Selepas Sahur
Ceh! Tajuk "selepas sahur" kat atas ni macam alah-alah MSO plak. Hihihi! Takpe takpe, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan... Jangan marah eh MSO, saya tiru cikit style tu, bleh kan...?

Dekat-dekat nak sampai Hari Malaysia ni (16 September), ramai sangat penulis yang tak senang duduk dan tercari-cari bahan nak buat cover berkenaan pembentukan 'kerajaan Malaysia' yang baru. Mentang-mentanglah Datuk Seri Anwar Ibrahim umum nak berbuat begitu. Mengikut apa yang dicanangkan, plan peralihan kerajaan ini kononnya telah 90% siap. Beberapa penerangan mudah dan agak logik telah dirungkaikan oleh Raja Petra Kamaruddin (terjemahannya di sini) berkenaan sebab serta musabab keterlambatan proses tersebut. Yang terbaru pulak, siap dah buat rangka peristiwa sepanjang bermula 5 September, dan berakhir pada 16 September nanti. Sejujurnya, tahniah buat mereka semua! Tidak salah mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Saya pula dah senaraikan 222 orang ahli parlimen Malaysia kat sini, silalah pilih yang mana satu akan jadi "KATAK-KATAK TERHORMAT". Boleh klik pada nama mereka kalau nak tengok gambar.
Sekiranya soalan ditujukan pada saya, sejujur-jujur jawapannya ialah waLlahualam... Kena tunggu 16 September 2008 baru boleh saya jawab. Dan bukan saya saja, semua pun boleh jawab. Dan pada tika itu, takkan ada seorang pun yang akan bertanya, terutamanya kepada saya. Heh!
Apa yang pasti, sekarang ini, ramai yang sangat tidak senang dengan istilah "lompat si katak lompat" tu. Agak jauh menyimpang dari moral asal kepimpinan. Namun percayalah, sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, akan ada plan tersendiri Anwar dan konco-konconya untuk menukarkan serta memberi penghormatan kepada "katak-katak" tersebut agar bergelar pula "KATAK-KATAK TERHORMAT". Maka, dengan itu, menjadi terhormatlah mereka. Dan ini, PASTI!
Kerajaan akan berubah, tapi orang-orangnya masih tetap sama, berbaloikah?
Luarannya berubah, tapi dalamannya masih tetap sama, bermaknakah?
Tetiba saya teringat ayat ini,
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan 'harapan' kepada rakyat Malaysia, diharap beliau tidak mengecewakan mereka (including me)...
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna....................
p/s : yang terbaik untuk Malaysia, ALLAH telah tentukannya, dan kita akan terima ;)

"dek kerana harapanlah, manusia sering kecewa..."
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan 'harapan' kepada rakyat Malaysia, diharap beliau tidak mengecewakan mereka (including me)...
"jangan tak jadi, orang kampung dah tau..."
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna....................
Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim : Kami dambakan yang terbaik....
p/s : yang terbaik untuk Malaysia, ALLAH telah tentukannya, dan kita akan terima ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan