Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Ahad, 19 Oktober 2008

MINYAK Akan Turun Atau Tidak ???


HARGA MINYAK mentah di Pasaran Dunia dicatat di bawah USD72 setong! Setakat Jam 10.41pm sebentar tadi, harga tersebut JATUH ke paras USD71.80 setong!!!

Sebelum ini, Dato' Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (gambar-yang sebelah kanan, yang belah kiri tu ehem ehem), pernah membuat kenyataan terbuka bahawa, sekiranya kita (Rakyat Malaysia) ingin menikmati kadar harga minyak kembali pada tahap asal (iaitu RM1.92 seliter), kita harus menunggu sehingga harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah USD72 setong.

Kini, harga minyak telah berada di bawah USD72 setong...

Mungkinkah esok harga minyak akan turun?

Atau mungkinkah kerajaan akan menjawab, "Kita kena tunggu betul-betul stabil dulu baru boleh turunkan harga minyak..."

Dan selepas itu para bloggers pula akan membuat artikel-artikel yang bertajuk, "Kena Tunggu Stabil Pulak Dah...", atau "Shahrir Samad PENIPU!" atau "Bila Nak Turun Nih?" atau "Kerajaan Yang Penuh Dengan Sandiwara" atau bermacam-macam lagi bentuk tajuk yang akan muncul...

Tak percaya? Tunggu esok...

p/s : mungkin belum sampai masanya ??? ;)

3 ulasan:

Firaz berkata...

Salam..
soal harga minyak ni aku jadi buntu beb... aku tak tau kat mana pak-pak menteri ni belajaq matematik.. aku konpius.. kalau kita kaji balik trend harga minyak sepanjang tahun.. harga minyak pada saat ini lebih rendah dari harga sebelum harga minyak naik lagi...kalau harga minyak terus kekal, kerajaan telah bercakap dusta dengan mengatakan akan memberi subsidi rm0.30 bg setiap litre petrol walhal kerajaan sebenarnya sedang memerah darah kita dengan 'menjual' petrol dari bumi kita kepada kita sendiri.

ntah laaa.. pening aku...;-(

Tanpa Nama berkata...

Rajooo...

Alaaa...Najib naik minyak turun 20sen!Gerenti bebbb...info ni aku dapat dari minah cashier 7eleven Shah Alam tadi masa aku singgah beli rokok!

Gua dah ambik dah rebat gua...Lu jgn tak ambik!Hahaha..

Lu tunggu je lahhh!

Hidup Najib!Hidup Kak Ros!


ROger!

Laxmana berkata...

to Firazzurri :
Haha! Lu pun dah pening, gua apatah lagi bro... Hancuss!!! Heheh!

to Aboo :
Heh! Sebut "Kak Ros" ni gua teringat lak dengan Kak Ros, kakak Upin & Ipin tuh! Hahaha!
Wei Aboo! Lu ade sampaikan salam gua tak pade minah 7E tu? Hah?

;)

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU