Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Rabu, 27 Ogos 2008

65.25% Atau 81%? Majoriti Sebenar = 24785 ???

Beberapa media terkemuka termasuk para bloggers serta Utusan Malaysia melaporkan seperti berikut :-

P.44 Permatang Pauh (versi 1)

Jumlah Pengundi Keseluruhan : 58459
Jumlah Keluar Mengundi : 38144
Peratus Keluar Mengundi : 65.25%

Jumlah Undi PKR : 31195
Jumlah Undi BN : 15524
Jumlah Undi AKIM : 92
Jumlah Undi Rosak : 447

Majoriti Diperolehi : 15671
(ulasan saya : jumlah ini tak tally dengan peratusan)


Menurut Agenda Daily pula :-

P.44 Permatang Pauh (versi 2)

Jumlah Pengundi Keseluruhan : 58459
Jumlah Keluar Mengundi : 47258
Peratus Keluar Mengundi : 81%

Jumlah Undi PKR : 31195
Jumlah Undi BN : 15524
Jumlah Undi AKIM : 92
Jumlah Undi Rosak : 447

Majoriti Diperolehi : 15671
(ulasan saya : yang ini tally, setelah penulisnya membuat kiraan sendiri rasanya)


Pada awalnya SPR, menurut setiausahanya, mengesahkan bahawa peratusan keluar mengundi sebenar adalah 65.25% yang mana bersamaan dengan laporan versi 1 di atas.

Terdapat sedikit kekeliruan di situ, 65.25% = 38144 boleh menghasilkan keputusan 31195 + 15524 + 92 + 447. Yang mana ianya tak tally... !!!

Mungkinkah keputusan sebenar ialah :-

P.44 Permatang Pauh (versi 3)

Jumlah Pengundi Keseluruhan : 58459 (mengikut senarai yang diwartakan)
Jumlah Keluar Mengundi : 38144 (menurut laporan awal dan peratusan)
Peratus Keluar Mengundi : 65.25% (pengumuman S/U SPR)

Jumlah Undi PKR : 31195 (tidak mungkin ada manipulasi, SPR tak sehaluan dengan PR)
Jumlah Undi BN : 6410 (mengikut jumlah undi yang tinggal)
Jumlah Undi AKIM : 92 (tak mungkin dimanipulasi)
Jumlah Undi Rosak : 447 (mengikut laporan SPR)

Majoriti Diperolehi : 24785 !!! (kiraan terbaru !!!)
(ulasan saya : ini, kemungkinan yang berlegar di dalam kepala saya)

Justeru, dari mana datangnya lebih kurang 9000 undi untuk BN? Dan kalau 81% kenapa seorang S/U SPR boleh tersalah umum peratusan keluar mengundi? Apa yang berlaku sebenarnya?

note : pandangan yang lebih kurang sama boleh dibaca di sini

p/s : ???

3 ulasan:

tropicoloco berkata...

aisey bro...

media malaysia masih dalam pegangan kerajaan..yg aku btul2 concern skang peranan atau tanggungjawab media telah lama dicabuli..huhuhu...

chait!!!!

Firaz berkata...

Salam.

Peratusan keluar mengundi 81%... itu yang tercatat kat skrin besaq masa keputusan rasmi, yang angka lain2 tak kira media mana pun semuanya manupulasi, atau aku rasa diorang bengong kot, matematik darjah 3 pun x reti buat ka...???

Unfiltered-Madness berkata...

Assalamualaikum,

Itu semua tidak penting. Yang penting elakkan DAP kuasai anwar anda semua.

Dan lagi satu, bagus jugak anwar menang. Jika tidak bermacam2 lagi teori konspirasi keluar

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum