Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Isnin, 8 September 2008

16 September ; A Forgotten Date !!!


Tujuh hari lagi genaplah 45 tahun MALAYSIA ditubuhkan. Berbeza dengan detik 31 Ogos, tarikh pembentukan Malaysia tidak begitu dirasai, terutamanya di kalangan generasi muda.

Mengapa situasi ini timbul walhal ia penting?!

Mungkin ia tidak membawa erti kepada kebanyakan kita?!

Namun, 45 tahun yang lalu ia merupakan tarikh keramat kepada penubuhan Malaysia!

Sebelum ini, ramai yang kurang peka kepada tarikh 16 September ini, malahan terdapat segelintir generasi baru (bukan muda ok, tapi baru) dari Sabah dan Sarawak pun masih belum dapat menilai makna di sebalik tarikh keramat tersebut. Ini angkara siapa?!

Tarikh yang menyaksikan penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, di bawah satu nama yakni Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, 2 tahun kemudian Singapura menarik diri menyebabkan yang tinggal hanya Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, di bawah nama Malaysia.

31 Ogos 1957 yang diwartakan sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia dirasakan agak ganjil di Sabah dan Sarawak kerana pada tarikh tersebut, Sabah dan Sarawak masih berada di bawah jajahan British atau Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

Ini terubat pula dengan usaha kerajaan memperkenalkan konsep Bulan Kemerdekaan yang disambut bermula 16 Ogos sehingga 16 September. Namun, rasanya selepas pertukaran kabinet yang lepas, ia disenyapkan semula dan hapus tanpa meninggalkan sebarang tanda...

Dato' Seri Najib Tun Razak pernah membuat kenyataan suatu masa dulu, beliau dipetik sebagai berkata, "Kenapa perlu ada 2 tarikh kemerdekaan untuk Malaysia? Malaysia tak perlu 2 tarikh untuk menyambut kemerdekaan", dan bla bla bla...

Akhir-akhir ini, Anwar Ibrahim dan gerombolan Pakatan Rakyat pula dengan rela hati menjalankan aktiviti-aktiviti Pemasyhuran Tarikh 16 September ini.

Satu tindakan yang saya anggap sebagai mencemar tarikh tersebut. Mencuri populariti tarikh tersebut untuk kepentingan segelintir penggiat politik...

Saya tidak ingin menyentuh lebih lanjut berkaitan politik semasa di sini. Apa yang saya ingin tegaskan ialah,

Malaysia terdiri daripada sebuah kepelbagaian yang unik!
Tidak ada yang salah dengan kepelbagaian itu!
Cabaran untuk kita ialah tidak lain daripada Menguruskan Kepelbagaian Itu!


My favourite quote from my friend's (madie) site :

  1. It is not Sabahan/Sarawakian who deny the declaration of Malaysia.
  2. It is a number of Peninsularian who tagged Sabah/Sarawak as Sabah/Sarawak.
  3. It is a number of Peninsularian who said Peninsular Malaysia as Malaysia.
  4. It is a number of Giant company based in Peninsular remark their promotion as, "Seluruh Malaysia, TERMASUK Sabah dan Sarawak !!!"

p/s : memerlukan kreativiti dan teknik menguruskan kepelbagaian...


1 ulasan:

saya nisa berkata...

Saya yakin masih ramai lagi tidak tahu fakta ini..saya perasan Sabah selalu berkecil hati dalam banyak benda berkaitan Semenanjung seperti layanan yang tidak sama rata..walhal Sabah pun Malaysia jgk(maaf saya menyebut hal ini).
Perkara ini semua orang nampak..tapi hairan saya seperti ianya mesti disorok2 dan tidak diutarakan..(kenapa xcakap diselatankan ya?)

Sabahan!!!act harder okay..!!sepa lagi yg akan mengubah diri kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya...dorang di kehel tu xperasan @ xda perasaan kot..ambil mudah hal sabah-sarawak..time mengundi baru 'bekakai' cari isu dan tidak mustahil ada menteri yang tidak tahu sejarah..!!manusia juga ma...so remind them..ia tak salah saya rasa=)

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum