Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Ahad, 19 Oktober 2008

PAS SABAH!!! Artikel Ini Sepatutnya Masuk Malaysiakini!!!

Terbaca laporan bertajuk "PAS Sabah Buat Laporan Polis Terhadap UPKO" di ruangan politik Utusan Malaysia sekejap tadi bagai memanggil-manggil saya untuk mengulas mengenainya.

Menurut laporan tersebut, pembuat laporan polis itu adalah merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1, Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Sdr Hamzah Abdullah.

Ulasan

Sdr Hamzah ataupun terdapat segelintir memanggil beliau dengan panggilan "ustaz" Hamzah ini adalah merupakan seorang peniaga (businessman) serta merangkap seorang Pesuruhjaya Sumpah, yang bertugas menjadi saksi kepada akuan-akuan bersumpah serta bertanggungjawab menandatangani mana-mana dokumen yang memerlukan tandatangan atau pengesahan Pesuruhjaya Sumpah. (Bala pun sepatutnya buat Akuan Bersumpah di hadapannya. Namun, beliau belum cukup popular)

Beliau merupakan seorang aktivis yang SANGAT terkenal di seluruh Sabah, kerana sehingga kini, beliau telah bertanding dalam pilihanraya di hampir keseluruhan kawasan di dalam negeri Sabah. Beliau pernah bertanding di Sandakan, Likas (Kota Kinabalu), serta di kawasan Beluran. Seringkali melompat dari satu tempat ke satu tempat. Terbaru, beliau sedang mengintai kawasan Sekong, Batu Sapi, untuk dijadikan sasaran terbarunya. Mungkin itu antara sebab mengapa sehingga kini beliau BELUM PERNAH memperoleh kemenangan. MALAHAN SERING HILANG WANG PERTARUHAN!

Saya tertarik untuk mengulas mengenai beliau kerana saya terperasan akhir-akhir ini beliau selalu mengeluarkan kenyataan (namun masih BELUM ada tindakan) di dalam Harakah mahupun akhbar tempatan Sabah, New Sabah Times dan Daily Ekspress. Satu-satunya tindakan yang saya dapat lihat adalah laporan polis yang dibuatnya ATAS NAMA Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ini.

Saya ulangi... ATAS NAMA Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah!!!

Ingin saya bertanya sendiri kepada beliau, betulkah itu keputusan rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri? Kalau ya, kenapa beliau saja yang selalu membuat kenyataan berkenaan PAS Sabah? Di mana Pesuruhjaya, Hj Mohammad Abdullah? Kalau bukan Pesuruhjaya pun, sekurang-kurangnya Ketua Penerangan PAS Sabah, Ust Imran Ibrahim? Di mana mereka ini?

Hamzah yang selama ini TERKENAL sebagai anggota Badan Perhubungan PAS Sabah yang SANGAT SUKA PONTENG mesyuarat Badan itu, seolah-olah tidak mengiktirafnya, kini menggunakan nama Badan tersebut untuk MEMASARKAN dirinya?

Apakah beliau merasakan bahawa dengan cara itu, beliau dapat mengambil hati para pimpinan PAS Pusat untuk melantiknya semula sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri tahun hadapan? Selepas jawatan itu diRENGGUT kemas daripada beliau, dan diberikan kepada Almarhum Dr Datu Bandira Bin Datu Alang, oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor...???

Selepas Almarhum Dr Datu Bandira meninggal dalam kemalangan jalan raya (selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah buat kali yang terakhir - waktu itu di Kinabatangan, yang mana mesyuarat tersebut juga TIDAK DIHADIRI Hamzah!!!), jawatan itu tidak diberi semula kepada beliau sebaliknya diamanahkan pula kepada Pesuruhjaya sebelum beliau iaitu Hj Mohammad Abdullah.

Dan sekarang, nyata beliau sangat mendambakan jawatan tersebut semula...

Beliau, adalah antara individu yang mengamalkan amalan "character assassination" di dalam PAS!!!

Saya, sejujurnya percaya, para pimpinan PAS Pusat tak mungkin diBODOHkan lagi oleh beliau...

p/s : saya mengenali beliau secara peribadi...

5 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Laxamana,

Wow!

Anda sungguh prihatin.

Tanpa Nama berkata...

Laaa....Ada pas kat sabah! Ingatkan pass masuk free je!

Serious gua tak tau!

ROger!

Laxmana berkata...

To Zubli Z :
Bro, gua bukan prihatin sangat lah, tapi gua dah sangat tak tahan dengan "ORANG" yang mengamalkan POLITIK MURAHAN macam orang nih...

To Aboo :
Hahaha! Gua simpati dengan lu la bro... Huahuahua!

gopenghagen berkata...

raj,
perbezaan pandangan dan pendekatan memerlukan kematangan utk menghargainya. PAS Sabah juga harus mengambil inisiatif untuk mengenengahkan dirinya dalam masyarakat sabah yang kompleks dan komplikated sifatnya.
Mudah-mudahan kita akan 'dikurniakan' pemimpin yg benar-benar memahami dan menghidupi hakikat sebenar dakwah di Sabah. saudara mungkin..

Tanpa Nama berkata...

to gopenghagen :

ok bang, dunwori... ;)

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU