Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Ahad, 16 November 2008

Dua Minggu Yang Diam ...

Salam semua...
Maaf kerana lama menyepikan diri... Kepada Bro ABOO, gua tak @ belom kene tangkap ISA lagi (na'uzubiLlah...)... Heh!
Semenjak 2 minggu yang lepas, saya pergi bertapa... (nama pun laxmana a.k.a. Pertapa Arjuna kan? Heheh!) InsyaALLAH, akan menyambung pertapaan lagi dalam satu tempoh masa...
Apa yang saya dapat janjikan di sini, saya tak pernah melupakan laman maya kesayangan ini, serta semua yang selalu sudi bertandang ke sini... Harapan saya, selepas habis tempoh pertapaan ini, saya dapat terus menulis dan sekaligus berkongsi pendapat dengan kalian semua...
RINDU banget dong dengan blog nih! Waduh2!
But, still... I'm following all the issues... Its just, I've got no time to write here...
I'm working on something that will benefit many peoples in the future... Believe me... ;)
Kepada Qaseh, miss you so much...heheh! Jangan gossip taw! Kepada Aboo & Lady Dark, Hilal, Pendekar, Daus, Aflah, Yanty, Firazzurri, Zubli Z, Perfectwater, Abu Naufal, dan semua lah (dah tak sempat nak taip dah nih, heheh!) sahabat-sahabat yang setia berkunjung ke sini, nantikan kemunculan gua... DENGAN TOPIK-TOPIK baru dan tulisan yang asli (sekali-sekala akan selit jugak la macam tulisan-tulisan sebelum ni)!!!
Gambate ne! ;)
p/s : harap-harap, Nobisha tak buang gua daripada Debat Rakyat... Heheh!

Sabtu, 1 November 2008

Seorang Gadis BISU Di Kampung-ku ...


Pulang ke kampung baru-baru ini telah menyingkap hampir keseluruhan kenangan hidup sejak lebih sedekad yang lalu... Ada kenangan manis, ada kenangan pahit, ada yang suka, dan ada yang duka...

Pandangan serta rasa hormat di kalangan jiran sekampung juga jelas perubahannya. Rumah-rumah bertambah, yang dulu kosong sekarang berisi, dulu penduduk sedikit, sekarang hampir tak muat, dan macam-macam lagi... JANJI saya, andai kiranya saya beroleh kesempatan pada masa-masa terdekat ini, akan saya ceritakan semuanya...

Cuma yang kali ini mungkin agak menarik buat tatapan semua...

Boleh dijadikan iktibar, boleh dijadikan panduan keinsafan, hatta sekadar dijadikan satu pembacaan juga boleh...

Saya mengenalinya sekitar tahun 1998, ketika masih di sekolah menengah. Jiran sekampung, lebih tua dua tahun berbanding saya, sedangkan saya hanya seangkatan dengan adiknya.

Datang daripada keturunan Bugis (part Andrekan ataupun Bonei, kurang pasti), agak berada jika dilihat dari segi perwatakan serta bentuk rumah mereka. Adiknya yang seangkatan dengan saya itu namanya Sunarti. Namanya saya hampir tak pasti...

Namun, saya kenal dia, dan jika anda berpeluang bertanya kepadanya tentang saya, sudah pasti jawapannya, dia kenal saya. Asal saja berselisih, pasti senyum akan berbalas senyum (senyum yang ikhlas, tanpa tersirat sebarang maksud lain!).

Sejak 10 tahun yang lalu, sudah terlalu ramai rakan serta sahabat yang cuba 'test market' dengannya, termasuk saya sendiri (sejujurnya saya mengaku di sini), ramai pula yang berkirim salam tanpa jemu (hm, yang ni saya tak termasuk sekali), ada yang menggunakan pelbagai cara untuk mendekatinya, cara baik, cara kurang sesuai, cara MONYET (pun saya tak terlibat!), dan bermacam-macam jenis cara lagi...

Namun semuanya tak kena! Paling untung pun, hanya dapat berbual dengannya (melalui cara yang sesuai dengannya), itupun mereka itu akhirnya akan 'give up' dan hilang ditelan masa pula...

Dia adalah seorang gadis yang cukup elok rupanya, sempurna tubuh badannya, cantik parasnya, manis senyumannya, menggetarkan jiwa jugak la... NAMUN satu itu kekurangannya...

Baru-baru ini sewaktu pulang ke kampung, saya terserempak dengannya. Seraya dia kelihatan agak terkejut kerana mungkin kiranya dia sudah agak lama tidak melihat saya di sana, dan mungkin juga melalui penceritaan rakan-rakan sekampung telah mengkhabarkan bahawa saya sudah tidak lagi menetap di sana, ntah yang mana satu, yang pastinya, memang dia agak terkejut...

Selepas beberapa saat barulah dia tersenyum tanpa sebarang kata-kata...seperti biasa...

Dan perbualan berikut pun berlaku :-

Sebelum bercakap, saya terlebih dahulu memastikan yang matanya betul-betul tertumpu ke bibir saya, selepas itu barulah saya memulakan perbualan...

Tanpa mengeluarkan suara saya bertanya, dengan menyebut satu persatu perkataan, "A...PA...KHA...BAR...?"

Dia menjawab dengan senyuman dan signal "ok" dengan tangan dan jarinya...

Saya pun menjawab dengan senyuman yang membawa maksud "ooo...", senyum menampakkan gigi...

Selepas itu, dia menyambung, sambil menunjuk ke arah saya, kemudian mengembungkan pipinya sambil mengembangkan tangannya... Kemudian menunjukkan tanda 'bagus' dengan ibujarinya...

Kalau anda kurang faham maksudnya, biar saya terjemahkan, dia kata "awak nampak gemuk, baguslah"... Hehehe!

Saya pun menjawab dengan senyuman serta anggukan kepala tanda setuju...

Selepas itu, dia seperti ingin meneruskan perbualan dengan membuat beberapa isyarat, tapi SUMPAH saya TAK PAHAM langsung! Apa yang dapat saya lakukan waktu itu cuma senyum, angguk, di samping membuat sedikit bunyi hehehe hehehe...

Mujur pada masa yang sama, seorang makcik yang telah lama mengenali saya datang menegur dan bertanya khabar, dan saya pun meminta diri dengannya untuk meneruskan pula perbualan dengan makcik tersebut... (isi perbualan dengan makcik itu saya akan cerita kemudian pulak, heheh!)

Gadis ini seorang yang BISU serta PEKAK sekaligus... Simpati melihat dia sebenarnya... Saya tertanya-tanya, bagaimanakah kehidupan sehariannya?

Insaf seketika dengan nikmat dan rahmat bertutur serta mendengar yang dikurniakan ALLAH ini... Life will certainly be different without it...

Malah saya difahamkan oleh rakan sekampung, itu antara masalah yang dihadapi oleh gadis tersebut dalam pencarian jodohnya... Simpati menjalar lagi...

p/s : Begitulah antara kisah hidup SEORANG GADIS BISU DI KAMPUNG-ku...

LIBARAN BYPASS

Sepanjang saya berada di bumi Sabah (baru-baru ini), agak banyak perkara yang berlaku dan terlalu banyak maklumat yang diperolehi, terutamanya berkenaan beberapa isu yang sering menjadi perhatian para bloggers semasa. Namun, saya tidak bercadang untuk menceritakan semua itu pada masa ini. Maybe next time...

Sandakan masih seperti yang dulu, tidak mempersembahkan banyak perubahan, hanya yang berubah ialah Jalan Raya. Projek pembesaran jalan raya serta projek pembinaan jalan raya Libaran Bypass dilihat sebagai sangat banyak membantu para penduduk Sandakan. AlhamduliLlah, dengannya para pengguna jalan raya di Sandakan agak kurang terserempak dengan KESESAKAN jalan raya, kecuali pada waktu puncak serta di sekitar jalan utama (jalan lama). TAHNIAH terutama kepada YB Datuk Juslie Ajirol (Ahli Parlimen Libaran) kerana saya tahu, projek pembinaan Jalan Libaran Bypass ini adalah antara inisiatif beliau sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Walaupun agak lama menunggu, namun akhirnya kemudahan jalan itu dapat juga dirasai serta dinikmati oleh semua. Sepanjang pemerhatian saya, memang agak ramai pemilik-pemilik tanah di sepanjang tepian jalan baru tersebut yang akan mendapat 'durian runtuh' akibat kenaikan mendadak nilai tanah mereka. AlhamduliLlah, sekiranya para pemilik itu memang adalah para penduduk tempatan, dan bukan orang luar yang telah lebih awal merenggut hak milikan sah tanah-tanah tersebut.

Teringat suatu ketika dahulu, pabila Tun Dr Mahathir mengusahakan pembinaan KLIA serta Litar F1 Sepang, yang kemudiannya telah membawa kepada kenaikan MENDADAK nilai tanah-tanah sekitar Lebuhraya ke arah itu, dan seterusnya telah berjaya meng-JUTAWAN-kan RAMAI rakyat Malaysia...

Anda rasa, berapa ramai yang telah mendapat hasil daripada keputusan Tun Dr Mahathir tersebut?

Untuk perkara ini, saya sendiri tidak dapat menafikan sumbangan besar beliau itu...

Mungkin masih ada perkara yang boleh diragukan di situ, tentang siapa sebenarnya para pemilik tanah tersebut, kroni Mahathir kah, ataupun berapa pulak komisyen yang diperoleh oleh beliau, serta BERMACAM-MACAM keraguan yang boleh timbul sekiranya ingin kita timbulkan...

Namun bagi saya, bukan itu soalnya...

Kroni atau bukan, sama-sama rakyat Malaysia... Tidak ada masalah, asal saja mereka yang mendapat nikmat serta rahmat ALLAH itu tidak melupakan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara...

Begitulah juga halnya dengan sumbangan oleh Ahli Parlimen Libaran ini, bagi saya, beliau wajar mendapat kredit atas sumbangan ini.

Bagi saya, selagi mereka melakukan perkara yang benar, maka wajar untuk kita menghargai mereka...

Sekiranya mereka melakukan perkara yang baik dan betul, nak bangkang buat apa?

Saya masih lagi berpegang teguh dengan prinsip, "Yang Betul Tetap Betul, Yang Salah Tetap Salah, Walau Siapapun Mereka!!!"

p/s : saya tahu ianya sumbangan Datuk Juslie kerana beliau sendiri (secara peribadi) pernah meng-sms saya meminta pendapat serta sokongan isi untuk digunakan dalam berucap di Dewan Rakyat, berkenaan jalan yang digelar LIBARAN BYPASS ini...

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU