Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Khamis, 31 Julai 2008

Ruangan Mari Berpantun

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Jiwaku kemas ragaku tegar
Cinta di hati kubawa ke mati

(Jawab jangan x jawab...hihihi!)

qasih menjawab...

pulau pandan jauh ke tengah
gunung Daik bercabang tiga
bakat terpendam diurai diluah
niat yang baik dipandang juga
:)


Dari Seorang Yang Istimewa

Gambar di atas adalah sesuatu...

"SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK BUKANNYA SESEORANG YANG MELAKUKAN SESUATU KERJA DENGAN BETUL, TETAPI SEORANG YANG MENCARI KERJA BETUL UNTUK DILAKUKAN"

Saya ingin mengajak semua insan yang merasakan bahawa dia adalah seorang PEMIMPIN (tidak kira apa atau siapa yang dipimpinnya) untuk merenung jauh ke lubuk gambar tersebut, dan apa yang tersurat serta tersirat di dalamnya. Sejauh mana 'BENAR'nya kenyataan di atas dan seramai manakah individu-individu yang memang telah bergelar PEMIMPIN menggunapakai prinsip tersebut...???

p/s : komen saudara/i...? ;)



Rabu, 30 Julai 2008

Laporan PUSRAWI ; Sape Nak Komen ???


Persoalan yang ditimbulkan di dalam blog Saudari NurAflah memancing perhatian saya. Seorang 'pengulas' setia dalam blog tersebut yang hanya dikenali sebagai 'crower' mengulas,

Assalamualaikum,

1. Dari segi teori wujudnya "konspirasi" bahawa tuduhan ini sengaja diwujudkan, pada pendapat saya sekiranya ada "konspirasi", mengapakah Saiful pergi ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu ?

2. Sekiranya semua ini merupakan perkara yang terancang, mengapa tidak Saiful terus membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan perubatan di pusat perubatan kerajaan ? Mengapa perlu Saiful pergi ke Pusrawi dalam keadaan bahawa beliau menyedari (sekiranya benar ada konspirasi) bahawa tiada perbuatan liwat dilakukan terhadap beliau ?

3. Saya sengaja membangkitkan isu ini kerana saya memang menjangkakan bahawa umum akan membuat kesimpulan tentang kes ini berpandukan kepada laporan perubatan Pusrawi.

Sekali pandang, ramai yang akan berkata, "mesti dia ni dari golongan anti-RawnA, tak pun mesti dia ni penyokong setia 'alif mim nun wau=sarkis' tu".

Namun, saya percaya beliau juga seorang daripada kami yang CINTAKAN KEBENARAN! Kalau benda yang baik dan betul, maka betullah ia...kalau salah, maka ia tetap salah walau siapa yang melakukannya! (Tidak kira UMNO ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke, MCA ke, MIC ke, Gerakan ke, PPP ke, PBS ke, SAPP ke, LDP ke, SUPP ke, PBRS ke, Pasok ke, UPKO ke, dan mana-mana lagi entiti politik yang lain yang tidak disebutkan di atas)

So, apa pendapat anda berkenaan ulasan insan yang bernama 'crower' di atas?

Dalam satu petikan yang lain yang boleh didapati di sini, Kelab Penyokong Maya Umno dipetik sebagai berkata,

Persoalannya…. kenapa Anwar enggan menjawab soalan mengapa dia ke kondominium berkenaan dan tiba-tiba menjadi sensetif dengan laman web yang menanyakan soalan berkenaan sedangkan Anwar akan katakan apa sahaja yang mahu dikatakan tanpa memperdulikan lunas undang-undang kerajaan Malaysia?

Yang jelas disini Anwar begitu takut untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan Ezam kerana Ezam pernah memberikan amaram kepada Anwar untuk mendedahkan semua tentang Anwar walaupun ianya akan mengaibkan keluarga, isteri dan anak Anwar. Anwar enggan menjawab dan berhati-hati dan cuba menangkis untuk menjawab soalan mengenai Ezam.

Saya tinggalkan saudara dan saudari untuk memikirkan dan menganalisisnya secara lebih lanjut. Sebarang pandangan, cadangan, serta ulasan dan kritikan, adalah amat dialu-alukan.

Dewan Muslimat PAS ; Jelas dan Tegas!

Kenyataan balas Dewan Muslimat PAS kepada Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) Wanita UMNO berhubung undangan Muzakarah :-

Muzakarah, Muslimat PAS setuju tetapi...
Intan Abdullah
Wed | Jul 30, 08 | 7:58:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat bersetuju mengadakan muzakarah bersama Wanita Umno berhubung hal kepentingan menjaga agama Islam dan memelihara kemaslahatan rakyat secara umumnya.

Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi berkata Muslimat PAS lebih berminat dengan perbincangan mengenai usaha menjaga Islam dan menjaga kebajikan rakyat.

"Bagi Muslimat PAS, muzakarah ini dilihat untuk mencari persefahaman bagi menjaga Islam dan memelihara kepentingan rakyat secara umum," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Wanita Umno melalui Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) yang akan mengadakan muzakarah dengan Dewan Muslimat PAS bagi membincangkan isu-isu berkaitan wanita Islam di negara ini.

Walau bagaimnapun, muslimat melihat pelawaan itu lebih menggambarkan seolah-olah terdapat wujud usahasama mewujudkan kerjasama politik kedua-dua parti.

Tegasnya, kenyataan tersebut disokong oleh pendedahan Abdullah mengenai pertemuan-pertemuan yang dibuat bersama dengan pemimpin PAS.

"Muslimat sentiasa berwaspada dengan sebarang pertemuan mahupun kerjasama yang mahu dijalinkan dalam apa jua bentuk sekalipun setelah terdapat beberapa kenyataan daripada pemimpin Umno sebelum ini yang kelihatan 'bias'," katanya.

Hal ini digambarkan apabila Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menawarkan kerjasama serta pelawaan

"Apabila mereka membuat pelbagai tawaran kepada PAS, ianya kelihatan seolah-olah PAS ini 'hubbun dunia' yakni cintakan pangkat dan kedudukan," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya menyatakan bahawa Muslimat kini lebih cenderung untuk mengadakan perbincangan bersama sayap wanita KeADILan dan DAP.

"Jika benar mereka ingin mewujudkan kerjasama itu, berikan dulu keadilan kepada para isteri dan anak-anak mangsa tahanan ISA, baru boleh bercakap mengenai kerjasama untuk kepentingan rakyat lain," ujarnya. - mks. _


Bagi saya, kenyataan di atas jelas dan tegas. Senang untuk dihadam oleh sesiapa yang mempunyai keterbukaan yang tinggi.

Siapa Bakal Presiden UMNO Yang Ketujuh ???

Pemilihan UMNO pada Disember ini bakal menyaksikan pertandingan merebut jawatan Presiden. Antara calon yang disebut-sebut mestilah Najib yang sudah tidak sabar untuk menunggu Pelan Peralihan Kuasa yang dibentang oleh Abdullah, Muhyidin Yasin yang kononnya teringin dan digesa untuk menyelamatkan UMNO yang semakin hari semakin KRITIKAL keadaannya, serta Abdullah sendiri sebagai mempertahankan jawatan beliau...

Berikut merupakan beberapa idea yang diberikan kepada saya oleh beberapa orang rakan ahli UMNO, berkenaan Siapa Yang Patut Menjawat 3 Jawatan Tertinggi dalam UMNO itu :

Cadangan Pertama

Presiden : Tan Sri Muhyidin Yasin
Timbalan Presiden : Dato' Mustapha Mohamed
Naib Presiden : Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein
Naib Presiden : Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman
Naib Presiden : Dato' Seri Ali Rustam


Cadangan Kedua

Presiden : Dato' Seri Najib Tun Razak
Timbalan Presiden : Tan Sri Muhyidin Yasin
Naib Presiden : Tan Sri Khaled Nordin
Naib Presiden : Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein
Naib Presiden : Datuk Shafie Apdal


Cadangan Ketiga

Presiden : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Presiden : Dato' Seri Najib Tun Razak
Naib Presiden : Tan Sri Muhyidin Yasin
Naib Presiden : Datuk Shafie Apdal
Naib Presiden : Dato' Seri Rafidah Aziz


Dan sebenarnya banyak lagi kombinasi yang dicadangkan tapi tak larat nak taip dah... Yang pastinya, untuk kelima-lima jawatan tertinggi dalam UMNO itu, nama-nama yang dikaitkan dengannya sangat ramai dan akibatnya akan menyukarkan ahli-ahli UMNO 'akar umbi' untuk memilih...

Berikut adalah komen salah seorang individu veteran UMNO atas isu di atas :

Dalam keadaan sekarang ini belum tentu Najib boleh menang untuk jawatan timbalan jika Muhyiddin lawan. Walaupun Najib ada peluang besar nak menang jika dia lawan Abdullah. Kalau Najib lawan Mahyuddin dengan keberanian Muhyiddin yang orang dianggap salah seorang Naib Presiden Umno yang berani, dia boleh menang. Sekarang ini orang Melayu sedang mencari orang yang berani. Dia bukan cari orang pandai. Orang bodoh dia ada sekolah dia tetapi geng penakut ini dia tak ada sekolah nak bagi jadi dia berani. (Sanusi Junid ; Harakah Daily)


Jadinya, apa yang akan berlaku pada Disember ini sememangnya tiada siapa yang tahu, dan pastinya akan membawa debaran yang berpanjangan buat semua ahli UMNO khususnya, serta rakyat Malaysia amnya.


Pertapa Arjuna : Hanya ALLAH yang tahu... Ada cadangan lain? ;)

Selasa, 29 Julai 2008

Ezam "Teringin @ Mengidam" Tanding Lawan Anwar...


Saya rasa saya mempunyai pendapat yang berbeza dalam tajuk ini...

Berkenaan Ezam, kenapa dia 'teringin' sangat agaknya melawan Anwar dalam pilihanraya kecil tu? Adakah beliau mempunyai senjata AMPUH yang akan sekaligus mematikan karier politik Anwar sekiranya dapat mengalahkan Anwar di kerusi tersebut...

Harus diingat bahawa Ezam juga tak sebodoh UMNO. Apa agaknya yang akan berlaku sekiranya Ezam berjaya mengalahkan Anwar? Apa akan jadi pada kredibiliti Anwar dan Pakatan Rakyat? Adakah sekali lagi SPR akan dilemparkan macam-macam tuduhan? Tak telus, penipu dan sebagainya?

Pandangan peribadi saya, Ezam menawarkan diri tentunya kerana beliau yakin akan berjaya. Keadaan ini boleh dilihat pada tingkah Anwar akhir-akhir ini yang pada saya agak pelik.

Cuba bayangkan kalau Anwar dicabar oleh AAB, atau Najib, atau Hamid Albar, atau Mahathir, atau mana2 pemimpin UMNO yang lain, pada saya, sd tentunya Anwar akan membalas cabaran itu secara terbuka lagi. Cabaran sebagai jawapan kepada cabaran. Namun, apa yang berlaku, Anwar dilihat seperti senyap dan sunyi selepas Ezam dengan beraninya meluahkan cabaran tersebut...

Rasa macam ada 'sesuatu' kekuatan yang dipunyai Ezam dan Anwar sedar mengenainya...

Percaya atau tidak wahai para pembaca yang budiman, andai benar bagai dikata (oleh saya di atas), pastinya selepas ini kita akan menyaksikan usaha2 khasnya drpd AMK untuk memastikan Ezam tidak diletakkan melawan Anwar...which is, already happen now...

p/s:Saya yakin dan percaya bahawa Ezam betul-betul dah hilang kepercayaan dan benci Anwar!

Pemimpin Akar Umbi? Kalau Akar Umbi, Pemimpinkah Dia?


HarakahDaily dipetik menyiarkan berita berikut...

Isu muzakarah: Pemimpin akar umbi PAS mahukan penjelasan
Basiron Abdul Wahab
Tue | Jul 29, 08 | 3:41:18 pm MYT

TEMERLOH, 29 Julai (Hrkh) � Para pemimpin PAS di peringkat akar umbi menggesa PAS Pusat segera menangani sebarang perbezaan pendapat ekoran isu Muzakarah PAS-Umno.

Yang Dipertua PAS kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, serangan berterusan media arus perdana terhadap PAS dalam isu berkenaan sedikit sebanyak mengelirukan pemikiran ahli PAS di peringkat pertengahan dan bawahan.

Katanya, bahagian penerangan dan gerak saraf parti perlu diberi suatu penjelasan rasmi dari PAS Pusat mengenai perkara itu supaya unit berkenaan dapat memberi penjelasan dan membalas serangan lawan dengan berkesan.

sebagai pemimpin PAS peringkat kawasan, beliau menerima banyak panggilan daripada ahli bertanyakan perkara tersebut dan sukar bagi beliau untuk memberi jawapan yang tepat mengenainya ekoran kekurangan maklumat.

"Elok jika PAS Pusat segera menangani isu berkenaan, kelewetan akan menyebabkan ahli tertanya�tanya dan ternanti-nanti untuk mendapat maklumat yang tepat sedangkan media lawan terus menyerang dari segenap sudut," ujarnya.

Beliau yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata, pemimpin tertinggi parti telah mengambil pendekatan yang betul dengan merahsiakan isu berkenaan sebagai suatu rahsia parti, tetapi Umno yang dilanda krisis telah mengambil peluang membocorkannya kepada umum demi kepentingan politik mereka.

Justeru, PAS perlulah bertindak proaktif melawan balik strategi lawan dengan lebih berkesan.

Yang Dipertua PAS Paya Besar, Ustaz Yusuf Embong menggesa pemimpin PAS Pusat mengambil serius isu yang dibangkitkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dalam kenyataan permohonan maafnya seperti disiarkan Harakahdaily.

Kenyataan Mahfuz itu, katanya mendedahkan beberapa kelemahan dalam pentadbiran parti yang perlu ditangani segera.........(kenyataan penuh boleh dibaca di sini)


Apa yang menghairankan saya, kenapa acapkali disebut "pemimpin akar umbi" "pemimpin akar umbi"? Siapa yang dimaksudkan sebenarnya?

Yang saya tahu, "akar umbi" itu sebenarnya membawa makna "ahli bawahan @ ahli biasa" kan?

p/s:ntahapaapantah...



Isnin, 28 Julai 2008

AUKU Dipinda! Konsert Inul Dibatal! HASIL MUZAKARAH?



Sebenarnya saya musykil dengan beberapa kejadian yang berlaku kebelakangan ini. Beberapa hari yang lalu telah terlintas di hati untuk berkongsi kemusykilan ini dengan para sahabat yang menjadi pengunjung setia kepada blog "Pertapa Arjuna" ini. Namun, dek kerana komitmen tugas yang bergerak seiring dan selari dengan kemusykilan serta perasaan mahu berkongsi dan meminta pendapat itu, saya terpaksa menundanya...

Sedang pada ketika ini telah muncul pula beberapa tajuk lain yang ikut sama berlegar dalam minda, ingin meminta perhatian juga. Justeru, jangan hairan kalau-kalau sepanjang saya ingin menghuraikan tajuk ini, terselit pula beberapa ceritera yang sebenarnya berasal dari tajuk yang lain tapi pada skop yang sama. Untuk itu, saya terlebih awal memohon maaf daripada semua. Maaf...

Apa yang ingin dihuraikan di sini sebenarnya adalah berkenaan tingkah-laku dan respon-respon pelik dan canggung (sekurang-kurangnya pada pendapat saya) kerajaan UMNO Barisan Nasional teradap beberapa isu akhir-akhir ini.

Tindakan yang pertama, pembatalan konsert YBhg. Inul Daratista yang dijadualkan akan diadakan di Johor Bahru. Yang mana keputusan tersebut telah berjaya menyajikan kita dengan satu episod pitam dan pengsan yang dilakonkan sendiri oleh YBhg. Inul. Sama ada ia cuma lakonan ataupun sebaliknya, saya tidak tertarik untuk mengulas lanjut. Namun, sebagai nota, konsert tersebut dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan UMNO Barisan Nasional. Yang tidak disangka-sangka...kan?

Ok, tindakan yang kedua, juga pembatalan konsert YBhg, Inul juga. Cuma kali ini lebih menggemparkan kerana konsert ini pada mulanya sudah mendapat green light daripada pihak berkuasa. Namun, entah mengapa, YBhg. Inul sekali lagi menjadi mangsa kepada keputusan muktamad kerajaan UMNO Barisan Nasional. Which is so so so weird!

Apa yang berlaku sebenarnya? Kalau tanya saya, sudah semestinya jawapannya tetap "tidak tahu"...

Pagi tadi, kita dikejutkan pula tentang hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk meminda AUKU. Dinyatakan bahawa tindakan itu adalah demi membolehkan para mahasiswa bebas berpolitik. Kenyataan ini sangat-sangat bercanggah dengan imej kerajaan sebelum ini. Sama ada pindaan itu diluluskan atau tidak oleh Dewan Rakyat, sekali lagi saya belum berminat untuk mengulas lanjut.

Tidakkah anda tertanya-tanya apa sebab dan musababnya...?

Dengan meringankan mulut dan merajinkan diri untuk mengorek maklumat, saya masih terus musykil. Namun ada satu pendapat yang sangat menarik hati dan memang saya bercadang untuk berkongsi dengan semua di sini...

Semua keadaan di atas berlaku adalah hasil kepada usaha Muqabalah (sebelum ini disebut Muzakarah) antara PAS dan UMNO! Benar atau tidak? Saya memilih untuk menjawab, logik! Kalau benar bagai dikata...nampaknya bersungguh benar usaha penyatuan ini...

Benarkah???????

p/s:hanya ALLAH yang tahu...

Khamis, 24 Julai 2008

Antara Muzakarah dan Muqabalah

Dua tiga hari ni rasa agak muak dengan ulasan-ulasan tentang tajuk yang diberi nama 'Muzakarah PAS - UMNO'. Boleh dikatakan ini adalah antara tajuk yang mendapat liputan meluas dan serata oleh media-media arus perdana serta media-media alternatif. Sana sini ada saja mereka yang bagai tak pernah jemu mengulas dan melontarkan pandangan masing-masing berkenaan tajuk tersebut. Ada yang memberi komen positif, dan sangat banyak pula komen yang berbentuk negatif.

Semalam muncul pula istilah Muqabalah yang membawa maksud 'bersemuka'. Bagi ahli PAS, mereka menerima penjelasan itu dengan terbuka dan bersenang hati, walaupun ada di antara mereka yang tidak senang dengan duduk perkara terkini tentangnya, namun secara keseluruhannya, tajuk tersebut masih lagi jadi perbualan hangat di seluruh negara. Yang mana keadaan ini menunjukkan bahawa masih ada segelintir manusia yang tidak bersetuju dengan situasi semasa tajuk tersebut.

Berikut merupakan pandangan peribadi saya:-

  1. Muzakarah atau Muqabalah, pertemuan itu SEMEMANGNYA BERLAKU!
  2. Muzakarah atau Muqabalah, tawaran yang disebutkan memang PERNAH DITAWARKAN!
  3. Muzakarah atau Muqabalah, yang menawarkan adalah UMNO dan bukan BARISAN NASIONAL!
  4. Muzakarah atau Muqabalah, yang ditawarkan adalah PAS dan bukan PAKATAN RAKYAT!
  5. Muzakarah atau Muqabalah, PAS dengan TEGAS telah MENOLAK tawaran yang bagi sesetengah pihak kononnya MENGIURKAN itu!
  6. Muzakarah atau Muqabalah, syabas pada PAS
  7. Muzakarah atau Muqabalah, syabas pada UMNO jugak kerana telah memberikan bukti yang 'sudah terang lagikan bersuluh' kepada rakyat tentang AMALAN tawar-menawar mereka!
  8. Muzakarah atau Muqabalah, isu dan segala ulasan serta liputan lebih menunjukkan SIAPA YANG TERLIUR dan SIAPA YANG TIDAK
  9. Muzakarah atau Muqabalah, yang teruji adalah nilai kepercayaan yang dipimpin kepada yang memimpin
  10. Muzakarah atau Muqabalah, PAS jelas menunjukkan keretakan!
  11. Muzakarah atau Muqabalah, parti-parti haluan kanan dan haluan kiri di Malaysia, CEPAT MELATAH termasuk PAS sendiri yang sebelum ini mempunyai track record yang baik
  12. Muzakarah atau Muqabalah, ada yang sampai geli-geleman dek kerana KEJAHILAN
  13. Muzakarah atau Muqabalah, ramai sangat yang suka menyalak
  14. Muzakarah atau Muqabalah, Anwar dan Wan Azizah serta Azmin pun PERNAH BUAT! (dan memang sedang buat)
  15. Muzakarah atau Muqabalah, Lim Kit Siang Karpal Singh pun PERNAH BUAT! (dan memang sedang buat)
  16. Muzakarah atau Muqabalah, Sivarasa pun sama, Syed Husin pun sama, Ezam juga, dan semua pemimpin PAS juga!
  17. Muzakarah atau Muqabalah, cuma tajuk yang baru dibuka untuk menutup KEHAMBARAN POLITIK PARTI MASING-MASING!

Akibatnya...kerajaan pening, pembangkang bingung dan rakyat termenung...! Hmm... Alaaahai!

Siapa Kita Untuk Menafikan KekuasaanNYA...


Maka tersebutlah sebuah kisah, suatu cerita, tentang sebuah koloni yang tinggal di satu sudut dalam gambar di atas...

Adapun disebutkan mereka ini adalah makhluk Yang Maha Pencipta yang paling sempurna berbanding makhluk-makhluk ciptaanNYA yang lain. Namun keberadaan dan kesempurnaan mereka itu seringkali dipersoalkan oleh makhluk-makhluk yang lainnya, dek kerana tingkah-laku serta tindakan-tindakan yang mereka ambil...

Tidak terfikirkah mereka bahawa mereka sebenarnya cuma sebahagian kecil daripada alam semesta yang teramat luas ini...?

P/S:-
Pertapa Arjuna : kagum dengan kebesaran Maha Pencipta dan tidak ingin terus hanyut dengan 'dunia' yang penipu...

Selasa, 22 Julai 2008

Jawapan Teka-Teki Tu...


Ia Makan Untuk Hidup... Tapi Tak Pernah Minum...

Yup! Betul! Jawapannya A.P.I.

Untuk hidup, api mesti makan segala yang boleh seperti kayu, daun, plastik, kereta, mercedes benz, perdana, no 13, rumah kayu, rumah batu, banglo Mawie, banglo Siti Datuk K, PWTC, mahkamah, balai polis, penjara pudu, penjara Sg Buloh, Kem Kamunting, Istana, Putrajaya, KLIA, LCCT, LRT, monorel, komuter, gereja, kuil, masjid, masjid kristal, komputer, fax machine, speaker, kertas, telefon, fail, haiwan, bendera Malaysia, bendera negeri, bendera UMNO, bendera PKR, bendera PAS, DAP, PSM, bendera USA, Israel, Pakistan, gambar Bush, gambar Osama, gambar Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama, Vladimir Putin, Hu Jintao, Jacob Zuma, Kevin Rudd, Anwar Ibrahim, Pak Lah, Najib, Mahathir, Muhyidin Yassin, Rafidah Aziz, Shabery Cheek, dan bermacam-macam gambar lagi, baju, seluar, underwear, rokok, jam, wayar, kerusi, minyak, shell, esso, petronas, hassan merican, subsidi, teksi, kotak, katak, streamyx, karpet, meja, workshop, kilang, senario, tv3, ntv7, rtm, angkasapuri, parabola astro, hellboy, batman, joker, set penggambaran, filem, drama, gajah, pelanduk, hatta manusia sekalipun, A.P.I. akan memakannya....

Namun, ia tidak pernah minum kerana sekiranya ia minum, pasti akan mati @ padam...

simbolik kepercayaan...

(p/s:lepas ni akan ada pulak teka-teki yang baru... tungguuuuuuuu)

Seorang Pemandu Teksi


Semalam sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah, saya menaiki teksi yang dipandu oleh seorang abang yang menggelarkan dirinya sebagai 'abang aji'. Memandu teksi yang bukan menggunakan gas, sebaliknya menggunakan petrol sebagai bahan bakar kepada teksi tersebut.

Perbualan yang pada mulanya berkisar tentang taraf hidup rakyat yang meningkat semakin rancak bila diselitkan dengan pandangan-pandangan yang berbentuk politik pula. Saya yang sememangnya amat tertarik dengan semua pendapat yang berkaitan tajuk politik ni, terus menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh 'abang aji' tersebut... Katanya,

Kita kene berlapang dada dik, apa yang berlaku akhir-akhir ni kita kene terime dengan hati yang terbuke, abang aji ni ade anak 2 orang yang sekarang sedang belajar di universiti, adik rase abang aji mampu tak nak tampung perbelanjaan pembelajaran mereka dengan hanye memandu teksi yang menggunakan petrol dan bukan gas? Dah ketentuan Allah dik, adelah hikmahnye tu kenaikan harge minyak dan barang-barang ni...orang-orang macam Anwar dan konco-konconye pandai menyalak jer, cube buat tengok! Abang xde lain dik, abang pangkah kerajaan je tiap kali pilihanraye, cube adik pikir, ade ke pemimpin yang nak tengok rakyat dia susah? Ade ke pemimpin yang jadi pemimpin tapi tak pernah pikir pasal rakyatnye? Kalau nak tengok rakyat susah tak payah jadi pemimpin lagi bagus, buat je ape yang patut yang boleh menyusahkan rakyat. Tak payah mengeluh dah dik sekarang ni pasal kenaikan taraf hidup ni, tak baik. Berlapang dada dan terime dengan hati yang lapang. Bukan tak boleh hidup pun, cumenye, macam abang aji ni, kalau dulu selalunye abang aji boleh dapat RM80 sehari, sekarang dah kurang ke RM60 sehari, tapi bukan tak dapat langsung dik, dapat jugak cume kurang sedikit. Abang aji yang bawa teksi gune petrol ni pun bole hidup lagi dan tak bising. Yang bising tu pembangkang je dik. Diorang ni takde keje lain, asyik menyalak je! Kite sebagai rakyat tak tahu ape dan bagaimane bentuk cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh menteri-menteri dan kerajaan dik, kite tak pernah duk situ, kite tak tau la. Cube kalau kite berpeluang duk situ, bende yang same akan berlaku dan tindakan yang same akan diambil... Pecayelah! Bagi Anwar duk situ! Abang aji pangkah kerajaan dik, abang aji terhutang budi dengan kerajaan...

Saya termangu seketika... Masih ada yang beranggapan begini rupanya...

Tiba-tiba saya terkenang sewaktu di kampus Universiti Malaysia Sabah dahulu, sewaktu menyandang jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2004/2005, situasi yang lebih kurang sama dengan apa yang dikatakan oleh abang aji drebar teksi di atas...

Adakah...

PLEASE GUYS, I NEED YOUR GUYS COMMENT ON THIS!!!
(p/s:segala yang di atas, adalah pandangan asli seorang drebar teksi di sebuah kota metropolitan ini)

Isnin, 21 Julai 2008

SIAPA GAJAH DAN SIAPA PELANDUK... ; PTF


Apa yang berlaku kepada politik Malaysia akhir-akhir ini memang ibarat "Gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk tersepit di tengahnya"...

Gajah = Para pemimpin (daripada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional)
Pelanduk = Sekalian rakyat dan penduduk Malaysia

Gajah yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal, mempunyai kekuatan yang membolehkan mereka bertindak sebagai pembuat keputusan terus menerus bergaduh atas sebab yang ntahapahapantah...yang secara tidak langsungnya tanpa disedari pergaduhan itu telah membawa kepada kerosakan alam seluruhnya malah sesiapa yang berada di sekitar tempat kejadian turut menjadi mangsa... Kebetulan sang pelanduk cuba meleraikan, akibatnya, sang pelanduk juga ikut binasa...

Kedua-dua ekor gajah tersebut pula, nak dijadikan ceritera, yang menang jadi arang yang kalah jadi abu...

Begitulah al-kisahnya...
Gajah yang bodoh dan bangang dengan sang pelanduk yang tersilap memilih...

Hormat daripada,

RAJ ARYAN

Sabtu, 19 Julai 2008

MANUSIA PALING BERPENGARUH DI DUNIA : 10 senarai teratas

1ST : DALAI LAMA untuk gambar sila klik di sini

2ND : VLADIMIR PUTIN untuk gambar sila klik di sini

3RD : BARACK OBAMA untuk gambar sila klik di sini

4TH : HILLARY CLINTON untuk gambar sila klik di sini

5TH : JOHN Mc CAIN untuk gambar sila klik di sini

6TH : HU JINTAO untuk gambar sila klik di sini

7TH : GEORGE W. BUSH untuk gambar sila klik di sini

8TH : JACOB ZUMA untuk gambar sila klik di sini

9TH : ANWAR IBRAHIM untuk gambar sila klik di sini

10TH : KEVIN RUDD untuk gambar sila klik di sini

(senarai penuh 100 manusia paling berpengaruh di dunia)

Pakatan Rakyat ; "RUMAH TANGGA KAMI RETAK" ???

Aku tertarik hati dengan gelagat, karenah, dan kesungguhan para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya sejak akhir-akhir ini. Mereka yang bagiku begitu kreatif dan kritis, semakin hari rasanya bertambah lagi kreatif dan kritisnya. Logo ini buktinya! Tidak pernah terfikir olehku bendera@lambang ketiga-tiga parti pembangkang itu boleh diilhamkan sedemikian rupa. Syabas buat mereka!

Apapun, mutakhir ini kita sering diasak dengan khabar yang meresahkan iaitu keretakan 'rumah tangga' Pakatan Rakyat, yang mana kononnya terdapat segolongan pendokong kuat yang berpengaruh daripada parti PAS yang telah mula berjinak-jinak bermain cinta dengan UMNO dan Barisan Nasional. "Cinta Pandangan Berkali-kali" agaknya. Khabar yang tak pasti sumbernya itu mendakwa bahawa parti PAS akan menuntut cerai daripada parti PKR dan parti DAP yang sudah tak serasi (menurut sumber yang TAK pasti itu) kononnya, dengan niat untuk berkahwin dengan UMNO dan Barisan Nasional. Tentang talak berapa, tidak pula disebutkan.

Namun yang demikian, perlu ditegaskan di sini, aku tidak pula cuba mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan tersebut. Di sini, aku ingin mengajak semua untuk meneliti semula satu persatu 'sebab dan akibat' kepada dakwaan di atas. Pakatan Rakyat dikatakan rapuh akibat ketidaksefahaman parti-parti yang terlibat atas beberapa perkara. Kenyataan ini membuatkan aku mengenang semula 'persefahaman awal' yang terbentuk antara kesemua parti (PAS-PKR-DAP) yang telah membawa kepada 'idea penyatuan' ketiga-tiga parti tersebut, yang kemudiannya telah membawa kepada lahirnya idea 'PAKATAN RAKYAT' yang termasyhur itu... Ianya merupakan sebuah kesepakatan berbentuk :-

"MEREKA (PAS-PKR-DAP) BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU DALAM BEBERAPA PERKARA" (asas terbentuknya Pakatan Rakyat)


Malah ungkapan di atas itulah yang telah menjadi asas kepada pembentukan Pakatan Rakyat pada hari ini. Justeru, para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ini haruslah faham. Bagiku, dakwaan ini hanyalah satu cetusan daripada pihak-pihak yang tertentu. Siapa?

Pesanan buat rakyat dan penduduk Malaysia, rasanya kita tidak perlu risau atas perkara yang dikatakan sebagai 'keretakan' Pakatan Rakyat tersebut kerana ia bukan seperti yang didakwa. MEMANG ada beberapa perkara yang mana PAS-PKR-DAP tidak sependapat! Namun itu sememangnya asasnya. Dan bukankah itu yang kita semua mahukan, perlukan, dan dambakan? Kita inginkan pemimpin yang lantang menyuarakan prinsip keadilan dan kebajikan di samping turut lantang mempertahankan prinsip masing-masing tanpa mengira atau berkompromi kepada pihak sekutu (sekiranya ia bertentangan dengan prinsip sendiri)! Maka dengan itu, tidaklah salah bagi pimpinan PAS-PKR-DAP untuk menyatakan 'tidak bersetuju' kepada pendirian atau tindakan mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Kerana rakyat dan penduduk Malaysia telah lama mendambakan begitu. Kita kena tunggu berpuluh tahun lagi untuk melihat ketelusan sedemikian di dalam kerajaan yang ada sekarang ini. (Parti komponen BN yang manakah yang secara telus berani menyatakan tidak bersetuju atas tindakan dan pendapat parti-parti komponennya yang lain? Fikirkanlah...)

Mengulas kenyataan tentang penggabungan PAS dan UMNO, tidak mungkin berlaku. Kalaupun tercetus 'sesuatu' yang dapat menggugah keyakinan PAS pada kebersihan dan ketelusan Pakatan Rakyat di masa-masa yang akan datang, PAS mungkin akan kembali kepada perjuangan asalnya iaitu kembali bersendiri dengan terus menegakkan prinsipnya seperti suatu masa dulu. Namun, untuk bekerjasama dengan UMNO, masih Jauh Panggang Dari Api...

Jumaat, 18 Julai 2008

Sejenak Berkarya



Pelabuhan Sepi

Di Pelabuhan ini
Kusapu airmatamu di pipi
Dalam keredupan sinar mentari
Kerna kutahu
Setelah ini
Kita semakin jauh dalam mimpi cinta

Di Pelabuhan ini
Kutinggalkan suara-suara manis untuk telingamu
Kutinggalkan mimpi-mimpi indah
Yang kupetik dari ranting hari
Buat teman tidurmu

Dan
Kau sematkan ke dada cintaku
Satu irama kerinduan
Yang tak pernah putus...

p/s : buat tatapan semua... sebagai halwa minda... =>

Rehat Seketika Bersama.... : PTF











KADANG-KADANG KITA PERLU BEREHAT SEKETIKA UNTUK MENAJAMKAN PENGLIHATAN KITA TERHADAP SESUATU YANG TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR...

P/S : Nun di sana... Ada sesuatu... ;)

Looking At Malaysia's Politics Today : ISU SEMASA & POLITIK











Hari ini kita melihat Politik Malaysia sebagai begini :-

Sekitar isu kes liwat Anwar Ibrahim dan konspirasi menjatuhkan beliau daripada proses pengambilalihan kepimpinan kerajaan pusat. Yang mana, PAS-PKR-DAP a.k.a. Pakatan Rakyat mendakwa sedang dalam usaha menyingkir BN dari Putrajaya... Sejauh manakah perkembangannya? (pertapa arjuna : tidak tahu)

Sekitar isu pembunuhan Altantuya Sharibuu wanita Mongolia yang dikaitkan dengan Najib Tun Razak serta isterinya Rosmah. Penglibatan Raja Petra Raja Kamarudin melalui pendedahan-pendedahan yang dilakukan (yang dikatakan sebagai fitnah). Penglibatan seorang penyiasat peribadi dengan 2 akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain. Penangkapan Raja Petra, tenggelam timbulnya Bala, dan penafian Najib serta kesangsian berterusan yang melibatkan kes ini seringkali mendapat perhatian umum. Najib dan Rosmah terlibat atau tidak? (pertapa arjuna : ada kemungkinan)

Pergolakan dalaman Pakatan Rakyat yang mengundang kegusaran para penyokongnya. Kisah 678, isu pasukan bola sepak Chelsea, kenyataan media Presiden PAS, ketaksuban penyokong Anwar, dan bermacam-macam lagi yang disifatkan sebagai "hal-ehwal rumah tangga Pakatan Rakyat". Masa depan yang kabur? (pertapa arjuna : sampai bila?)

Pergolakan dalaman BN yang menyaksikan seorang lagi pemimpin salah sebuah parti komponennya mengisytiharkan keluar parti dan diura-urakan akan melompat ke Pakatan Rakyat. Bila dan siapa lagi yang akan mengikut jejak beliau? (pertapa arjuna : waLlahu 'alam)

Sekitar ceritera KRISIS kepimpinan UMNO. Ku Li (cabar Presiden), Muhyidin Yasin (masih mempertimbangkan), Hishamudin Hussein (Naib Presiden), Shapie Apdal (ingin legakan rakyat Sabah dan tanding Naib Presiden), Khaled Nordin (Naib Presiden), Azalina (cabar Ketua Bahagian Pengerang), Rafidah Aziz (minta Muhyidin supaya tidak bertanding), Abdullah Ahmad Badawi (pertahan jawatan), dan ramai lagi ceritera di negeri masing-masing. Dalam sedar ataupun tidak, sebenarnya telah ramai yang mengorak langkah untuk menaikkan Najib untuk mencabar Presiden Disember ini. (pertapa arjuna : coming soon akan bercerita panjang pasal ni)

Sekitar isu HARGA MINYAK dan INFLASI. Rakyat jadi mangsa. DEBAT yang tidak membawa apa-apa kesan kepada harga minyak dan inflasi tersebut yang mana ianya cuma menjadi medan meluaskan populariti mereka yang terlibat dengan program tersebut. (pertapa arjuna : sedih)


Muzakarah UMNO - PAS yang menimbulkan pelbagai reaksi spontan rakyat Malaysia, ada yang positif dan ada yang negatif. (pertapa arjuna : sejauh mana?)

Kritikan-kritikan panas dan pedas Tun Mahathir terhadap beberapa tajuk yang melibatkan kelemahan kerajaan dan juga kelemahan pembangkang (pertapa arjuna : betulkah?)

Dan bermacam-macam lagi... Artikel-artikel seterusnya akan menyusul...

p/s : banyak isu... rakyat muak!

Khamis, 17 Julai 2008

Penagih Satu Epilog : Karya


kami labuhkan bahtera harap di pantai redhaNYA
untuk kami hidup bergamit iman dan taqwa
merobek kasar tabir kealpaan
membungkus segala macam tipu daya dan hasutan

kami lontar jauh mazmumah ke luar dunia
lantas kami sarungkan pakaian mahmudah
menyusuri jalan mutma'innah
kami tarik satin silaturrahim
mengikat teguh sebuah jemaah kukuh
menanti saat ketibaannya
dajjal perosak agama, penyeleweng aqidah, muslimin dan muslimah

kami cabut pohon-pohon keberanian
kami himpunkan dedaunan kebijaksanaan
lantas kami ciptakan peluru berpandu akhir zaman
menghentam pembinasa umat manusia
ya'juj ma'juj...yahudi dan nasara

di saat itu
berdiri gagah kami di perahu rehal
berlayarkan helaian-helaian al-Quran penangkis syaitan
berdayungkan petunjuk...ikut haluan lagu firman dan hadith
berpemimpinkan aulia', al-mahdi dan isa alaihissalam
mengerat-ngerat mencincang lumat
satu demi satu petualang agama
MUSNAH SEMUA!

dan di sini
titisan darah kamu mengukir
memohon ampun bersujud sembah merendah hina
di hadapan ALLAH Rabbul Jalil
sudah tak berguna
qiamat telah pun menziarah nyata
kamulah
bakal isi neraka
ALLAH SWT

nukilan kekanda aljundiathirah : sandakan : 1990
ciplak by : me ;)

p/s: dalam soal cinta, tak perlu gunakan otak untuk buat keputusan...soal hati...biar hati yang tentukan...

Rabu, 16 Julai 2008

cetusan... : PTF


Salam pada mereka yang sudi meluangkan masa untuk berdiskusi santai bersama denganku menerusi blog yg baru dilahirkan ini...

Cetusan ini lahir daripada rasa seronoknya melihat para bloggers yang tak pernah jemu untuk meluahkan pendapat dan melontar segala isi kepala otak mereka menerusi blog2 yang mereka hasilkan...

Seronok melihat gambar tokoh di sebelah ni...sejuk mata memandang. I wonder how others look at him...what kind of feelings that they have deep inside...?
Apapun,
seronok dapat melihat seorang pemimpin Malaysia yang sebegini...(hopefully tomorrow will bring another more leader like him).

Mungkin apa yang aku postingkan pada hari yang sama blog PUAKA KERAMAT ini lahir ke dunia maya ini tidak begitu menyentuh matlamat utama penghasilan blog ini...so, aku minta maaf.

Namun aku tetap berjanji...esok...lusa...tulat...aku akan pastikan segala isi dalam blog ini akan dapat menggambarkan apa yang sebenarnya...dan yang ta kurang pentingnya, untuk meluah isi hatiku... Lagipun, aku baru mencuba2...

So, very well... May ALLAH bless all of us...

Puaka Keramat

BED OF ROSES : Seni

Sitting here wasted and wounded...at this old piano
Trying hard to capture the moment...this morning i dont know
Cause a bottle of vodka is still lodged in my head
And some blonde gave me nightmares...i think that she's still in my bed
As I dream about movies they won't make of me when I'm dead

(To be continued...)

BismiLlahirRahmanirRahim...

Salam perkenalan dan salam seantero dunia...

Blog ini di'cipta' khas untuk semua yang sudi meluangkan masa dan yang mempunyai sifat keterbukaan yang tinggi atas sebarang maklumat, info, dan juga pandangan dalam semua tajuk yang akan disentuh dalam blog ini.

Sebagai posting pertama, dengan segala hormatnya, saya/aku/patik/hamba mempersembahkan beberapa tajuk yang bakal diceritakan, disentuh, dihurai, dihujah, ditelanjangkan dan yang sewaktu dengannya di dalam blog PUAKA KERAMAT ini.

Berikut merupakan senarainya...

01) Sejarah Hidup
02) Personal Life
03) Personal Thinking & Feeling (PTF)
04) ISU SEMASA!
05) POLITIK!
06) Remaja
07) Kemahasiswaan
08) Persatuan
09) Kementerian & Jabatan
10) Isu-Isu AM & AWAM
11) Persahabatan
12) Percintaan
13) Minat
14) Permainan
15) Seni dan Kebudayaan
16) Karya, dan...
17) Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Sekian dan Selamat membaca!

** p/s : senarai tertakluk kepada pindaan

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU