Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 15 Ogos 2008

Arif Shah The Giant Killer... ???

p/s : yang pastinya, orang dalam gambar ni komfem undi Arif Shah... alaaahai...


Artikel sumbangan KLPos.

Oleh Mstar
Khamis, 14 Ogos 2008

CALON dengan nama yang bermula huruf 'A' sudah pasti akan bertembung di Permatang Pauh. Yang menarik, Datuk Arif Shah Omar Shah merupakan 'anak buah' Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lebih sedekad lalu.

Kali in mereka akan bertemu semula dari sudut yang berlainan - masing-masing sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Arif merupakan satu-satunya calon BN menguasai salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu.

Dengan itu beliau mewarisi harapan BN agar mendapatkan semula kerusi Permatang Pauh yang dikuasai pembangkang - Pakatan Rakyat.

Masing-masing calon - jika melepasi hari penamaan calon Sabtu ini merupakan muka yang tidak asing kepada lebih 50,000 pemilih Permatang Pauh.

Di sebalik kesibukan merebut jawatan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah kini menjadi tumpuan seluruh negara sejak malam tadi selepas diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

BN dan Pakatan Rakyat yakin akan memperoleh kemenangan di Permatang Pauh.

"Saya sudah bersedia untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mungkin popular, tetapi saya tidak bimbang dengan beliau.

"Saya akan jadi giant killer kali ini. Saya mengenali beliau dari dulu lagi. Saya merupakan Ketua Pemuda Umno semasa Anwar menjadi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh," kata beliau selepas diumumkan sebagai calon Umno dan BN bagi pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh.

Anwar merupakan bekas wakil rakyat Permatang Pauh - dari 1982 hingga 1999 dan diketuai isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding kali pada pilihan raya umum 1999 dan memenangi dua pilihan raya umum susulan.

Semalam ketika mengumumkan calon BN, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN serta Timbalan Presiden Umno berkata, pemilihan Arif Shah, 52, dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa.

Kata Najib, beliau adalah calon terbaik menentang Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan.

Anwar pula ketika dihubungi mStar Online malam tadi untuk mendapatkan ulasan mengenai pemilihan Arif Shah berkata beliau akan mengadakan sidang media waktu terdekat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengunduran penyandangnya Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat parti itu.

Penamaan calon ialah Sabtu ini.

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Seberang Jaya yang diwakili oleh Arif Shah, Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS) dan DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.

Arif Shah mula terpilih sebagai ADUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum 2004 dengan mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.

Pada pilihan Mac lepas beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua menewaskan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.

Pemilihan Arif Shah juga adalah atas faktor kemenangannya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum lepas.

Arif Shah dilahirkan di Pulau Pinang dan berpendidikan sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina di Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Beliau petah berbahasa Mandarin dan Hokkien dan kefasihannya bertutur bahasa itu menyebabkan ramai kaum Cina kagum dengan ucapannya.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Seberang Jaya dan ketua penerangan tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam parti pada pemilihan lepas.

Dalam laman web peribadinya http://arifshah.com Arif Shah berkata: "Harapan beliau ialah supaya YAB pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada beliau untuk terus disambung menjadi calon di dalam pilihanraya akan datang dan berdoa untuk memenangi di dalam pilihanraya tersebut dengan majoriti yang lebih tinggi .

"Semoga beliau akan memberikan sumbangan tenaga, idea dan kepakaran bukan sahaja di peringkat kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya tetapi ke peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pusat. Insya-Allah."

Apakah impian beliau itu akan menjadi kenyataan pada 26 Ogos ini?



p/s : bila anak buah bertemu bapak buah... ;)

Tiada ulasan:

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum