Semalam muncul pula istilah Muqabalah yang membawa maksud 'bersemuka'. Bagi ahli PAS, mereka menerima penjelasan itu dengan terbuka dan bersenang hati, walaupun ada di antara mereka yang tidak senang dengan duduk perkara terkini tentangnya, namun secara keseluruhannya, tajuk tersebut masih lagi jadi perbualan hangat di seluruh negara. Yang mana keadaan ini menunjukkan bahawa masih ada segelintir manusia yang tidak bersetuju dengan situasi semasa tajuk tersebut.
Berikut merupakan pandangan peribadi saya:-
- Muzakarah atau Muqabalah, pertemuan itu SEMEMANGNYA BERLAKU!
- Muzakarah atau Muqabalah, tawaran yang disebutkan memang PERNAH DITAWARKAN!
- Muzakarah atau Muqabalah, yang menawarkan adalah UMNO dan bukan BARISAN NASIONAL!
- Muzakarah atau Muqabalah, yang ditawarkan adalah PAS dan bukan PAKATAN RAKYAT!
- Muzakarah atau Muqabalah, PAS dengan TEGAS telah MENOLAK tawaran yang bagi sesetengah pihak kononnya MENGIURKAN itu!
- Muzakarah atau Muqabalah, syabas pada PAS
- Muzakarah atau Muqabalah, syabas pada UMNO jugak kerana telah memberikan bukti yang 'sudah terang lagikan bersuluh' kepada rakyat tentang AMALAN tawar-menawar mereka!
- Muzakarah atau Muqabalah, isu dan segala ulasan serta liputan lebih menunjukkan SIAPA YANG TERLIUR dan SIAPA YANG TIDAK
- Muzakarah atau Muqabalah, yang teruji adalah nilai kepercayaan yang dipimpin kepada yang memimpin
- Muzakarah atau Muqabalah, PAS jelas menunjukkan keretakan!
- Muzakarah atau Muqabalah, parti-parti haluan kanan dan haluan kiri di Malaysia, CEPAT MELATAH termasuk PAS sendiri yang sebelum ini mempunyai track record yang baik
- Muzakarah atau Muqabalah, ada yang sampai geli-geleman dek kerana KEJAHILAN
- Muzakarah atau Muqabalah, ramai sangat yang suka menyalak
- Muzakarah atau Muqabalah, Anwar dan Wan Azizah serta Azmin pun PERNAH BUAT! (dan memang sedang buat)
- Muzakarah atau Muqabalah, Lim Kit Siang Karpal Singh pun PERNAH BUAT! (dan memang sedang buat)
- Muzakarah atau Muqabalah, Sivarasa pun sama, Syed Husin pun sama, Ezam juga, dan semua pemimpin PAS juga!
- Muzakarah atau Muqabalah, cuma tajuk yang baru dibuka untuk menutup KEHAMBARAN POLITIK PARTI MASING-MASING!
Akibatnya...kerajaan pening, pembangkang bingung dan rakyat termenung...! Hmm... Alaaahai!
7 ulasan:
emm for the politician reason,i don't have any comment.But on my own opinion i though all of this are nonsense..........there have more ridicules thing then the truth.Dunia2! huh!
ala pe slhnya duduk berbincang...beza psl politik je..sesama islam dan melayu x payah le nak gaduh2
Salam..
Blog penarik beca tertera nama awak dan komen awk..
Tahniah sebab awk berani menyedarkannya. Dan, awk teruskan menulis sebab tulisan awk makin mantap.
gua serius beb..gua tak kisah ape dorang nak buat..yg gua nak bln 9 ni PR dapat memerintah..gua nk tgk mcm mane PR memerintah plk..tak ok kita tkr..amcm?
Aku setuju sangat lah ngan ko Daus! Itu pandangan yang selama ni aku cari2... Hehehe!
For Aflah, thanx for your support! Hehehe!
For Lieza and Tehaboo, jom kita doa sama2, for the better tomorrow... ;)
yup....anyway i sokong u laxmana :).keep goin and klu blh tell the truth.Insyaalah satu ari kte dpt yg btul2 tulus n ikhlas dlm mentadbir.So pe kte klu kte tukau hahahahaha!
assalamualaikum .. laxmana
muqabalah ngan muzakarah nie beza perkataan saja tapi maksudnya serupa. biasalah arab lagi kaya dari melayu.
pandangan saya sememangnya UMNo bukan buat muzakarah tapi buat muhasabah sebab dah banyak menyimpang dari landasan agama
Catat Ulasan