 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
perfectwater75 berkata...

Salam Tuan!

Bagaimana saya hendak pautkan blog kita dalam blog saya? Maklumlah saya orang baru dalam dunia blog. Mohon tunjuk ajar kita!
Senang sikit kalau saya hendak lihat terus blog kita selepas ini.

kalau kita ada dalam format pdf lagi bagus..
email saya adikastara@gmail.com
Thanks!

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum