Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Ahad, 19 Oktober 2008

Signal Dari Pak Lah BUAT Rafidah!!! Malaysiakini



Persaingan perebutan Jawatan Ketua Wanita UMNO menyaksikan pertembungan antara Tan Sri Rafidah Aziz dengan Naib-nya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

TERBARU, Malaysiakini melaporkan Shahrizat terus memperolehi pencalonan sebagai Ketua Pergerakan itu.

Walaupun Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang sebelum ini telah menyatakan tidak berhasrat bertanding merebut jawatan ketua Wanita, namun beliau terus menerima tambahan empat lagi pencalonan, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 36 pencalonan. Beliau menerima pencalonan itu dari bahagian Gopeng, Kudat, Kepala Batas dan Tanjung. Dengan ini, Shahrizat memerlukan tiga lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Umno yang memperuntukkan had kuota sebanyak 39 pencalonan.
(BACA Selanjutnya DI SINI)

Nampaknya, Bahagian Perdana Menteri (Kepala Batas) sendiri juga mencalonkan Shahrizat!!! Ini merupakan satu TAMPARAN hebat buat Rafidah!

Sebelum ini, dalam artikel-artikel yang lepas, saya ada menyebutkan tentang agenda Pak Lah di sebalik pengunduran beliau setelah TERUK ditekan oleh Geng Najib (Rafidah dan Hishamuddin serta yang lain).

Adakah ini menunjukkan bahawa telahan saya tepat? Pak Lah is UP TO SOMETHING?

Adakah pencalonan Shahrizat (dari Wanita Bahagian Kepala Batas) ini merupakan suatu petanda awal bahawa Pak Lah sedang dalam "suatu" perancangan?

Jelas! Ini SIGNAL buat Team Najib!!!

p/s : dah agak dah... lepas ni apa pulak eh?

3 ulasan:

PENDEKAR berkata...

Al Anfaal:63.

"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."

Bile lah mereka benar-benar nak bersatu(?).

;-)

Zubli Zainordin berkata...

Signal I sonang jo.

Ekau pilih yang comel ko, atau pengalaman?

Pilihan den, ekau pun tau.

Guno Kepalo Bateh Lah kan?

Tanpa Nama berkata...

Sokongan terhadap Shahrizat yang berlaku bukan lah dari Pak Lah. Ini semua adalah agenda orang orang Najib yang tahu bahawa Rafidah adalah satu satu nya Wanita UMNO yang tidak akan tunduk dan sukar di kawal. Jadi mereka harus menghapuskan mak cik kita yang handal ni.
Rafidah kau lah harapan BANGSA.

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU