Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Rabu, 27 Ogos 2008

MP BN Yang Pertama Isytihar Kerjasama Dengan PR ; Dinobatkan Sebagai WIRA MERDEKA !!!

Kenyataan media daripada Ku Li telah membawa mesej 'undi tak percaya' yang cukup jelas kepada kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi!

"It is time to face the music: It is we who have been buried!", begitu menurut Tengku Razaleigh.

"Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day!"

Itulah antara luahan hati beliau yang sudah pastinya menghiris qalbu DSAAB dan konco-konconya.

Saya yakin dan percaya bahawa ramai lagi mereka yang mempunyai pendapat yang sama dengan beliau, tapi masih terus dalam keadaan mode senyap.

Ayuh! Kita sama-sama berhijrah! Ubah Lanskap politik negara! Selamatkan Malaysia!



Menurut perkhabaran yang dibawa oleh ramai, terdapat lebih daripada 30 ahli parlimen Barisan Nasional yang sudah serik dengan pemerintahan serta kelemahan teraju utama kepimpinan mereka pada saat dan ketika ini!

MCA dan GERAKAN juga sedang dalam proses mengkaji kerelevanan untuk terus bekerjasama dengan UMNO & Barisan Nasional ini!

Cuma rasanya, mereka (48 MP yang dikatakan itu) masih agak khuatir akan imej mereka, masih teragak-agak untuk menyatakan pendirian tersebut.

Dari itu, saya sekali lagi menyeru...

Ayuh! Kita sama-sama berhijrah! Ubah Lanskap politik negara! Selamatkan Malaysia!

AHLI PARLIMEN BN YANG PERTAMA BERHIJRAH ATAS NAMA HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA, AKAN KITA NOBATKAN SEBAGAI

WIRA MERDEKA !!!

p/s : ke arah Malaysia yang lebih cemerlang !!!

3 ulasan:

adam06 berkata...

hehehe

ganteng sungguh pak anwar disitu ..ala ala indiana jones gitu...apa2 aje la...bijak2 ...hehhe chayooo ;>

regards
yanti
www.rosyanti.blogspot.com
www.loadpoint.blogspot.com

Aiman Athirah Al Jundi berkata...

wei bro...apa cite dengan tawaran design tue...buat le iklan cepat

Wirajati berkata...

ANWAR IBRAHIM
Antara sahabat baiknya adalah Paul Wolfowitz - bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika, juga bekas Pengerusi Bank Dunia serta Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Yang lain-lain Josef Estrada, Fidel Ramos.
Dalam temuramah majalah TEMPO ( Indonesia ) dalam tahun 2006, beliau telah ditanyakan soalan ini :
TEMPO : Anda masih berdendam dengan Mahathir?
Jawab Anwar : Saya bukan malaikat. Al Gore pernah bertanya kepada saya, adakah saya akan memaafkan Mahathir? Saya katakan jika dia salah kepada saya, saya maafkan. Tetapi kalau dia curi wang rakyat, haruslah dikembalikan. Itu soal lain.
Selepas dibebaskan :-
Selepas dua bulan, dijemput ke England dan Amerika untuk menjadi Pensyarah Kehormat. Mendapat jawatan sebagai Fellow Pelawat dan Ahli Bersekutu Kanan di Kolej St Anthony, Oxford. Pensyarah Kehormat Catherine’s College, Oxford University.
Distinguished Senior Visiting fellow : Di Pengajian Lanjutan Antarabangsa Johns Hopkins School of Advance, Washington DC.
Distinguished Visiting Professor - Georgetown University.
Pengerusi Yayasan Masa Depan - Washington ( Pengaruhnya telah berjaya meminta Bank Dunia memindahkan Shah Riza - bekas teman wanita Paul Wolfowitz dari Jabatan Negara Amerika, untuk bertugas di situ)
Penasihat Kewangan Emir Qatar, Doha - bertempatnya Pengkalan Tentera Amerika untuk Perang Iraq.
Bertemu Pemimpin Agama Afrika Selatan, Desmond Tutu. Juga Mary Robinson, bekas wakil khas Bangsa -bangsa bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.
Menganggotai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang berpusat di London.
Pada 24 Februari 2005, Diraikan dalam satu majlis oleh Jim Wolfenson, Presiden Bank Dunia di pejabatnya di Washington DC.
Pada hari yang sama, mengadakan pertemuan dengan Elliot Abrams, Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council.
Juga kemudiannya menemui Pemangku Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick - Timbalan Setiausaha Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan politik dan pembangunan Asia Barat.
Pada 25 Februari 2005, memberi ucaptama di sebuah majlis di Florida, yang dihadiri bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William S. Cohen.
27 Februari 2005 : Menemui pengurus-pengurus dana Eropah dan Amerika, dari Washington, New York, London dan Geneva. Antara yang terkenal ialah J.E Robert, Pengerusi JE Robert Companies dari Washington DC.
Tour menjelajahi bumi Amerika ini diakhiri dengan bertemu Madeline AlBright, bekas Setiausaha Negara Amerika di Washington DC. Beliau juga Pengerusi Institut Demokratik kebangsaan ( NDI ), negara Amerika Syarikat.

ANWAR selepas dibebaskan pada tahun 2004 : Di mana-mana pentas ceramah menekankan dia memaafkan Dr Mahathir, Tan Sri Rahim Noor, Abdul Ghani Patail, Musa Hassan.
Sebagai orang yang PAKAR BERCAKAP, dia pernah dipanggil beberapa institusi kerajaan dan universiti untuk memberi ucapan. Antaranya Harvard University, Columbia University, Turki, Canberra, Turki, Washington DC, Turki, University of Washington, Stanford University, Chicago University. Di Washington dia ada berucap dalam satu talk dengan tajuk ” Inter-American Development Bank Forum on the Americans“.
Media yang telah menemuramahnya : Hard Talk BBC , Worldview Magazine, Fortune, Business Week, Jakarta Post, Washington Post, Bloomberg TV. Berita positif mengenai dirinya telah keluar di Jerusalem Post baru-baru ini.
Sejurus selepas PRU 12, telah mengunjungi 400 pengurus dana di Hong Kong. Bertolak ke Bahrain menemui pelabur Arab, juga ke Switzerland untuk menemui para pengurus dana di sana. Kesemuanya berkaitan pelaburan pihak Barat ke sini ( atau dana politik)?
Sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, Agenda Ekonomi Malaysia akan dibentuk menggantikan DEB.
Stylenya dalam isu-isu agama adalah MENGHALAMKAN (baca, halal bukan, haram pun bukan). Rujuk kes penangkapan peserta Ratu cantik Melayu oleh arwah bekas Mufti Ishak Baharom. Dia penyelamat para Ratu Cantik yang separuh lengkap berpakaian itu. Juga simpati terbukanya ke atas kes pembatalan konsert KRUmania, semasa memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mahu dilihat sebagai pemimpin moderate, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau. Salman Rushdie pernah disifatkannya sebagai ‘profound writer’

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum