Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 31 Julai 2009

Langkah LINEAR Kan KuLestarikan ...

Satu pencarian buat sebuah pengharapan...
Terdapat dua titik...
Satu titik mula, dan satu lagi titik noktahnya...

Yang belum ada seorang pun yang tahu sama ada kita mampu melakarkan satu garisan lurus di antara keduanya...

Luruskah ???
Atau akan jadi luruskah ???

....angkat bahu....

Yakin ???

....geleng....

Bila ???

....angkat bahu....

Sampai bila agaknya kita akan terus tak tahu dan tak ambil tahu tentang apa yang kita tak tahu walaupun kita tahu bahawa amat penting untuk kita ambil tahu tentang semua benda yang kita tidak tahu itu...

Maka, pada saat-saat seperti inilah teori yang para "che'gu" di sekolah dulu mula dirasakan ada betulnya... Tingkap Jauhari... Teori yang telah membuktikan kesahihan 4 premis... Iaitu, dalam HIDUP & KEHIDUPAN ini terdapat :-

1) Perkara yang kita tahu, orang lain pun tahu
2) Perkara yang kita tahu, orang lain tak tahu
3) Perkara yang kita tak tahu, tapi orang lain tahu
4) Perkara yang kita tak tahu dan orang lain pun tak tahu

Yang mana teori ini pada akhirnya menegaskan bahawa adalah amat penting bagi kita untuk berusaha memperluas skop perkara yang pertama. Yang mana ia juga akan secara langsungnya dapat mengecilkan pula skop ketiga-tiga perkara yang lainnya...

Caranya ???

Mudah... Hanya gunakan konsep kongsi dan ikhlas...

;)

Kesimpulan :
Berkongsilah... Hanya dengan itu, tingkap yang memisahkan pandangan mata dan hati kita daripada segala sesuatu yang kita tak tahu menahu, akan terbuka dengan sendirinya...

Luruskan hati...
Fokuskan minda...
Tetapkan sasaran dan matlamat...

Hanya dengan itu, maka kita upaya untuk SAMA-SAMA melakarkan GARIS yang LURUS antara kedua-dua TITIK yang disebutkan di awal monolog ini...

Heh!

"LANGKAH YANG LINEAR"

p/s : bersusah-susah dahulu...

Tiada ulasan:

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU