Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Rabu, 15 Oktober 2008

Rakyat Pun PENDEK AKAL, PEMIMPIN ???

Topik peralihan kuasa kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat kembali menerjah telinga serta otak para peminatnya. Ia dilihat seakan-akan dongengan ataupun sebuah mitos oleh ramai orang yang berfikir ikut suka hati tanpa penjanaan fakta serta RASIONAL KEMUNCULAN dan dakwaan kepada perkara tersebut.

Suatu detik yang lalu, Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) dilihat sebagai telah membuat satu KEJUTAN yang AMAT BESAR dengan kejayaan menawan 5 buah negeri serta hampir keseluruhan kawasan Parlimen sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (suatu yang sangat di luar jangkaan).

Para pimpinan Pakatan Rakyat diangkat ke satu tahap yang tinggi setanding dengan para pimpinan Barisan Nasional dan tokoh-tokoh Negarawan lainnya. Malah, terdapat di kalangan mereka yang berjaya mencuri populariti melebihi populariti parti lawan mereka (Barisan Nasional).

Namun, selepas kegagalan merealisasikan Episod Pengambilalihan Kerajaan Persekutuan pada 16 September yang lepas (lebih dikenali sebagai PELAN 916), populariti mereka menurun dan jelas bahawa RAKYAT telah menghukum mereka dengan menuduh mereka PENIPU atas sebuah PELAN (dengan kata lain, Perancangan) yang gagal direalisasikan tepat pada masa yang dijanjikan.

Pola pemikiran Rakyat adalah seperti berikut :-

1. Apa yang dikata harus DIKOTA
2. Jangan berjanji kalau tak dapat menunaikannya
3. Omongan yang jelas KOSONG dan tidak berisi adalah SAMPAH
4. Jangan suka MENIPU!!!


Ulasan Saya :
Rakyat pun PENDEK AKAL, PEMIMPIN cuma dapat PANJANG SEDIKIT laa (lebih sedikit daripada kePENDEKan akal rakyat)...

Kenapa saya cakap macam tu ??? Lu Fikirlah Sendiri...

p/s : as for me, my personal thought, saya PERCAYA, dan masih menunggu... Saya tak rasa pimpinan Pakatan Rakyat SEBODOH itu... Kalau mereka BODOH, tak mungkin mereka beroleh kejayaan BESAR dalam PRU 12 yang lepas... Tak mungkin mereka sengaja menggali KUBUR untuk karier POLITIK mereka...

5 ulasan:

Firaz berkata...

salam...
ya beb, gua setuju kita masih menunggu perubahan, kita hendak perubahan, tp bagi gua pakatan yang diterjui oleh pkr tidak perlulah lebih kuah dari sudu, tak perlu ada sebarang target yang kurang realistik, bertindak dahulu, lepas tu baru hebah kepada rakyat, ni tak... asyik extend tarikh 'keramat' je... org muak beb... yua kita sebagai penyokong pakatan pahamlah situasi politik anwar, tp bg org luar..?? kita fikirlah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Gua dah fikir dah.. huhu :-)

Gelombang Rakyat berkata...

Kalau Rakyat punya pendek. Pemimpin lagi Lah pendek...

Laxmana berkata...

to Firazzurri :
yup... u r rite bro...

to Aflah :
ha, fikir masak2 eh... heh!

to Zubli Z :
Hahaha! Ayat tu cam ade maksud lain je... hahaha!

Gelombang Rakyat berkata...

Laxamana,

Itu Lah masalah pengayatan dak yer?

Kita tuleh sikit punya baguih ker.

Namun penghayatannya sungguh tinggi.

Jadi macam mana Dewan kita boleh menjadi tempat yang semarak dengan keindahan bahasa kita.

Tinggi! Cukup tinggi dek...

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU