Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Isnin, 13 Oktober 2008

Teori RAHMAM : Malaysiakini

Mengikut teori R.A.H.M.A.N. (yang sedang dikaji pengasasnya oleh Malaysiakini di SINI) :-

R untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
A untuk Tun Abdul Razak
H untuk Tun Hussien Onn
M untuk Tun Mahathir Mohamad
A untuk Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
N untuk Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Nota : Bahagian "N" tu belum dapat disahkan sepenuhnya (masih berstatus KONON)

Secara terbuka di sini, saya ingin menyatakan pendirian TIDAK SETUJU dengan spekulasi teori yang tersebut di atas!

"R" untuk Tunku Abdul Rahman mungkin boleh diterima (walaupun "R" itu diambil BUKAN daripada huruf pertama nama beliau) kerana memandangkan nama "RAHMAN" itu sendiri adalah nama beliau.

"A" untuk Tun Abdul Razak juga boleh diterima kerana "A" adalah awalan kepada nama penuh beliau.

"H" untuk Tun Hussien Onn juga boleh diterima kerana "H" juga adalah awalan kepada nama penuh Tun Hussien.

Begitu juga halnya dengan penerimaan ke atas "M" dan "A" yang juga BETUL adalah awalan kepada nama Tun Mahathir dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun untuk menerima "N" sebagai pelengkap kepada teori itu dan ianya datang daripada Najib, TIDAK SEKALI-KALI!!! Ini kerana "N" BUKAN awalan kepada nama penuh Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak! Awalan nama beliau adalah "M".

Justeru, dengan menerima Najib sebagai pelengkap kepada teori RAHMAN, bukanlah melengkap teori RAHMAN, sebaliknya merosak teori tersebut sambil menukarnya kepada RAHMAM.

Dengan ini, saya mengumumkan, bahawa saya tidak ingin ber-perdana menteri-kan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Full stop.
Titik.
Noktah.

p/s : apa daa... heh!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.

Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.

Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?

Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?

BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?

qasih berkata...

ello...nak komen sket..mana aci..

R untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj..napa x bermula dengan A=Abdul

sedangkan A untuk Tun Abdul Razak..xambil R punnn...

jadi teori ni xbley di apply kan..keh..keh..:)

tajudin berkata...

jom ambik huruf awal semua -- AAHMA... so huruf seterusnya sedap letak huruf M ke atau sedap letak huruf D ke atau T?

tanya je...

Aboo berkata...

Bro Rajooo...

Gua suka lagu A.Rahman Hassannn...Huhuhu!

"Alangkah sedihhhh.....Aaaaaaaa....
hatikuuuu..Param parammmmm...."



Roger!

uncle nano berkata...

Laxmana kena siasat lebih dalam lagi..gali..gali dan gali. jangan main guli lama sangat!! :)

Laxmana berkata...

to 'tanpa nama' :
lu ni mesti penyokong tegar KJ kan bro? heheh!

to Qasih :
betul betul betul... tak bleh pakai... heh!

to Tajudin :
'D' atau 'T' ??? Hah! Yang ni misteri belum terungkai...

to Aboo :
hahaha! gua pon suke lagu tuh bro!

to uncle nano :
heh! gali lobang tutup lobang, pinjam uang bayar utang... hahaha

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU