Saya kata dua tarikh itu berdasarkan fakta sejarah adalah penting dan wajar di rayakan sebagai hari kebesaran negara. 31 Ogos 1957 sebenarnya adalah tarikh British menyerahkan kedaulatan negara pada kuasa raja bukannya kepada orang tertentu sebagaimana di dakwa. Tetapi kemudiannya raja menurunkan atau memberikan kedaulatan itu kepada rakyat kerana kuasa tertinggi dalam Tanah Melayu pada ketika itu adalah Raja bukannya individu tertentu. Lalu mandat itu di terima oleh rakyat untuk di sambut sebagai kemerdekaan itu.
16 September pula adalah ulangan kita untuk mengingati tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1963 yang kemudiannya Tanah Melayu di tukar kepada Persekutuan Malaysia. Maka mengapa kita tidak boleh bertolak ansur untuk menjadikan 16 September sebagai sebahagian dari hari kebesaran negara. Kita mulakan dengan sambut 31 Ogos dan 16 September sebagai hari puncak perayaan. Dua minggu saja tempohnya dan hari mula dan hari terakhir di jadikan hari cuti. Bukan susah sangat.
Sejarah Negara yang terhidang di depan kita selepas 51 tahun merdeka dan 45 tahun Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia kita menemukan banyak jurang yang berlaku antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Baik dalam kontek bahasa, budaya, ekonomi, pendidikan, perpaduan kaum, politik dan sebagainya banyak yang berbeza. Kita di semenanjung dengan kesemenanjungannya dan kawan kita di Malaysia Timur pula dengan cara mereka dan tidak ada titik pertemuan yang harmoni antara keduanya.
Walaupun ada di bidang politik tetapi masing-masing ada agenda yang bukan bermatlamatkan penyatuan bangsa Malaysia tetapi lebih kepada kekuasaan dan pengaruh politik. Ini sebenarnya lebih memisahkan lagi.
Kita di semenanjung ini pun dalam politik kita di pecah dan di pisahkan dengan kesukuan dan kebangsaan masing-masing. Maka lebih hebat lagilah jurangnya apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang turut di pisahkan lagi oleh Laut China Selatan.
Kalau kita membicarakan soal 16 September, saya bersetuju 16 September di jadikan sebagai satu tarikh yang harus dikenang dan dirai oleh rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana 31 Ogos tidak sangat memberi signifikan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Kalau ini berlaku saya rasa tarikh ini akan memberi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada rakyat di kepulauan Borneo itu oleh kerajaan pusat. Tetapi ini bukanlah jalan pokok ke arah itu tetapi ia boleh dijadikan simbol asas ke arah penyatuan yang menyeluruh kerana setiap sesuatu itu harus dimulai dengan satu titik. Maka tidak salah kalau kita jadikan perayaan sempena 16 September sebagai satu titik tersebut.
p/s : 16 September lagi...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan