Aku tertarik hati dengan gelagat, karenah, dan kesungguhan para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya sejak akhir-akhir ini. Mereka yang bagiku begitu kreatif dan kritis, semakin hari rasanya bertambah lagi kreatif dan kritisnya. Logo ini buktinya! Tidak pernah terfikir olehku bendera@lambang ketiga-tiga parti pembangkang itu boleh diilhamkan sedemikian rupa. Syabas buat mereka!
Apapun, mutakhir ini kita sering diasak dengan khabar yang meresahkan iaitu keretakan 'rumah tangga' Pakatan Rakyat, yang mana kononnya terdapat segolongan pendokong kuat yang berpengaruh daripada parti PAS yang telah mula berjinak-jinak bermain cinta dengan UMNO dan Barisan Nasional. "Cinta Pandangan Berkali-kali" agaknya. Khabar yang tak pasti sumbernya itu mendakwa bahawa parti PAS akan menuntut cerai daripada parti PKR dan parti DAP yang sudah tak serasi (menurut sumber yang TAK pasti itu) kononnya, dengan niat untuk berkahwin dengan UMNO dan Barisan Nasional. Tentang talak berapa, tidak pula disebutkan.
Namun yang demikian, perlu ditegaskan di sini, aku tidak pula cuba mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan tersebut. Di sini, aku ingin mengajak semua untuk meneliti semula satu persatu 'sebab dan akibat' kepada dakwaan di atas. Pakatan Rakyat dikatakan rapuh akibat ketidaksefahaman parti-parti yang terlibat atas beberapa perkara. Kenyataan ini membuatkan aku mengenang semula 'persefahaman awal' yang terbentuk antara kesemua parti (PAS-PKR-DAP) yang telah membawa kepada 'idea penyatuan' ketiga-tiga parti tersebut, yang kemudiannya telah membawa kepada lahirnya idea 'PAKATAN RAKYAT' yang termasyhur itu... Ianya merupakan sebuah kesepakatan berbentuk :-
"MEREKA (PAS-PKR-DAP) BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU DALAM BEBERAPA PERKARA" (asas terbentuknya Pakatan Rakyat)
Malah ungkapan di atas itulah yang telah menjadi asas kepada pembentukan Pakatan Rakyat pada hari ini. Justeru, para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ini haruslah faham. Bagiku, dakwaan ini hanyalah satu cetusan daripada pihak-pihak yang tertentu. Siapa?
Pesanan buat rakyat dan penduduk Malaysia, rasanya kita tidak perlu risau atas perkara yang dikatakan sebagai 'keretakan' Pakatan Rakyat tersebut kerana ia bukan seperti yang didakwa. MEMANG ada beberapa perkara yang mana PAS-PKR-DAP tidak sependapat! Namun itu sememangnya asasnya. Dan bukankah itu yang kita semua mahukan, perlukan, dan dambakan? Kita inginkan pemimpin yang lantang menyuarakan prinsip keadilan dan kebajikan di samping turut lantang mempertahankan prinsip masing-masing tanpa mengira atau berkompromi kepada pihak sekutu (sekiranya ia bertentangan dengan prinsip sendiri)! Maka dengan itu, tidaklah salah bagi pimpinan PAS-PKR-DAP untuk menyatakan 'tidak bersetuju' kepada pendirian atau tindakan mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Kerana rakyat dan penduduk Malaysia telah lama mendambakan begitu. Kita kena tunggu berpuluh tahun lagi untuk melihat ketelusan sedemikian di dalam kerajaan yang ada sekarang ini. (Parti komponen BN yang manakah yang secara telus berani menyatakan tidak bersetuju atas tindakan dan pendapat parti-parti komponennya yang lain? Fikirkanlah...)

Mengulas kenyataan tentang penggabungan PAS dan UMNO, tidak mungkin berlaku. Kalaupun tercetus 'sesuatu' yang dapat menggugah keyakinan PAS pada kebersihan dan ketelusan Pakatan Rakyat di masa-masa yang akan datang, PAS mungkin akan kembali kepada perjuangan asalnya iaitu kembali bersendiri dengan terus menegakkan prinsipnya seperti suatu masa dulu. Namun, untuk bekerjasama dengan UMNO, masih Jauh Panggang Dari Api...
1 ulasan:
Salam...
Sebuah analisis yang mudah untuk dihadam oleh penyokong pakatan rakyat, khusus bagi menerangkan 'kenapa' perselisihan ideologi dan prinsip boleh berlaku dalam 'perkahwinan' pakatan rakyat.
Bagi yang sudah 'faham' tentang 'rupa paras' politik Malaysia, yang sudah mengkaji 'federalisme di Malaysia' dan yang sudah dapat mengerti istilah 'kompromi', tentunya mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan 'tipu-daya dan strategi' parti politik tertentu.
Malangnya, masih ada lagi rakyat dan pemimpin di negara ini yang masih 'belum faham' tetapi berlagak seolah-olah 'sudah sangat faham' tentang rupabentuk iklim politik di Malaysia.
Keep ur good writings Brother RAJ.
:-)
Catat Ulasan