Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 29 Ogos 2008

TIDAK ADA YANG BERUBAH !!!

Saya ingin membawa anda menelusuri perjalanan sejarah politik Malaysia yang dulunya dikenali sebagai 'HALUAN KIRI' dan 'HALUAN KANAN', dan sekarang dikenali pula dengan 'PEMBANGKANG' dan 'KERAJAAN'.

Ikuti kisah seterusnya :-

Saya ingin memulakan pengkisahan ini bermula dengan Hizbul Muslimin menyertai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bersama Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Burhanuddin Al-Hilmy.

Maka, formula mudah :-

Hizbul Muslimin + API + PKMM = PUTERA

PUTERA pula bersama dengan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) dalam melancarkan Perlembagaan Rakyat, yang berbeza daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dokongan Umno pada 1947.

Maka, formula mudah :-

PUTERA + AMCJA = Perlembagaan Rakyat

Perlembagaan Rakyat, AMCJA - PUTERA (Hizbul Muslimin, API, dan PKMM) terbubar dengan tangkapan besar-besaran pihak British ke atas parti-parti haluan kiri menjelang Darurat.

Maka, kekosongan ruang politik ketika itu diisi oleh UMNO. Tetapi, syarat kemerdekaan ialah parti untuk semua kaum dan bukannya untuk orang Melayu sahaja. Itulah juga saranan Dato' Onn. Biro Agama UMNO, dengan sifat terbukanya mendukung Dato' Onn. Tetapi kebanyakan pemimpin UMNO menolak.

Dato' Onn keluar parti dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang kemudiannya digantikan dengan Parti Negara. Biro Agama UMNO juga keluar parti walaupun tidak menyertai Dato' Onn.

Maka Biro Agama UMNO menjadi Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kekosongan kepimpinannya diisi Burhanuddin Al-Hilmy, seorang anak Perak. Penyertaannya ke dalam PAS diikuti para pendukung Hizbul Muslimin yang menganggap PAS sebagai penggantinya.

Dari itu, PAS sebenarnya bukanlah berasal semata-mata daripada lanjutan Hizbul Muslimin (pimpinan Abu Bakar Al-Bakir yang juga turut dianggotai oleh Asri Muda) yang ditubuhkan di Gunung Semanggul, Perak, malah PAS juga berasal daripada Biro Agama UMNO pimpinan Dato' Onn Jaafar.

Maka, formula mudah :-

Hizbul Muslimin + Biro Agama UMNO = PAS

Parti Rakyat Malaysia (PRM) diasaskan oleh Ahmad Boestamam, seorang anak Perak juga. PRM dianggap sebagai lanjutan perjuangan PKMM.

Pada tahun 1950, mereka mengisytiharkan kesetiakawanan antara PRM dan PAS.

Maka, formula mudahnya :-

PAS + PRM = Setiakawan dan bekerjasama

Dalam Pilihanraya Pra-Merdeka, mereka menunjukkan kebersamaan dan kesefahaman yang tinggi. Mereka juga disertai oleh parti pimpinan Dato' Onn Jaafar. PRM bergabung dengan Parti Buruh Malaya (LPM) untuk mewujudkan Barisan Sosialis (SF).

Maka, formula mudah :-

PAS + [PRM + LPM] + Dato' Onn = Sekutu

Menjelang pilihan raya 1969. LPM dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kedua-duanya parti pelbagai kaum.

LPM bahagi 2 = PGRM dan DAP

Syed Hussein Al-Attas adalah antara pengasas PGRM sementara DAP mempunyai beberapa tokoh Melayu di Perak.

Apabila BN ditubuhkan, PGRM dan PAS turut menyertainya. PGRM pecah di mana salah seorang pemimpin utamanya, Tan Chee Khoon keluar parti dan menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas). Ahmad Boestamam menyertai parti berlambangkan mata hari itu.

Sementara PAS di bawah pimpinan Asri juga pecah. Tokohnya di Perak, Hashim Gera yang terkenal sebagai pemantun di Dewan Rakyat keluar parti dan menubuhkan Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) berlambangkan pokok kelapa sawit.

Formula mudahnya :-

- PGRM dan PAS turut dalam penubuhan BN
- Sebahagian PGRM turut dalam penubuhan BN
- Sebahagian lagi tubuh Pekemas
- Sebahagian PAS turut dalam penubuhan BN
- Sebahagian lagi tubuh KITA

Ketika PAS berada dalam BN, antara perubahan yang berlaku ialah perubahan palang merah menjadi bulan sabit merah, azan di radio dan penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Salah seorang anggota majlis yayasan itu ialah Nik Aziz Nik Mat.

Kini Yadim diketuai Nakhaie Ahmad, bekas pemimpin PAS.

Semasa PAS dalam BN, kesedaran Islam mula meningkat di kalangan pelajar anak muda. Mereka enggan menyertai PAS kerana ia berada dalam BN. Mereka lebih gemar menyertai ABIM pimpinan Anwar Ibrahim.

Hanya setelah PAS keluar BN, barulah aktivis Islam senang menyertai ABIM termasuklah timbalan Anwar iaitu Ustaz Fadzil Mohd Noor. Pengganti PAS dalam BN ialah Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa).

Kegagalan PAS dalam Pilihanraya Umum 1982 membawa kepada tersingkirnya Asri daripada parti itu. Beliau kemudian menubuhkan Hizbul Muslimin (HAMIM) yang menjadi anggota BN bersama Berjasa. Asri kemudian menyertai Umno dalam usahanya untuk membubarkan HAMIM.

Bagaimanapun, HAMIM akhirnya keluar BN dan menyertai Angkatan Perpaduan Ummah bersama dengan PAS dan Berjasa.

Formula mudah :-

- HAMIM keluar BN
- HAMIM + PAS + Berjasa = Angkatan Perpaduan Ummah

Apabila Anwar disingkirkan daripada UMNO, penyokongnya termasuk ABIM menubuhkan Parti Keadilan Nasional (keADILan). Bersama PAS, PRM dan DAP, ia menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya 1999.

Formula mudah :-

- Bekas UMNO + ABIM = keADILan
- keADILan + PAS + PRM + DAP = BA

Kerana Cina menolak PAS, DAP mengalami kekalahan di banyak tempat dan ia keluar daripada BA.

Pergolakan dalam keADILan mendorong ABIM untuk merenggangkan hubungan dengannya. Atas usaha Anwar, keADILan dan PRM digabungkan untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PRM + keADILan = PKR

BA yang dianggotai PAS dan PKR menyertai pilihan raya 8 Mac lalu dengan kerjasama DAP. Penyokong pembangkang menyebutnya Barisan Rakyat tetapi dinafikan Lim Kit Siang yang tidak mahu dikaitkan dengan PAS.

Tetapi hakikatnya kemenangan 8 Mac adalah sokongan rakyat kepada gabungan serta kerjasama PAS-PKR-DAP bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Demokratik Malaysia (MDP).

Juga PRM yang dihidupkan semula di kalangan anggotanya yang enggan menyertai PKR. Hanya setelah menang Anwar mengumumkan penubuhan Pakatan Rakyat.

Formula mudah :-

PAS + PKR + DAP + PSM + MDP + PRM = Pakatan Rakyat yang disebut hari ini

Jelasnya di sini :-

PAS mewarisi Hizbul Muslimin dan Dato' Onn
PKR mewarisi PKMM dan PRM
DAP mewarisi LPM dan PRM
PSM dan MDP mewarisi SF dan LPM
Pakatan Rakyat mewarisi perjuangan Abu Bakar Al-Bakir, Burhanuddin Al-Hilmy, Ahmad Boestamam dan juga Onn Jaafar

TIDAK ADA YANG BERUBAH SEMENJAK KEFAHAMAN NASIONALISME MENULAR DALAM DIRI SETIAP RAKYAT MALAYSIA !!!

TIDAK ADA YANG BERUBAH MELAINKAN MEREKA TERUS BERPOLITIK !!!

TIDAK ADA YANG BERUBAH MELAINKAN MEREKA TERUS MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI MASING-MASING !!!

KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA JUGA TIDAK PERNAH BERUBAH SEJAK DULU !!!

KONSEP NEGARA ISLAM JUGA TIDAK PERNAH BERUBAH SEJAK DULU !!!

KONSEP KETUANAN RAKYAT JUGA TIDAK PERNAH BERUBAH SEJAK DULU !!!

HANYA YANG BERUBAH CUMA KEPENTINGAN INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU !!!

HANYA YANG BERUBAH, KINI "HALUAN KIRI" HAMPIR MENDOMINASI ...


NOTA : dipetik dan diadaptasi daripada artikel asal (dengan izin) yang boleh dibaca di PenaPerjuangan bertajuk mengingati dua mandat besar pas

p/s : call this a tribute for our INDEPENDENCE DAY ! HAPPY MERDEKA !

Klip 43 minit ...


p/s : sumbangan youtube ... link aku dapat dari
sini ...


Khamis, 28 Ogos 2008

YANG TERJADI HARI INI ...

Hari Ini...
Gesaan turun takhta bergema lagi...


Hari Ini...
Anwar senyum-senyum jeling-jeling kerusi setentang yang tak bertuan itu...


Hari Ini...
Katak-katak ditawarkan gelaran WIRA2 MERDEKA...


Hari Ini...
Mesej dari Permatang Pauh sia-sia sebab tak faham bahasa...


Hari Ini...
Jalur Gemilang sudah kembali seperti sediakala...


Hari Ini...
Sang Kutu berimaginasi tentang sejenis Asid...


Hari Ini Juga...
Gua tukar template baru ... hehe ...


p/s : takkan jeling je bro Nuar ??? ;)

2010 Atau 20.10 ???


Artikel sepenuhnya boleh dibaca di NurAflah.blogspot

p/s : this is a free advertisement ;)

PENGUMUMAN ! PENGUMUMAN !



Salam semua...

Sebagai makluman, laman ini sedang dalam proses 'TUKAR BAJU'....

Pesanan kepada teman-teman yang sebelum ini link ke laman anda terdapat di ruangan "Komuniti Maya Gua", sila tinggalkan semula link tersebut sama ada di ruangan 'ulasan@comment' ataupun kat chatbox kat tepi tu. Terima Kasih ;)

p/s : gambar kat atas tu sekadar selingan... tak payah komen gambar tu... tak payah pedulikan... gambar sape ntah tu... hihihi !!!

Rabu, 27 Ogos 2008

MP BN Yang Pertama Isytihar Kerjasama Dengan PR ; Dinobatkan Sebagai WIRA MERDEKA !!!

Kenyataan media daripada Ku Li telah membawa mesej 'undi tak percaya' yang cukup jelas kepada kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi!

"It is time to face the music: It is we who have been buried!", begitu menurut Tengku Razaleigh.

"Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day!"

Itulah antara luahan hati beliau yang sudah pastinya menghiris qalbu DSAAB dan konco-konconya.

Saya yakin dan percaya bahawa ramai lagi mereka yang mempunyai pendapat yang sama dengan beliau, tapi masih terus dalam keadaan mode senyap.

Ayuh! Kita sama-sama berhijrah! Ubah Lanskap politik negara! Selamatkan Malaysia!



Menurut perkhabaran yang dibawa oleh ramai, terdapat lebih daripada 30 ahli parlimen Barisan Nasional yang sudah serik dengan pemerintahan serta kelemahan teraju utama kepimpinan mereka pada saat dan ketika ini!

MCA dan GERAKAN juga sedang dalam proses mengkaji kerelevanan untuk terus bekerjasama dengan UMNO & Barisan Nasional ini!

Cuma rasanya, mereka (48 MP yang dikatakan itu) masih agak khuatir akan imej mereka, masih teragak-agak untuk menyatakan pendirian tersebut.

Dari itu, saya sekali lagi menyeru...

Ayuh! Kita sama-sama berhijrah! Ubah Lanskap politik negara! Selamatkan Malaysia!

AHLI PARLIMEN BN YANG PERTAMA BERHIJRAH ATAS NAMA HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA, AKAN KITA NOBATKAN SEBAGAI

WIRA MERDEKA !!!

p/s : ke arah Malaysia yang lebih cemerlang !!!

Tak Faham Bahasa !!!

Kisah-kisah yang akan dipaparkan di bawah masih lagi boleh meninggalkan mesej tersirat kepada semua especially para politician yang seringkali disebut nama mereka di dalam dunia Blogosfera ini.

Bersama kita hayati ceritera-ceritera di bawah tajuk "TAK FAHAM BAHASA" ini :-

Tak Faham Bahasa

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. "Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.

p/s : selamat membaca !!! ;)

Bacalah...

Berikut komen-komen terpilih yang ditinggalkan buat tatapan semua di beberapa blog yang sempat saya layari... Bacelah korang ;)

Suasana menjadi senyap-sunyi. Tiada suara-suara sumbang kedengaran sedari jam 8 malam tadi. Entah apahal aku pun tak tahu. Biasanya kedengaran orang bersumpah tika-tika begini. Aduh terasa sungguh sunyi apa gerangan. Dilanda garudakah tanah air ku ini? Rupa-rupanya ada kematian di utara tanah air. Bau kapur barus menusuk hidungku hinggakan pudar bau taik hidungku. Semakin lama semakin busuk. Detik hatiku ini bukan bau kapur barus. Ini bau bangkai ni. Semakin lama semakin busuk. Aku dah tak tahan. Aku pun buat post mortem. Nak tengok ?
(by biaqpila kat blog kerajaan rakyat)

i’m also want to alert anwar on becoming days as ahli parlimen..
Please..
1.jgn salam dengan perempuan
2.pastikan semua penyokong pkr beragama islam menunaikan solat 5 waktu..
3.lakukan sujud syukur & pastikan semua yg terlibat melakukan sujud ni tanda mensyukuri nikmat yg Allah berikan..tanpa izinNya, kita x akan berjaya seperti ini..
this is most basic thing that i wish u’ll be implement..
harap2 msg ni smpai kt dia..tlg ek kerajaan rakyat..
(by penyokongpaklah kat blog kerajaan rakyat)

aku seperti bermimpi malam tadi…. aku pun terkejut.. (opocot hehehehe)… Rupa-rupanya ini bukan coobaaan…. ini betul2…. aku senyum… aku sengih… aku tepon pak menakan kat seberang jaya… aku cakap… ALHAMDULILLAH pengundi2 sekarang lebih bijak… lebih celik…
lebih segala2nya… kekalahan puak2 BN@umNO kerana pemikiran mereka masih di takuk lama yang hanya bijak memanipulasi mediamasa dan wang rakyat serta omongan2 fitnah, serangan peribadi itu saja lah modal mereka setelah begitu lama Puak2 BN memerintah Malaysia… mereka jadi bebal dan bendul untuk mencari isu2 yg boleh menyenangkan rakyat… akhirnya memakan diri sendiri… mereka sombong untuk meminta dengan Allah malah kata2 mereka begitu bongkak dan takbur.. (sambil aku mengaru kepala yg bakal dibotakan ni sebab nazar DSAI menang)… apa2 pun sama2 lah kita berdoa agar tarikh 16 Sept 2008 Kerajaan Rakyat dapat memerintah Malaysia dengan aman dan selamat
Takbir!!!!
Takbir!!!!
Takbir!!!!
Allahuakbar…………….
(by pak mael kat blog kerajaan rakyat jugak)

hari ini aku tau kenapa aku kena cintakan MALAYSIA.
-ucapan TERIMA KASIH dan selamat malam dari jerman.
(by 'anon' kat blog tukartiub isham)

Salam.. Terima Kasih banyak buat anda kerana telah bersusah payah demi untuk malaysia baru. Bagi warga muda,kami sebenarnya dahagakan pembaharuan dan keadilan buat malaysia tercinta.. kerna telah sekian lama telah hidup dalam tekanan.. Bagi saya,Susahnya hidup menjadi anak muda dimalaysia.. Ini adalah satu harapan baru bagi kami anak muda meyambung WARISAN. Bagilah ruang untuk harapan Malaysia Baru... Selamat..Takbir!!
(by amanlegend kat blog tukartiub isham)

Salam MSO,
Komen yang sangat baik dan bersahaja, tersirat pesanan yang berat untuk DSAI galas.
Sebagai rakyat Malaysia saya benar-benar berharap, kira 16 September atau selepasnya menjadi kenyataan DSAI melaksanakan misi dan visinya dengan penuh tanggungjawab,berintegriti,adil dan penuh takwa kepada Allah.DSAI diyakini telah 'menyamak najis' di tubuh dan seluruh pakaian semasa dalam BN dahulu dan kini DSAI merupakan insan bersih yang akan memulakan perjuangan baru.
Semoga kemenangan DSAI akan menambahkan lagi ketakwaannya dan dapat memikul amanah Allah sebagai muslim mukmin.
Tahniah buat DSAI,Dr.Azizah dan seluruh petugas PR serta pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab.
(by afja02 kat blog mso melayu)

sin...agak2 ko la bila SPR nak buat by-election kepala batas sin?
hehehe aku rasa cam nak buat kenduri je masa by-election kepala batas tu
(by 'anon' kat blog husin lempoyang)
Tak kira lah Pak lah ke, KJ ke..yang sebenarnya UMNO dan BN masih merasakan ini semua hanyalah mimpi ngeri..masih tak sedar diri...
Kepada pemimpin UMNO dan BN, inilah akibatnya apabila orang yang berkebolehan dan bijak pandai dan boleh ditunjuk ajar utk counter pembangkang atau Anwar dalam parti tidak diberi peluang, dan dicantas awal2 lagi. Tinggallah tukun2 lama yang syok sendiri dan mengkayakan diri sendiri.
Akhirnya, orang yang bijak mengambil kesempatan macam Anwar mendapat habuannya.
(by ex-anon pun dari blog husin lempoyang)

Tahniah kepada reformasi bloggers yang telah banyak menghabiskan masa, keringat dan wang demi mencari keadilan sejagat yang telah lama diperkotak katik oleh pemimpin pemimpin durjana.
(by bomoh din kat blog NurAflah)

kepada BRO ANWAR IBRAHIM....TAHNIAH KEPADA SAUDARA...permintaan satu saja eratkan kembali rakyat malaysia..
kpd SDR ARIF SHAH....sdra telah melakukan yang terbaik... permintaan saya....teruskan usaha saudara dengan semangat baru...masih ada lagi yang memerlukan khidmat saudara.
kpd Tuan Presiden AKIM....syabas atas niat ingin berkhidmat pada masyarakat....teruskan usaha tuan...tidak di pilih bukan bererti mereka tak menyanjungi tuan...belum tiba masa nya.
kepada semua pengundi dan rakyat malaysia....anda tahu siapa yang anda mahu. apa dasar terima dengan hati terbuka....jika ada dasar atau perkara tak menyebelahi anda...jgn marah peminpin.
imbas kembali kepada saat anda mengguris pensil atas kertas undi.
NO REGRET.
AND DONT REGRET.
(by 'anon' kat blog NurAflah jugak)

................................................................................dan macam-macam lagi....kalau nak tau, jom g usha sendiri blog-blog yang ade link kat ruang kanan blog saya nih...tuuuu yang "komuniti maya gua" & "populasi maya gua" tuuuuuuuuuuu....hehehe!

p/s : entri ini sebenarnya adalah bertujuan nak suruh korang banyakkan membaca tulisan kat blog-blog yang ditulis oleh para penulis blog yang sedang berkeliaran di alam maya ini. hihihi! ;)

65.25% Atau 81%? Majoriti Sebenar = 24785 ???

Beberapa media terkemuka termasuk para bloggers serta Utusan Malaysia melaporkan seperti berikut :-

P.44 Permatang Pauh (versi 1)

Jumlah Pengundi Keseluruhan : 58459
Jumlah Keluar Mengundi : 38144
Peratus Keluar Mengundi : 65.25%

Jumlah Undi PKR : 31195
Jumlah Undi BN : 15524
Jumlah Undi AKIM : 92
Jumlah Undi Rosak : 447

Majoriti Diperolehi : 15671
(ulasan saya : jumlah ini tak tally dengan peratusan)


Menurut Agenda Daily pula :-

P.44 Permatang Pauh (versi 2)

Jumlah Pengundi Keseluruhan : 58459
Jumlah Keluar Mengundi : 47258
Peratus Keluar Mengundi : 81%

Jumlah Undi PKR : 31195
Jumlah Undi BN : 15524
Jumlah Undi AKIM : 92
Jumlah Undi Rosak : 447

Majoriti Diperolehi : 15671
(ulasan saya : yang ini tally, setelah penulisnya membuat kiraan sendiri rasanya)


Pada awalnya SPR, menurut setiausahanya, mengesahkan bahawa peratusan keluar mengundi sebenar adalah 65.25% yang mana bersamaan dengan laporan versi 1 di atas.

Terdapat sedikit kekeliruan di situ, 65.25% = 38144 boleh menghasilkan keputusan 31195 + 15524 + 92 + 447. Yang mana ianya tak tally... !!!

Mungkinkah keputusan sebenar ialah :-

P.44 Permatang Pauh (versi 3)

Jumlah Pengundi Keseluruhan : 58459 (mengikut senarai yang diwartakan)
Jumlah Keluar Mengundi : 38144 (menurut laporan awal dan peratusan)
Peratus Keluar Mengundi : 65.25% (pengumuman S/U SPR)

Jumlah Undi PKR : 31195 (tidak mungkin ada manipulasi, SPR tak sehaluan dengan PR)
Jumlah Undi BN : 6410 (mengikut jumlah undi yang tinggal)
Jumlah Undi AKIM : 92 (tak mungkin dimanipulasi)
Jumlah Undi Rosak : 447 (mengikut laporan SPR)

Majoriti Diperolehi : 24785 !!! (kiraan terbaru !!!)
(ulasan saya : ini, kemungkinan yang berlegar di dalam kepala saya)

Justeru, dari mana datangnya lebih kurang 9000 undi untuk BN? Dan kalau 81% kenapa seorang S/U SPR boleh tersalah umum peratusan keluar mengundi? Apa yang berlaku sebenarnya?

note : pandangan yang lebih kurang sama boleh dibaca di sini

p/s : ???

Selasa, 26 Ogos 2008

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh

N12 - DUN PENANTI

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

8,064

4,229

27

3,834

N10- DUN SEBERANG JAYA

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

11,084

6,435

36

4,684

N11- DUN PERMATANG PASIR

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

12,034

4,391

26

7,643

KEPUTUSAN KESELURUHAN

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

31,195

15,524

92

15,671

p/s : hampeh! kat DUN sendiri pun Ariff ni kalah teruk ker ???

DSAI Menang !!!


Penantian 27 juta rakyat Malaysia serta berjuta-juta yang bukan rakyat Malaysia akhirnya dinoktahkan dengan berita kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil P.44 Permatang Pauh.

DSAI dilaporkan memperolehi kemenangan besar dan beroleh majoriti yang lebih besar berbanding majoriti yang diperoleh oleh Datuk Seri Wan Azizah pada pilihanraya umum Mac 2008 yang lepas.

Namun belum ada keputusan rasmi yang dilaporkan. Sama-sama kita nantikan laporan tersebut.

Apapun, ini telah membuktikan bahawa rakyat lebih berhak membuat keputusan!

Apapun, ini adalah hasil usaha serta doa semua jentera pilihanraya PAS-PKR-DAP bagi pilihanraya kecil ini, para penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat, dan tidak lupa fungsi semua media alternatif termasuk PARA BLOGGERS yang tidak pernah jemu menggerakkan serta menyumbang melalui cara masing-masing. Kredit sebenar milik mereka!

Apapun, kepada DSAI, tahniah dan kami ucapkan SELAMAT DATANG KE PARLIMEN MALAYSIA!!! Perjuangkan rakyat terus menerus!!!

Jelasnya ALLAH telah merancang semuanya... Syukur itu hanya milikNYA... AlhamduliLlah...

Terima kasih Permatang Pauh! Syukur atas kemenangan ini... Al-Fatihah...

p/s : adakah ini suatu 'laknat' kepada Barisan Nasional ??? khabarnya ada 48 MP nak bertukar angin ??? keputusan rasmi penuh akan menyusul...

Permatang Pauh ; 5 Minutes In Counting...


Do'a Daripada Para Penyokong Pakatan


Yaa ALLAH...
Berilah kami kekuatan daripada KEKUATANMU
Mengalir dalam segenap pembuluh darah
Menyatu dalam setiap helaan nafas
Menunjang dalam setiap gemersik do'a

ALLAHU AKBAR !!!

p/s : ................................................................................

Permatang Pauh ; ITS NOW OR NEVER !!!

PROSES PENGUNDIAN MASIH BERJALAN DENGAN LANCAR

BERIKUT MERUPAKAN PAUTAN-PAUTAN YANG MEMBAWAKAN KHABAR LIVE DAN TERKINI DARI PERMATANG PAUH.

PLIZZZ... FEEL FREE TO EXPLORE... ;)

pena perjuangan

mohd sayuti omar

no2umno.blogspot

isham-tukar tiub

perisik rakyat

rocky bru

kerabu bersuara

albanjari online

malaysiabiz-aloha

edyesdotcom

perak ekspress

mat comot

susan loone

dan banyak lagi... tak sempat nak taip... korang boleh klik kat mana2 link kat atas dan pastu korang akan dapat jumpe link yang lain kat dalam site diorang2 kat atas ni...

p/s : mak aih! tak makan lagi nih... chow dulu... Roger!

Mesej Dari Seorang Mujahidah...




Mesej daripada seorang Mujahidah tatkala ditanya di mana gerangan beliau :-

"Jasad berada di Kuala Lumpur namun semangat bersama sahabat-sahabat di sana (Permatang Pauh). Kalau DSAI memperbodohkan kita, terlaknat dia dan tujuh keturunannya di sisi ALLAH Azza wajalla. Jika DSAI benar, moga diperturunkan ALLAH segala bala tenteraNYA di bumi dan di atas langit membantu kemenangan besar kita esok! Itu sejujurnya daripada dhammir ana..." (mesej ini direkodkan pada malam semalam 25 Ogos 2008 jam 20:36)

p/s : doa semua khas untuk kemenangan DSAI di Permatang Pauh...

MCA, MIC & GERAKAN Rayu Undi Untuk Pakatan ???


Yang ni saya cilok daripada Perisik @ Spy Rakyat :-

Komponen Barisan Nasional Bantu Rayu Undi Untuk Pakatan Rakyat

Assalamu'alaikum...

Ronda-ronda ditempat pengundian.aku sempat sembang dengan petugas perayu undi.boleh tahan semangat depa...

Yang Istimewanya hari ni petugas Pakatan Rakyat mendapat 1 lagi suntikan baru bilamana beberapa ahli parti komponen Barisan Nasional iaitu daripada MCA, MIC & GERAKAN turut membantu merayu undi untuk Pakatan Rakyat...

Mesej depa 1 je untuk pengundi - Tolak Parti Perkauman..!

p/s : masih bertempur... sehingga pagi tadi jelas menunjukkan umno/bn tertinggal jauh ke belakang... namun menjelang tengah hari sarat pula dengan berita-berita yang menyesakkan! seperti biasa, umno/bn guna SPR !!!

Pilihanraya Kecil Paling Ganas ???




Datuk Seri Syed Hamid Albar dipetik sebagai berkata, "Terdapat 70 laporan polis dibuat sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh, dan 26 daripadanya sedang dalam siasatan", dan beliau menyambung, "dan rata-ratanya adalah laporan ke atas tindak-tanduk para penyokong Pembangkang".

Dan fakta ini membuatkan Utusan Malaysia menyifatkan Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh sebagai Pilihanraya Kecil Yang Paling Ganas di Malaysia!

Pilihanraya Kecil ini pada hemat saya sangatlah diperbesar-besarkan TAHAP KEBAHAYAANNYA hinggakan sejumlah besar angkatan bersenjata (para bapak polisi dan bapak FRU) dihantar ke sana atas alasan menjaga keamanan.

Di sini saya ingin menitipkan beberapa pertanyaan kepada mereka yang sehingga ke saat dan detik ini masih berada di bumi Permatang Pauh itu.

Soalan pertama : Adakah para pengundi dan penyokong mana-mana parti di sana telah sedia menggalas senapang patah atau menghunus parang atau apa saja bentuk senjata hatta pisau pemotong sayur sekalipun?

Soalan kedua : Apakah akan ada perang saudara yang akan berlaku di sana?

Soalan ketiga : Apakah tahap keselamatan manusia normal di sana sangat tergugat sehingga memerlukan sebegitu ramai anggota keselamatan bersenjata untuk mengawalnya?

Sekiranya jawapan kepada ketiga-tiga soalan di atas terjawap dengan satu perkataan "TIDAK", maka saya tidak dapat melihat relevannya keputusan menempatkan 'mereka' di sana, walhal 'mereka' sepatutnya lebih diperlukan di tempat lain...

p/s : nonsense!!! depa sume kat mana waktu nurin, sharlinie, serta kanak-kanak senasib mereka ditimpa malapetaka ??? waktu kedai emas kat jalan TAR kena rompak ??? dan banyak lagi waktu-waktu yang sewaktu dengannya ???

"Wanita Pun Boleh Jadi PM"...





Utusan Malaysia melaporkan Pak Lah sebagai berkata...

"Kalau saya tengok perkembangan wanita sekarang yang begitu hebat dan bertambah hebat, bukanlah suatu perkara mustahil. Mungkin kita lihat suatu hari nanti wanita jadi Perdana Menteri"

p/s : terdapat gambar di atas yang keluar daripada tajuk asal entri ini, tapi tangan saya gatal nak nak upload jugak... jangan marah haa... ;)

Johan Qari Dari Indonesia ; Johan Qari'ah Dari Thailand




Kejohanan Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa telah melabuhkan tirainya. Pemenang seperti di bawah :-

Johan Qari : Wakil dari Tanah Rencong @ Tanah Seberang
Johan Qari'ah : Wakil dari Siam

Terkenang semasa dulu, Malaysia sebagai Tuan Rumah seringkali gah dengan kejayaan merangkul Johan. Namun akhir-akhir ini...


p/s : mak saye suke sangat nengoknye... ;)

Isnin, 25 Ogos 2008

Pendidikan Seks Di PLKN

Call this the tribute for Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Saya bersetuju dan menyokong pendapat Dewan Muslimat PAS berkenaan perkara ini. Kenyataan dan penegasan itu boleh dibaca di sini.

Sila baca al-kisah di bawah. Selamat membaca! ;)

Alkisah seorang anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. ''Mummy, mummy? sex tu apa Mi?''..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya sejak zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu..

Tiba-tiba, si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. "Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni"...seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Begitulah al-kisahnya... Nak dijadikan cerita... ;)

p/s : pendidikan seks haruslah diperkenalkan dengan lebih terurus, dalam suasana dan platform yang sesuai...

Undi Dr MAZA ; Untuk Siapa ???

Mufti Besar Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) yang juga merupakan pengundi berdaftar di P.44 Permatang Pauh hari ini menyeru para pengundi di sana untuk sama-sama keluar mengundi dan mengundi calon yang paling kurang memberikan atau membawa KEMUDARATAN kepada agama, bangsa dan negara. Opss!! Beliau tak sebut bangsa lah, beliau sebut agama dan negara jerr...

Kenyataan tersebut lebih menunjukkan bahawa ketiga-tiga calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini sememangnya sah akan membawa KEMUDARATAN! Sehingga pilihan yang cuma ada ialah dengan mengundi CALON YANG PALING KURANG MEMBAWA KEMUDARATAN!

Persoalannya di sini ialah, yang mana satu yang paling kurang membawa kemudaratan pada pandangan Dr MAZA? Yang berbaju melayu kekuningan kah? Atau yang memakai jubah itu kah? Atau pun yang berbaju melayu biru itu kah? Yang mana? Yang mana?

Sila leraikan persoalan ini ... ???

ANWAR IBRAHIM

@

ARIFF SHAH OMAR SHAH

@

HANAFI MAMAT

p/s : siapalah agaknya ... ???

TRILOGY BAGAIKAN PUTERI ; Sebuah Debaran Yang Mengasyikkan !

Ingin rasanya berkongsi dengan semua tentang sebuah karya daripada insan ini (Ramlee Awang Murshid). Sebuah ceritera Epik Thriller garapan berseni yang amat mendebarkan. Gabungan imaginasi yang menyeluruh dan padat dengan unsur-unsur keTUHANan serta contoh tauladan.

Saya melihatnya sebagai satu contoh kaedah dakwah alternatif yang dipersembahkan oleh penulisnya dengan begitu menyentuh sanubari...




Bagaikan Puteri ; Episod Pertama dalam Trilogy ini



Cinta Sang Ratu ; Penyambung Ceritera



Hijab Sang Pencinta ; Pelengkap Trilogy

Apabila hujan turun
melimpahlah air dari perbukitan
aliran menujah ke batu
melekuk tanda waktu beralih
seiring nyawa menghanyut usia
sejalan nafas melangkah ke hujung

Awan…
kalau dapat dicapai maka saktilah hamba
Kamu bagaikan puteri...



p/s : anda sangat digalakkan membacanya... sungguh tiada kerugian ;)

Sultan Brunei Rombak Kabinet Akibat Murka ; Tauladan Untuk Malaysia !!!

Sultan Brunei rombak kabinet akibat murka

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merombak kabinet selepas negara tersebut dihalang menyertai acara perarakan ketika pembukaan rasmi Sukan Olimpik 8 Ogos lalu.
Ia berikutan Brunei tidak mendaftar sebarang atlet untuk bertanding di Beijing sehingga memaksa Kementerian Sukan membuat permohonan maaf terbuka.
Sultan Hassanal mengarahkan Menteri Industri, Ahmad Jumat mengambil alih Kementerian Sukan selain melantik dua muka baru untuk Kementerian Komunikasi, Tenaga dan Industri. – Reuters

(ihsan chepirate)

p/s : rasanya kalau Malaysia macam ni, pasti lebih TERKEHADAPAN... Buang yang tak bagus dan gantikan kepada yang lebih cemerlang!

Media Arus Perdana vs Media Arus Alternatif

Saya memegang teguh prinsip, "KALAU BETUL MAKA BETULLAH, KALAU SALAH MAKA SALAHLAH, WALAU SIAPA PUN YANG MELAKUKANNYA!!! HATTA YANG BERGELAR ULAMA' MUKTABAR SEKALIPUN!!!".

Selepas Pilihanraya Umum Ke-12 Mac lalu, saya sudah mula tertarik untuk membaca semula media arus perdana khasnya Utusan Malaysia atau Utusan Online, kerana hakikatnya, terdapat pelbagai maklumat yang berguna yang terkandung di dalamnya.

Namun, menjelang hari pembuangan undi Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh esok, media arus perdana ini khasnya Utusan Malaysia sudah kembali kepada rupa bentuk asal yang mana cenderung kepada melaporkan perkara-perkara yang tidak selari dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa, "Saingan Bertukar Rentak * Semakin Ramai Pengundi Atas Pagar Memihak Kepada BN", yang mana terlalu jauh menyimpang dan tidak selari dengan perkara yang sebenarnya berlaku.

Tidak sepatutnya berlaku!

Cuba anda bandingkan segala laporan yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia dan media arus perdana dengan laporan yang dilaporkan oleh media arus alternatif yang lain termasuk para pengendali blog sama ada yang mengendalinya secara persendirian mahupun yang berkumpulan.

Saya telah menyenaraikan serba sedikit laman-laman pembuka hijab pada entri saya yang lalu yang bertajuk "HIJAB SANG PENCINTA". Sila klik dan luangkan masa untuk membacanya. Selebihnya, sila lihat bahagian 'Komuniti Maya Gua' dan 'Populasi Maya Gua'.

Cari-cari Kebenaran! Selamat Membaca!

p/s : tak malukah melaporkan sesuatu yang tidak selari...???

HARI-HARI SUMPAH! SUMPAH-SUMPAH HARI-HARI! APA NAK JADI?


Ketua Cawangan UMNO Kampung Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul mendesak Ketua Menteri Sabah bersumpah di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Sidang Dewan Undangan Negeri esok (24 Ogos 2008) bagi membersihkan namanya yang didakwa terlibat dengan penyeludupan wang RM16 juta di Hong Kong.

"Jika beliau masih ingin menerajui UMNO Sabah beliau harus bersumpah di Dewan Undangan Negeri bahawa beliau tidak terlibat dengan Skandal Penyeludupan Wang dan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong," ujar Azizul yang kecewa kerana Musa masih menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan faedah kepada dirinya.

Penafian Musa di akhbar tempatan tidak membersihkan namanya kerana dibuat secara tidak ikhlas dan mengelirukan sedangkan umum mengetahui bahawa Musa mempunyai hubungan rapat dan peribadi dengan tertuduh iaitu Michael Chia Tien Foh yang ditangkap bersama wang tunai sejumlah RM16 juta yang cuba diseludup ke luar Hong Kong kononnya untuk kegunaan pilihanraya Permatang Pauh .

"Semua pembalak kenal siapa Musa dan siapa Michael Chia dan apa hubungan mereka. Jika mereka menafikan tidak mengenali antara satu sama lain adalah dusta kerana saya sendiri pernah melihat Musa dengan Michael Chia yang begitu mesra," ujar Azizul yang pernah terserempak dengan mereka di Hotel Mandarin Oriental iaitu berdekatan dengan Ascot Villa yang menjadi kediaman Musa di Kuala Lumpur.

Tegas Azizul lagi, adalah lebih baik Musa mengakui hubungannya dengan Michael Chia daripada berdolak dalih dan menyelamatkan Michael Chia daripada tindakan sedangkan umum mengetahui bahawa Michael Chia adalah Wakil Khas Musa untuk merundingkan konsesi pembalakan.

"Saya sendiri pernah menemani saudara memohon konsesi pembalakan di yayasan Sabah dan kami dikehendaki menghubungi Michael Chia setelah mendapat surat kelulusan daripada Musa Aman," ujar Azizul yang turut mendesak Musa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah jika gagal membersihkan namanya.

Azizul turut menggesa Wakil Tunggal DAP, Jimmy Wong agar mengedarkan salinan laporan polis yang mereka buat di Balai Polis Sentul pada jam 11.44 pagi, 22 Ogos 2008 bernombor SENTUL/011166/08 yang antara lain menyebut bahawa Skandal berkenaan amat serius kerana melibatkan Ketua Menteri Sabah dan telah mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.

"Inilah peluang rakyat Sabah menilai kepimpinan Musa yang semakin hipokrit dan masih terpalit dengan Skandal 81 Dalil yang dilaporkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan," ujar Azizul yang tidak gentar sekalipun menerima pelbagai ugutan sejak menulis surat bantahan kepada Musa berhubung beberapa perkara.

(berita di atas ihsan Perisik Rakyat)

p/s : sumpah dan bersumpah semakin menjadi mainan sekalian hamba rakyat... siapa pencetusnya ... ???

HIJAB SANG PENCINTA ...

Berikut disenaraikan pautan-pautan yang dianggap bakal membuka hijab yang direntang menghalang pandangan mata kasar sekalian hamba rakyat Bumi Malaysia Tercinta :-

Khabar Dari Permatang Pauh ; sinis sang seni

Hanya Kita Memahami Diri Kita ; Merah Tinta

Kebenaran Pasti Berpihak Kepada Yang Benar

I was born in 1947 in Kedah

Peniaga Unta Dari Baghdad ; Ingin tukar profesyen

Ahirudin Attan ; Seorang Pesara

Peguam Dari 'village'

The People's Spy ; James Bond

Sang Kutu Di Tengah Metropolitan

Tendang Kawan Tuh!

Bila Harimau Sudah Menaip ; Aummm!!!

Sembang Kedai Kopi ; AnakMalaysia

Bangun Dengan Kekuatan ; Kawan Spy


NOTE : Senarai di atas akan ditambah dari masa ke masa mengikut kesesuaian. Buat masa ni, saya nak tido dulu... Senang-senang nanti saya update ye... ;)

p/s : trilogy 'Bagaikan Puteri' nukilan Ramlee Awang Murshid (Bagaikan Puteri ; Cinta Sang Ratu ; Hijab Sang Pencinta)... Sebuah Debaran Yang Mengasyikkan!

TSUNAMI EKONOMI ; Inflasi Pada Ukuran 8.5 Di Skala Richter !!!


GILA!!!

Sekiranya gempa bumi yang dicatatkan pada ukuran 8.5 di skala Richter, sudah pasti kawasan yang terlibat mengalami kemusnahan yang sangat dahsyat!!! (di daratan...)

Sekiranya ia dicatatkan berlaku di laut lepas, seluruh dunia akan gempar dengan amaran-amaran Tsunami yang akan diwartakan sejurus gempa dapat dikesan. Hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana menurut kajian, hanya gempa yang berukuran 9 di skala Richter dan ke atas akan membentuk Tsunami. Namun!!! Masih akan dikeluarkan amaran sebagai langkah berjaga-jaga!!!

Justeru!!! Bunyikan semboyan berjaga-jaga untuk Gempa Inflasi ini!!!

p/s : adakah negara akan berhadapan dengan ancaman Tsunami sekali lagi ??? kali ini TSUNAMI EKONOMI ???

Sabtu, 23 Ogos 2008

WIRAJATI Berbicara ; Nasihat Buat PAS ???

Seorang sahabat pengunjung laman ini yang menggelar diri beliau sebagai WIRAJATI telah meninggalkan sebuah komen yang panjang pada entri "Tertib Mubahalah" yang saya tulis. Komen ini ditujukan khas buat para pemimpin PAS serta ahli-ahli parti tersebut.

Berikut merupakan komen saudara WIRAJATI :-

1. Kalau kita berjuang menumpang platform orang, macam kita menumpang kapal orang. Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat sendiri. Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke destinasi yang dia kehendaki. Bukan ke destinasi yang kita kehendaki. Bila hendak sampai?

2. Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah strategi di dalam perjuangan.

3. PERJUANGAN ISLAM tidak sama dengan PERJUANGAN UMAT ISLAM. Perjuangan Islam perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berprinsipkan Islam berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Perjuangan Umat Islam ialah perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berdasarkan ideologi. Yang pertama kalau terkorban mati syahid. Yang kedua kalau terkorban mati sakit.

4. Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa untuk berforum dan bermujadalah. Kerana masa mengamalkannya sangat terbatas.

5. Apabila ada orang di sesebuah parti lain melakukan kesilapan atau kesalahan, bukan sahaja orang itu dihina, dikata dan dicerca bahkan parti orang itu pun dikata dan dicerca, tapi apabila Allah takdirkan membongkar kesalahan mana-mana orang di dalam parti atau jemaahnya sendiri, dia berkata, “Itu kesalahan individu, tidak ada kena-mengena dengan parti atau jemaah”.

6. Ada orang di dalam perjuangan, sanggup korbankan dasar dan prinsip perjuangan, kerana mempertahankan satu dua orang yang disukainya. Walaupun orang yang dipertahankannya itu melakukan kesalahan. Begitu juga ada orang yang sanggup korbankan dasar perjuangannya, kerana ada individu di dalam perjuangan itu berselisih faham dengannya.

7. Di dalam satu perjuangan, kita mesti pandai membezakan kesalahan dasar perjuangan, dengan kesalahan peribadi di dalam perjuangan. Apabila peribadi yang salah, kita tidak boleh meninggalkan perjuangan. Tapi apabila dasar perjuangan yang salah, tidak mengapa kita meninggalkan perjuangan itu.

8. Perjuangan itu macam orang buka ladang, orang yang boleh meneruskan pembukaan ladang itu di awal hingga akhir waktu menebang, membakar, membajak, menanam terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan, perselisihan dan krisis banyak berlaku selepas ladang mengeluarkan hasil, menimbul rebutan, pecahlah perpaduan, begitulah perjuangan selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan. Timbullah krisis yang membawa perpecahan yang hebat, justeru merebut hasil kemenangan

9. Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran ? ! Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah.

10. Pertahankanlah kebenaran sekalipun kalah, hindarkanlah kebatilan sekalipun mendapat kemenangan.

11. Pemimpin politik selalunya hanya dapat menawan fizikal manusia. Pemimpin kerohanian biasanya dapat menawan hati manusia. Selalu sahaja berlaku pertembungan di dalam satu masa, bila pemimpin politik itu kalah, dia selalu sahaja menggunakan kuasa. Dia kalah di dalam kemenangan

12. Kemampuan kuasa tidak boleh menawan hati. Tapi kemampuan hati boleh menawan hati dan kuasa tanpa kuasa.


13. Allah tidak akan persoalkan kelak menang dan kalah, tapi yang Allah akan persoalkan ialah benar dan salah, begitu jugalah Allah tidak akan tanya tentang berjaya dan gagal tapi yang Allah akan tanya adalah bekerja dan berusaha mengikut syariat atau sebaliknya melanggar syariat.

14. Di dalam berjuang hendaklah kita lebih takut dengan dosa kita lebih daripada musuh, kerana dengan dosa itu Allah murka, apabila Allah murka kita dibiarkan oleh Allah kepada musuh, di waktu itu kita berhadapan dengan dua kerugian, pertama kemurkaan Allah, kedua kekalahan dan kehinaan.

15. Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa (hilang taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti orang, kebenaran itu tidak bernilai.

16. Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini ialah hampir semua golongan menyebut Islam, orang fasik menyampaikan Islam, orang munafik menyampaikan Islam, yang jahil dengan Islam pun menyampaikan Islam, yang dasar perjuangannya tidak mengikut Islam pun memperkatakan Islam, orang kafir pun memperkatakan tentang Islam.

Begitulah luahan daripada seorang pengunjung Bergelar WIRAJATI...

p/s : yang di atas itu komen WIRAJATI, komen anda bagaimana ???

Jumaat, 22 Ogos 2008

Permatang Pauh ; 4 DAYS IN COUNTING !!!

Khas buat para sahabat dan rakan-rakan yang tidak berpeluang menyaksikan aksi-aksi LIVE Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh (terutamanya mereka yang kat Sabah & Sarawak). Berikut merupakan gambar-gambar serta perbualan yang sempat dirakamkan buat tatapan semua. (gambar-gambar ini hasil sumbangan NurAflah)












p/s : Anwar Ibrahim @ Ariff Shah @ Hanafi Mamat ... ??? ;)

Alkisah


Ceritera berikut MEMANG BERKENAAN dengan ramai pihak sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Mari kita hayati bersama :-

...Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Kalaulah semua rakyat Malaysia macam nih... Hehehe!

p/s : korang rase2, sape yang aku maksudkan...???

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum