Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Selasa, 23 September 2008

Pertemuan 6 Mata - Anwar, Hadi & Nik Aziz

Gambar Nie Ade Aura lah... Hehehe!


Dari Siasah Daily :

KOTA BHARU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.

Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.

Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.

Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Amran Abdul Ghani dan Abdul Aziz Abdul Kadir. (Dipetik dari SINI)

Ulasan Saya :

Agak-agaknye lah, ape yang diorang bincang ek?

Saya yakin dan percaya pastinya pertemuan itu akan membuahkan hasil yang teramat ditunggu-tunggu oleh semua. Pastinya pertemuan tersebut ada kaitannya dengan pengambilalihan Kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat. Apa-apa pun, kita nantikan bersama.

p/s : tunggu dan lihat... seronok tengok mereka bertiga dalam gambar atas tuh... ;)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga saudara, keluarga dan keturunan bahagia dunia dan akhirat.

terima kaseh atas 'jemputan' saudara di bloghttp://aljundiathirah.blogspot.com/

semoga bertambah kuat silat-ur-rahim kita dan ummat.

sejuk pandangan 'mata dan hati' bila melihat 'sikap ukhwah' dikalangan pemimpin [gambar].

berterusanlah hendaknya ukhwah itu.

semoga lahirlah 'cahaya petunjuk' untuk ummat ini akan kepentingan muafakat, ziarah-menziarahi, hormat menghormati dan kesatuan.

semoga banyak lagilah 'isi blog' saudara dengan kata, perkhabaran dan gambar mengenai kebaikan.

semoga usaha saudara mengenengahkan dan menyebarkan kebaikan diterima dan dijadikan asbab hidayah untuk ummat.

bertuahlah siibu yang melahirkan 'manusia' yang suka perkara baik.

semoga siibu dipakaikan mahkota yang disulam dengan nur bertatahkan berlian diSyorga..

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum