Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Khamis, 11 September 2008

Selamatkan BN = Lompat Parti

Selamatkan Barisan Nasional equals to Idea Lompat Parti!

NOTA 1 : Saya menegaskan begini bagi menyaingi idea "Lompat Parti" gagasan Anwar Ibrahim

Idea "Lompat Parti" mendapat pelbagai respon pada peringkat awal pengenalannya. Terdapat respon-respon yang positif, dan tidak kurang juga respon yang negatif. Pelbagai isu timbul menjadi topik perbincangan hangat pada waktu itu. Ini termasuklah isu moral, kesetiaan tidak berbelah bagi a.k.a. loyalty, keperluan perubahan segera, serta pelbagai pendapat yang menjurus kepada pro dan juga kontra kepada idea tersebut.

Sehingga ke saat dan ketika ini, isu tersebut terus saja menjadi menu utama rentak persembangan dan perbincangan di kalangan para intelektual, sama ada yang bertauliah, mahupun tidak.

Mereka (32 orang ahli parlimen yang misteri) didakwa sebagai inginkan kepada perubahan besar dalam wajah dan warna politik Malaysia, beserta halatuju kepolitikan yang jauh lebih mantap dan menyeluruh.

NOTA 2 : Apa Beza "Lompat Parti" Dengan Selamatkan Barisan Nasional?

Apa beza seorang Bung Moktar Radin sebagai ahli parlimen BN dengan seorang Bung Moktar Radin sebagai seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat?

Rasanya, ini yang berada dalam kepala otak pengasas, penyokong dan pendukung idea yang tersebut di atas :-

UMNO dan BN perlu diselamatkan!

Demi kelangsungan politik Malaysia yang seakan-akan rapuh dan hilang keseimbangannya mutakhir ini, UMNO dan Barisan Nasional perlu diselamatkan! Keadaan sosial dan ekonomi yang berantakan serta segala krisis kepimpinan kala ini harus dititiknoktahkan! Sekaligus berusaha ke arah penciptaan sistem pengurusan kepelbagaian yang lebih berkesan dan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kepelbagaian ideologi dan perjuangan. Dari itu, kompromi wajib diangkat ke tahap tertinggi dalam sejarah kepolitikan Malaysia, dan mungkin juga Dunia.

Tidak dinafikan bahawa UMNO dan BN merupakan pelakon utama dalam pementasan Teater Politik Malaysia (serta teater-teater sampingannya) semenjak 53 tahun yang lalu (Pilihanraya Umum Pertama Tahun 1955).

NOTA 3 : Anda rasa bagaimana?

p/s : corat-coret survival politik...

Tiada ulasan:

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum