Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Rabu, 20 Ogos 2008

Tertib Mubahalah

Melihat kepada kecenderungan kebanyakan blog dan media arus perdana serta alternatif dalam membincangkan isu SUMPAH SAIFUL di setiap laman mereka, saya berasa terpanggil untuk menitipkan pula sesuatu di bawah tajuk yang sama kepada para pembaca dan sahabat-sahabat blog saya ini.

Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan semua yang berdiskusi di mana-mana laman maya yang hangat membincangkan isu mubahalah ini.

Saya bukan seorang ulama' ataupun seorang yang arif. Namun berikut merupakan titipan untuk semua...

titipan...
Allah menurunkan firmanNya berbunyi “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)

Rasanya, tertib yang betul untuk melakukan Mubahalah ini ialah dengan memanggil :-

1. Imam serta para Ulama' muktabar
2. Saksi2
3. Tertuduh (DSAI)
4. Pendakwa (Saiful)
5. Ahli keluarga serta penyokong DSAI
6. Ahli keluarga serta penyokong Saiful
7. Serta sesiapa yang ingin membuat liputan lah (tapi yang ni tak wujud pun takpe)

kemudian mengumpulkan kesemua yang tersebut di atas di satu tempat dan bersama2, ditegaskan lagi, BERSAMA2, memohon agar ALLAH menjatuhkan laknatNYA kepada pihak yang berdusta...

Harap semua faham dan maklum...

p/s : sekiranya ada mana-mana ulama' muktabar yang merasakan artikel ini silap, sila tinggalkan komen anda serta cara untuk menghubungi anda... Terima Kasih...

8 ulasan:

Perempuan Pemimpi berkata...

sabahan! saya=saye?

Tanpa Nama berkata...

Syabas Arjuna,
Apa yang anda perturunkan memang betul dan saya rasa apa yang saiful buat juga betul.

1. Apa yang dilaksanakan oleh Saiful bukanlah memandai mandai tetapi telah dirujuk kepada pehak berkuasa (JAWI)

2. Saiful telah mengikut tertib saperti yang saudara sarankan tetapi disebabkan keengganan tertuduh dan kaum keluarga serta penyokong DSAI menyahut cabaran Saiful apakah Saiful yang mesti dipersalahkan.

3. Beliau juga telah memohon kepada Allah s.w.t. menjatuhkan laknat kepada bukan sahaja beliau bahkan keluarga beliau sekiranya beliau berdusta.

4. Telah memilih hari (Jumaat) masa (selepas 'Asar) dan tempat (masjid - rumah Allah)

Sebaliknya DSAI yang tidak berani menyahut cabaran Saiful telah menghina dan mencerca bukan sahaja Saiful malah keluarganya dan semua yang bertanggungjawab termasuk pehak berkuasa (JAWI) yang mengatur upacara sumpah tersebut. Kalau sekiranya DSAI tidak bersalah alangkah baiknya beliau menyahut cabaran Saiful dan membetulkan dimana yang beliau rasa tidak kena. Wallahualam.

lieza berkata...

tunggu je lah pe lak lepas ni

KM berkata...

DI malaysia, kita ada mahkamah. Dalam Islam juga setiap kesalahan/tuduhan perlu dibicarakan di depan hakim.
Jika semua kesalahan begitu mudah diputuskan hanya ngan bersumpah maka sia2 ke Allah menegaskan perkara2 tentang mhkamah, hakim, bukti, saksi & sesumpamanya dlm Al-Quran?
Apa guna lagi ada court? kan senang putus je melalui bersumpah je?
Sumpah sebenarnya adalah jln terakhir selps mahkamah/hakim tidak dpt memutuskan kes itu.

* So, pesan saya kpd sesetgh org, berckp bukan pakai otak saja tp kena pakai nas Quran, hadis & ijmak.
* Dan ingatlah juga bhw Nabi menegaskan bhw akan tiba suatu masa, sumpah ngan nama Allahakan menjadi permainan manusia utk sesuatu kepentingan.

To laxmana, jgn putus asa ngan hujah org, teruskan bergerak hingga amal makruf nahi mungkar tertegak, insyaallah

saya nisa berkata...

saya setuju!!=)

Firaz berkata...

Salam.

Lu jgn risau bro, aku akan pastikan jentera kita dikerah untuk membawa kemenagan paling besar dalam sejarah di permatang pauh... ;-)

Tanpa Nama berkata...

Renungan & Nasihat untuk PAS

Haji Hadi : Sumpah itu satu tindakan bodoh & tidak mengikut syariat Islam. Nik Aziz : Sumpah itu menyalahi ajaran Islam.
Kedua-duanya sanggup menyatakan yang sedemikian itu atas sebab ‘teknikal’ semasa lafaz sumpah iaitu kaedah memegang naskah Al Quran , atau atas sebab ‘menyalahi’ prosedur mahkamah,TIDAK LANGSUNG DISENTUH ASPEK ROHANIAH ISI LAFAZ SUMPAH ITU !
( Soalnya adakah mereka bercakap dari lubuk hati yang sebenar? Tidak takutkah mereka kepada Allah ? )
Renungkanlah sedikit nasihat untuk dua pemimpin ini :
—————————————————————–
1.Kalau kita berjuang menumpang platform orang, macam kita menumpang kapal orang. Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat sendiri. Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke destinasi yang dia kehendaki. Bukan ke destinasi yang kita kehendaki. Bila hendak sampai.

2.Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah strategi di dalam perjuangan.

3.Perjuangan Islam tidak sama dengan Perjuangan Umat Islam. Perjuangan Islam perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berprinsipkan Islam berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Perjuangan Umat Islam ialah perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berdasarkan ideologi. Yang pertama kalau terkorban mati syahid. Yang kedua kalau terkorban mati sakit.

4.Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa untuk berforum dan bermujadalah. Kerana masa mengamalkannya sangat terbatas

5.Apabila ada orang di sesebuah parti lain melakukan kesilapan atau kesalahan, bukan sahaja orang itu dihina, dikata dan dicerca bahkan parti orang itu pun dikata dan dicerca, tapi apabila Allah takdirkan membongkar kesalahan mana-mana orang di dalam parti atau jemaahnya sendiri, dia berkata, “Itu kesalahan individu, tidak ada kena-mengena dengan parti atau jemaah”.

6.Ada orang di dalam perjuangan, sanggup korbankan dasar dan prinsip perjuangan, kerana mempertahankan satu dua orang yang disukainya. Walaupun orang yang dipertahankannya itu melakukan kesalahan. Begitu juga ada orang yang sanggup korbankan dasar perjuangannya, kerana ada individu di dalam perjuangan itu berselisih faham dengannya.

7.Di dalam satu perjuangan, kita mesti pandai membezakan kesalahan dasar perjuangan, dengan kesalahan peribadi di dalam perjuangan. Apabila peribadi yang salah, kita tidak boleh meninggalkan perjuangan. Tapi apabila dasar perjuangan yang salah, tidak mengapa kita meninggalkan perjuangan itu.

8.Perjuangan itu macam orang buka ladang, orang yang boleh meneruskan pembukaan ladang itu di awal hingga akhir waktu menebang, membakar, membajak, menanam terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan, perselisihan dan krisis banyak berlaku selepas ladang mengeluarkan hasil, menimbul rebutan, pecahlah perpaduan, begitulah perjuangan selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan. Timbullah krisis yang membawa perpecahan yang hebat, justeru merebut hasil kemenangan

9.Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran ? ! Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah.

10.Pertahankanlah kebenaran sekalipun kalah, hindarkanlah kebatilan sekalipun mendapat kemenangan.

11.Pemimpin politik selalunya hanya dapat menawan fizikal manusia. Pemimpin kerohanian biasanya dapat menawan hati manusia. Selalu sahaja berlaku pertembungan di dalam satu masa, bila pemimpin politik itu kalah, dia selalu sahaja menggunakan kuasa. Dia kalah di dalam kemenangan

12.Kemampuan kuasa tidak boleh menawan hati. Tapi kemampuan hati boleh menawan hati dan kuasa tanpa kuasa.


13.Allah tidak akan persoalkan kelak menang dan kalah, tapi yang Allah akan persoalkan ialah benar dan salah, begitu jugalah Allah tidak akan tanya tentang berjaya dan gagal tapi yang Allah akan tanya adalah bekerja dan berusaha mengikut syariat atau sebaliknya melanggar syariat.

14.Di dalam berjuang hendaklah kita lebih takut dengan dosa kita lebih daripada musuh, kerana dengan dosa itu Allah murka, apabila Allah murka kita dibiarkan oleh Allah kepada musuh, di waktu itu kita berhadapan dengan dua kerugian pertama kemurkaan Allah, kedua kekalahan dan kehinaan.

15. Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa (hilang taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti orang, kebenaran itu tidak bernilai.

16. Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini ialah hampir semua golongan menyebut Islam, orang fasik menyampaikan Islam, orang munafik menyampaikan Islam, yang jahil dengan Islam pun menyampaikan Islam, yang dasar perjuangannya tidak mengikut Islam pun memperkatakan Islam, orang kafir pun memperkatakan tentang Islam.

Tanpa Nama berkata...

hm...ini barulah.....cepat!cepat!semua orang kena baca ni....baca satu satu..jangan langkah2....=)

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum