Teringin membawa anda kepada sebuah persoalan yang agak rumit pada hemat saya. Sangat rumit kerana setakat ini tiada sesiapa yang berani serta mampu memberi jawapan kepadanya. Terutama di pihak KEM Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP).
Sebelum ini, desas-desus serta persoalan mengenai SIAPA BAKAL MENJADI pengganti kepada Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz kedengaran dan sangat hangat diperbincangkan di sana sini. Perkara ini digambarkan sebagai kritikal oleh para penyokong serta pendukung perjuangan PAS. Sehinggakan, para pimpinan tertinggi parti itu sendiri seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada menjawab hatta memikirkan tentang perkara itu sekalipun!
Persoalan ini pernah ditanyakan sendiri kepada TGNA, empunya badan. Dan jawapannya masih kekal MISTERI sehingga ke hari ini.
Sehinggalah ada yang menyatakan bahawa, selepas TGNA, PAS akan melalui fasa yang agak getir. Lihat saja pada perkembangan semasa, semua orang masih SANGAT tertumpu serta tertunggu-tunggu kepada ulasan dan pandangan TGNA dalam semua hal berkaitan, dan apa saja yang keluar daripada mulut beliau akan dijadikan rujukan serta panduan yang akan membawa kepada keputusan-keputusan malahan PERSEPSI umum kepada pendirian parti itu sendiri.
Begitulah KRITIKALnya persoalan tentang SIAPA BAKAL PENGGANTI beliau.
Namun di sini, saya ingin melontarkan satu persoalan lagi, yang mana pada pandangan saya, JAUH LEBIH KRITIKAL berbanding persoalan SIAPA BAKAL PENGGANTI TGNA.
Ia adalah SIAPA BAKAL MENJADI PENGGANTI KEPADA ANWAR???
Siapakah yang dapat merangkul para Pimpinan PAS di tangan kanannya dan para Pimpinan DAP di tangan kirinya???
Siapakah yang dapat menjadi JAMBATAN PENGHUBUNG yang menghubungkan 2 IDEOLOGI yang sangat berbeza itu???
Dan seterusnya, siapakah bakal pengganti Anwar yang dapat meneruskan cita-cita serta perjuangan harapan rakyat Malaysia???
Adakah pemergian Anwar itu nanti turut memaknakan suatu PENGAKHIRAN kepada HARAPAN rakyat yang sudah bercambah sekian lama ini???
SIAPA???
p/s : mungkin ada beberapa calon... tapi benarkah mereka mampu...???

4 ulasan:
Sebenarnya dari last pilihanraya aku bertanya soalan pada kawan2 aku dalam parti2 politik nasional tentang masa hadapan setiap parti berkenaan 10 tahun dari sekarang.. xkira BN or BR.. tetapi jawapan mereka amat menduka citakan..
Mungkin Pertapa Arjuna boleh olah tentang nasib setiap parti dimalaisi ditangan pemuda, putera atau puteri yg mereka ada hari ini. Akan gemilangkah kita 10 ke 20 tahun akan datang?
Dalam hal pengganti anwar.. rasanya PAS mempunyai pelapis yg baik dalam smua hal.. berbeza dgn PKR, DAP dan lain2. Cuma mereka tidak menonjol dan tertonjol..
* La ni bola berada dikaki pak lah.. kita lihat kepada siapa dia akan buat hantaran.. :)
siapa ek?
zara buleh tak agak2nya?
hoyeah!!
Salam..
secara terbuka disini sayan menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kepada Husam Musa sebagai penganti Anwar, kenapa..?? kita pikir2 sendiri, tak usah gado..;-)
to kuchalana :
Betul betul betul... Cuma bola yang berada di kaki Pak Lah tu, pasti akan terus tetap di situ atau berjaya direbut pasukan lawan? INGAT! Pasukan lawan tak mungkin akan tecegat sahaja...
to Zara :
hahaha! teruskan usaha lg sis! Lu mesti boleh jd 1 hari nanti... cuma kena usaha... ;)
to Firazzurri :
Heh! Gua dah agak lu punye pilihan beb! Hahaha!
Catat Ulasan