Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Isnin, 8 September 2008

Pilianraya Kecil P.182 Pensiangan


Bekas Ahli Parlimen Pensiangan, (bekas YB) Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga menjawat jawatan di dalam kabinet sebelum ini, sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, hari ini telah dibatalkan kemenangan tanpa bertandingnya dalam Pilihanraya Umum Mac lepas oleh mahkamah.

AgendaDaily melaporkan,

Mahkamah Pilihanraya di Kota Kinabalu pagi ini membatalkan kemenangan tanpa bertanding calon Barisan Nasional Tan Sri Joseph Kurup di kawasan parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.Ini berikutan petisyen Danny Anthony Andipai dari Parti Keadilan Rakyat .Joseph yang juga Presiden parti PBRS boleh buat rayuan atas keputusan itu.Kerusi di kawasan pedalaman Sabah itu diduga panas kalau berdasarkan keputusan pilihanraya 2004.Semasa pilihanraya itu calon BN Benard S Marat juga dari parti PBRS menang hanya dengan majoriti 608 undi lawan calon Bebas Martin Tomy.Seorang lagi calon Samson S Koroh hilang wang pertaruhan bila dapat hanya 557 undi.Kawasan parlimen itu mempunyai 19,712 pengundi

Khabarnya, sewaktu proses penamaan calon pada Februari lepas, calon dari Parti Keadilan Rakyat telah dinafikan daripada bertanding oleh SPR atas alasan keterlambatan beliau menyerahkan borang penamaan.

Perkara sebenar yang berlaku ketika itu :-

  • Para calon yang ingin bertanding tiba di pusat penamaan calon
  • Calon PKR dihalang daripada sampai ke pusat
  • Ramai calon beratur
  • Apabila tiba giliran calon PKR, beliau dikatakan sudah melebihi masa pencalonan
  • Walhal beliau telah berada di pusat itu sebelum 10 pagi lagi
  • Joseph Kurup diisytihar menang tanpa tanding
  • Penyokong Pembangkang berang dan serang Joseph Kurup
  • Joseph Kurup kena pukul
  • Joseph Kurup dibawa ke hospital
  • Joseph Kurup jadi Timbalan Menteri
(cerita di atas adalah emel daripada seorang rakan yang tinggal di kawasan Pensiangan, Sabah)

Begitulah lebih kurang kisahnya. Jelas SPR telah dipergunakan oleh Joseph Kurup waktu itu. Sepatutnya, sesiapa sahaja yang tiba di pusat penamaan calon sebelum pukul 10 pagi akan dianggap layak menghantar borang pencalonan.

Calon PKR waktu itu, dinafikan hak daripada menghantar borang penamaan calon beliau, hanya kerana KELEMBAPAN SPR memproses borang-borang calon-calon lain untuk kerusi Dewan Undangan Negeri.

p/s : Hj Ansari Abdullah dan Dr Jeffrey serta barisan kepimpinan mereka harus mula membuat persiapan... hehe... cerita di atas hanya berdasarkan maklumat kawan-kawan...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan tanpa bertanding Tan Sri Joseph Kurup (BN-PBRS)di Parlimen 182 Pensiangan pada pilihanraya 2008 lalu bagi penyokong-penyokong PBRS adalah sesuatu yang cukup manis, sebaliknya para penyokong PKR ketika itu sangat tidak puas hati. Insiden seorang penyokong PKR cuba memukul Tan Sri selepas sahaja selesai pengumuman dan kemenangan berpihak kepada Tan Sri sebenarnya sesuatu yang diperbesar-besarkan sahaja.Justeru itu, dalam konteks ketika itu, maka sesuailah dijadikan bahan kempen politik. Pada hemat saya, insiden memukul pemimpin walau sesiapa pun ia atau dari parti manapun sama ada kerajaan atau pembangkang merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral. Isu ini samalah juga apabila kita memburuk-burukkan peribadi seseorang pemimpin. Kalau diukur pada baju sendiri mungkin seseorang yang melakukan perbuatan sedemikian sebenarnya suatu kesilapan yang mungkin mengundang kepada akta perundangan kes jenayah.
Manakala, kes perbicaraan dan pembatalan kemanangan Tan Sri oleh Mahkamah Kota Kinabalu belum lagi diketahui keputusannya. Dangar khabar pada 13 Mac ini. Kalaulah nasib berpihak kepada Tan Sri pilihanraya kecil P182 pensiangan tidak diadakan dan semua ini akan melancarkan projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di Parlimen Pensiangan.
Sebaliknya, kalaulah nasib berpihak kepada PKR, maka adalah sesuatu yang sangat baik kerana amalan politik demokrasi yang kerap kali diwar-warkan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya di Parlimen Pensiangan.Kumpulan penyokong PKR bolehlah berkempen habis-habisan agar calon pilihan mereka Danny Andipai menjadi YB. P182 Pensiangan. Persoalannya, adakah Danny Andipai merupakan calon yang terbaik, berwawasan, berpelajaran tinggi, tahu merancang pembangunan sosio-ekonomi, seorang yang warak dan berjiwa rakyat? Mungkin Datuk Sri Anwar patut mencari calon yang lebih hebat supaya misi menumbangkan Tan Sri Kurup dapat direalisasikan. Kalau tidak PKR buang duit dan tenaga sahaja berkempeb di P182 Pensiangan.
Dipihak BN-PBRS pula persediaan sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya sudah dibuat sejak bulan September 2008 lagi. Sudah tentulah PBRS tidak mahu kehilangan kerusi Pensiangan begitu sahaja tanpa berjuang habis-habisan.
Kepada para pengundi di P182 Pensiangan, keutamaan kepada kemajuan pembangunan haruslah difikirkan untuk masa depan yang cemerlang. Kalau dilihat pembangunan prasarana di P182 Pensiangan nampaknya semakin rancak contohnya pembinaan dan naik taraf jalan-jalan raya, pembinaan Hospital di daerah Nabawan dan beberapa buah klinik di Parlimen Pensiangan. Kalau pelaksanaan semua pembangunan itu dapat dijalankan dengan telus dan menjurus kepada kepentingan rakyat, maka para pengundi mestilah memberikan sokongan yang sewajarnya kepada calon yang mampu melaksanakannya.
Sama ada tengok calon atau tengok parti ataupun tak mahu tengok kedua-duanya tapi mahukan pembangunan. Mana yang anda pilih? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum