Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Sabtu, 13 Disember 2008

BUZZ!!!

Beberapa lama menyepi dari dok tekan-tekan keyboard nih, bila mula nak tekan-tekan semula rasa kekok plak... Heheh!

Pertapaan gua tak selesai lagi nih... InsyaALLAH dalam masa terdekat segalanya akan kembali seperti sediakala... Kepada semua, tolonglah tengok-tengokkan laman ni ye, coming soon saya akan menulis berkenaan beberapa tajuk dan topik yang agak diminati ramai lah jugak... So, tunggu...

Hmm, masih ada masa kejap lagi nih, saya nak sambung sket k...

"I dont wanna close my eyes
I dont wanna fall asleep
Coz I miss u baby
And I dont wanna miss a thing..."

Tu rangkap lagu nyanyian Aerosmith, I DONT WANNA MISS A THING... Ada orang panggil, lagu ARMAGEDDON... Suka ati korang lah nak panggil apa pun, yang penting sekarang ni tiap-tiap malam gua dengar lagu tuh...

Heheh!

Seuntai madah buat semua...

"You don't stop laughing because you grow old...
But you grow old because you stop laughing"

p/s : tunggu my come back!

Ahad, 16 November 2008

Dua Minggu Yang Diam ...

Salam semua...
Maaf kerana lama menyepikan diri... Kepada Bro ABOO, gua tak @ belom kene tangkap ISA lagi (na'uzubiLlah...)... Heh!
Semenjak 2 minggu yang lepas, saya pergi bertapa... (nama pun laxmana a.k.a. Pertapa Arjuna kan? Heheh!) InsyaALLAH, akan menyambung pertapaan lagi dalam satu tempoh masa...
Apa yang saya dapat janjikan di sini, saya tak pernah melupakan laman maya kesayangan ini, serta semua yang selalu sudi bertandang ke sini... Harapan saya, selepas habis tempoh pertapaan ini, saya dapat terus menulis dan sekaligus berkongsi pendapat dengan kalian semua...
RINDU banget dong dengan blog nih! Waduh2!
But, still... I'm following all the issues... Its just, I've got no time to write here...
I'm working on something that will benefit many peoples in the future... Believe me... ;)
Kepada Qaseh, miss you so much...heheh! Jangan gossip taw! Kepada Aboo & Lady Dark, Hilal, Pendekar, Daus, Aflah, Yanty, Firazzurri, Zubli Z, Perfectwater, Abu Naufal, dan semua lah (dah tak sempat nak taip dah nih, heheh!) sahabat-sahabat yang setia berkunjung ke sini, nantikan kemunculan gua... DENGAN TOPIK-TOPIK baru dan tulisan yang asli (sekali-sekala akan selit jugak la macam tulisan-tulisan sebelum ni)!!!
Gambate ne! ;)
p/s : harap-harap, Nobisha tak buang gua daripada Debat Rakyat... Heheh!

Sabtu, 1 November 2008

Seorang Gadis BISU Di Kampung-ku ...


Pulang ke kampung baru-baru ini telah menyingkap hampir keseluruhan kenangan hidup sejak lebih sedekad yang lalu... Ada kenangan manis, ada kenangan pahit, ada yang suka, dan ada yang duka...

Pandangan serta rasa hormat di kalangan jiran sekampung juga jelas perubahannya. Rumah-rumah bertambah, yang dulu kosong sekarang berisi, dulu penduduk sedikit, sekarang hampir tak muat, dan macam-macam lagi... JANJI saya, andai kiranya saya beroleh kesempatan pada masa-masa terdekat ini, akan saya ceritakan semuanya...

Cuma yang kali ini mungkin agak menarik buat tatapan semua...

Boleh dijadikan iktibar, boleh dijadikan panduan keinsafan, hatta sekadar dijadikan satu pembacaan juga boleh...

Saya mengenalinya sekitar tahun 1998, ketika masih di sekolah menengah. Jiran sekampung, lebih tua dua tahun berbanding saya, sedangkan saya hanya seangkatan dengan adiknya.

Datang daripada keturunan Bugis (part Andrekan ataupun Bonei, kurang pasti), agak berada jika dilihat dari segi perwatakan serta bentuk rumah mereka. Adiknya yang seangkatan dengan saya itu namanya Sunarti. Namanya saya hampir tak pasti...

Namun, saya kenal dia, dan jika anda berpeluang bertanya kepadanya tentang saya, sudah pasti jawapannya, dia kenal saya. Asal saja berselisih, pasti senyum akan berbalas senyum (senyum yang ikhlas, tanpa tersirat sebarang maksud lain!).

Sejak 10 tahun yang lalu, sudah terlalu ramai rakan serta sahabat yang cuba 'test market' dengannya, termasuk saya sendiri (sejujurnya saya mengaku di sini), ramai pula yang berkirim salam tanpa jemu (hm, yang ni saya tak termasuk sekali), ada yang menggunakan pelbagai cara untuk mendekatinya, cara baik, cara kurang sesuai, cara MONYET (pun saya tak terlibat!), dan bermacam-macam jenis cara lagi...

Namun semuanya tak kena! Paling untung pun, hanya dapat berbual dengannya (melalui cara yang sesuai dengannya), itupun mereka itu akhirnya akan 'give up' dan hilang ditelan masa pula...

Dia adalah seorang gadis yang cukup elok rupanya, sempurna tubuh badannya, cantik parasnya, manis senyumannya, menggetarkan jiwa jugak la... NAMUN satu itu kekurangannya...

Baru-baru ini sewaktu pulang ke kampung, saya terserempak dengannya. Seraya dia kelihatan agak terkejut kerana mungkin kiranya dia sudah agak lama tidak melihat saya di sana, dan mungkin juga melalui penceritaan rakan-rakan sekampung telah mengkhabarkan bahawa saya sudah tidak lagi menetap di sana, ntah yang mana satu, yang pastinya, memang dia agak terkejut...

Selepas beberapa saat barulah dia tersenyum tanpa sebarang kata-kata...seperti biasa...

Dan perbualan berikut pun berlaku :-

Sebelum bercakap, saya terlebih dahulu memastikan yang matanya betul-betul tertumpu ke bibir saya, selepas itu barulah saya memulakan perbualan...

Tanpa mengeluarkan suara saya bertanya, dengan menyebut satu persatu perkataan, "A...PA...KHA...BAR...?"

Dia menjawab dengan senyuman dan signal "ok" dengan tangan dan jarinya...

Saya pun menjawab dengan senyuman yang membawa maksud "ooo...", senyum menampakkan gigi...

Selepas itu, dia menyambung, sambil menunjuk ke arah saya, kemudian mengembungkan pipinya sambil mengembangkan tangannya... Kemudian menunjukkan tanda 'bagus' dengan ibujarinya...

Kalau anda kurang faham maksudnya, biar saya terjemahkan, dia kata "awak nampak gemuk, baguslah"... Hehehe!

Saya pun menjawab dengan senyuman serta anggukan kepala tanda setuju...

Selepas itu, dia seperti ingin meneruskan perbualan dengan membuat beberapa isyarat, tapi SUMPAH saya TAK PAHAM langsung! Apa yang dapat saya lakukan waktu itu cuma senyum, angguk, di samping membuat sedikit bunyi hehehe hehehe...

Mujur pada masa yang sama, seorang makcik yang telah lama mengenali saya datang menegur dan bertanya khabar, dan saya pun meminta diri dengannya untuk meneruskan pula perbualan dengan makcik tersebut... (isi perbualan dengan makcik itu saya akan cerita kemudian pulak, heheh!)

Gadis ini seorang yang BISU serta PEKAK sekaligus... Simpati melihat dia sebenarnya... Saya tertanya-tanya, bagaimanakah kehidupan sehariannya?

Insaf seketika dengan nikmat dan rahmat bertutur serta mendengar yang dikurniakan ALLAH ini... Life will certainly be different without it...

Malah saya difahamkan oleh rakan sekampung, itu antara masalah yang dihadapi oleh gadis tersebut dalam pencarian jodohnya... Simpati menjalar lagi...

p/s : Begitulah antara kisah hidup SEORANG GADIS BISU DI KAMPUNG-ku...

LIBARAN BYPASS

Sepanjang saya berada di bumi Sabah (baru-baru ini), agak banyak perkara yang berlaku dan terlalu banyak maklumat yang diperolehi, terutamanya berkenaan beberapa isu yang sering menjadi perhatian para bloggers semasa. Namun, saya tidak bercadang untuk menceritakan semua itu pada masa ini. Maybe next time...

Sandakan masih seperti yang dulu, tidak mempersembahkan banyak perubahan, hanya yang berubah ialah Jalan Raya. Projek pembesaran jalan raya serta projek pembinaan jalan raya Libaran Bypass dilihat sebagai sangat banyak membantu para penduduk Sandakan. AlhamduliLlah, dengannya para pengguna jalan raya di Sandakan agak kurang terserempak dengan KESESAKAN jalan raya, kecuali pada waktu puncak serta di sekitar jalan utama (jalan lama). TAHNIAH terutama kepada YB Datuk Juslie Ajirol (Ahli Parlimen Libaran) kerana saya tahu, projek pembinaan Jalan Libaran Bypass ini adalah antara inisiatif beliau sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Walaupun agak lama menunggu, namun akhirnya kemudahan jalan itu dapat juga dirasai serta dinikmati oleh semua. Sepanjang pemerhatian saya, memang agak ramai pemilik-pemilik tanah di sepanjang tepian jalan baru tersebut yang akan mendapat 'durian runtuh' akibat kenaikan mendadak nilai tanah mereka. AlhamduliLlah, sekiranya para pemilik itu memang adalah para penduduk tempatan, dan bukan orang luar yang telah lebih awal merenggut hak milikan sah tanah-tanah tersebut.

Teringat suatu ketika dahulu, pabila Tun Dr Mahathir mengusahakan pembinaan KLIA serta Litar F1 Sepang, yang kemudiannya telah membawa kepada kenaikan MENDADAK nilai tanah-tanah sekitar Lebuhraya ke arah itu, dan seterusnya telah berjaya meng-JUTAWAN-kan RAMAI rakyat Malaysia...

Anda rasa, berapa ramai yang telah mendapat hasil daripada keputusan Tun Dr Mahathir tersebut?

Untuk perkara ini, saya sendiri tidak dapat menafikan sumbangan besar beliau itu...

Mungkin masih ada perkara yang boleh diragukan di situ, tentang siapa sebenarnya para pemilik tanah tersebut, kroni Mahathir kah, ataupun berapa pulak komisyen yang diperoleh oleh beliau, serta BERMACAM-MACAM keraguan yang boleh timbul sekiranya ingin kita timbulkan...

Namun bagi saya, bukan itu soalnya...

Kroni atau bukan, sama-sama rakyat Malaysia... Tidak ada masalah, asal saja mereka yang mendapat nikmat serta rahmat ALLAH itu tidak melupakan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara...

Begitulah juga halnya dengan sumbangan oleh Ahli Parlimen Libaran ini, bagi saya, beliau wajar mendapat kredit atas sumbangan ini.

Bagi saya, selagi mereka melakukan perkara yang benar, maka wajar untuk kita menghargai mereka...

Sekiranya mereka melakukan perkara yang baik dan betul, nak bangkang buat apa?

Saya masih lagi berpegang teguh dengan prinsip, "Yang Betul Tetap Betul, Yang Salah Tetap Salah, Walau Siapapun Mereka!!!"

p/s : saya tahu ianya sumbangan Datuk Juslie kerana beliau sendiri (secara peribadi) pernah meng-sms saya meminta pendapat serta sokongan isi untuk digunakan dalam berucap di Dewan Rakyat, berkenaan jalan yang digelar LIBARAN BYPASS ini...

Selasa, 28 Oktober 2008

SYAIR PAHLAWAN SABAH

SYAIR PAHLAWAN SABAH
Pahlawan Sabah Gagah Berani
Pendekar Terbilang Paduka Mat Salleh
Hujan Peluru Bertubi-Tubi
Di Hujung Pedang Tegak Berdiri

Tidak Ramai Yang Mengetahui
Asal-Usulnya Paduka Mat Salleh
Sangkaan Musuh Dia Dah Mati
Berita Tersebar Serata Negeri

Sedangkan Paduka Menghilangkan Diri
Pergi Bertemu Anak Dan Isteri
Kemudian Paduka Menjelma Lagi
Sebagai Perantau Tak Dikenali

Kisah Seterusnya Selepas Itu
Paduka Merantau Tidak Menentu
Di Suatu Tempat Bertemu Jodoh
Seorang Gadis Yatim Piatu

Suami Isteri Hidup Bahagia
Berkasih Sayang Seiya Sekata
Dikurniakan Allah Cahaya Mata
Seorang Puteri Dan Tiga Putera

Sehinggalah Paduka Menemui Ajalnya
Tinggallah Isteri Puteri Puteranya
Di Bumi Bertuah Disemadikan Jasadnya
Di Pengutaran Terletak Makamnya

Demikianlah Kisah Pahlawan Terbilang
Gagah Berani Bukan Kepalang
Bedilan Peluru Terang Benderang
Sedikit Tidak Merasa Bimbang


Raudhatul Walidah’
Hatijah Halimau
Tun Teja
p/s : syair ni nukilan mak gua... ;)

Khamis, 23 Oktober 2008

SIRIH PULANG KE GAGANG ...

Entri ini merupakan pengumuman buat semua. Bermula 24 Oktober sehingga 01 November, laman ini tidak akan dapat aktif menyiarkan entri serta artikel-artikel baru. Namun begitu, sekiranya terdapat beberapa saat kesempatan, saya akan pastikan laman ini tidak GERSANG daripada sebuah pengemaskinian.

Buat rakan-rakan, maaf atas ketidak-aktifan ini. Maka, bagi mengelak para pengunjung laman ini (terutama para pengunjung TEGARRR) daripada keGERSANGan, saya titipkan sebuah lagu dendangan GERSANG... Masih Aku Terasa... Terimalah...



JADUAL SAYA
24/10 - sibuk dengan sebuah persiapan...
25/10 - ada meeting penting...
25/10 - sebelah malam dah kena bermalam kat LCCT...
26/10 - awal pagi (7.15pagi) berangkat ke Sandakan...
26/10 - 10.30 pagi attend Mesyuarat Agung (suatu pertubuhan)...
26/10 - petang sampai malam, bermesra dengan keluarga (rindu...hehe)...
27/10 - meeting penganjuran program...
28/10 - jelajah kawasan Libaran (political interest...hehe)...
29/10 - jalan2 round Sandakan sambil jumpa member...
29/10 - cek gaji dah masuk ke blom... ;)
30/10 - petang (5.10petang) berangkat balik Kehel...
30/10 - mesti penat!!!
31/10 - pindah ke "tempat" dan "hidup" BARU...
01/11 - mula bertugas di tempat baru... ;)

p/s : fuhh... lepas tulis ni nampak macam tambah banyak la pulak... adeih!!!

ASAL-USUL "ubat"...

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis.

Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu disebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas.

"Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenal pasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata

"Ohhh...bad..."

Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".

Nota :
Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata, tidak berkaitan sama ada dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

p/s : rehat sebentar... heheh! cicakman btol!!! ;)

Minyak Oh Minyak !!!

Updated oil price

Minyak mentah
$67.30
▲0.55
0.82%
2:32 AM EDT - 2008.10.23


HARI TU Shahrir kata, TUNGGU!!! TUNGGU sampai harga minyak mentah dunia jatuh di bawah USD72 setong!

LIHAT ATAS... USD 67.30 !!!

BILA KPDNHEP serta kabinet Malaysia nak bertindak???

ARGHHH!!!!!!!!!

p/s : gua speechless...

Bayar Yuran ; Antara RUKUN WAJIB Solat!!! Malaysiakini

Sewaktu mulai reda isu dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang asrama, Universiti itu kini berdepan satu lagi isu panas yang dibangkitkan oleh pelajarnya.

Seorang pegawainya dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata "tidak guna solat kalau tidak bayar yuran" kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.

(SELANJUTNYA DI SINI)

Ulasan
Macam-macam ada... Yang hairannya, macam mana lah Pegawai HEP ni boleh jadi "Pegawai"? Hmm...inilah hakikatnya... Seringkali berlaku di mana para penjawat awam yang bertindak sebagai staf sokongan pentadbiran mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dilihat sebagai biadap dan kurang ajar... Tak tahu yang mana satu yang lebih sesuai, nak kata kurang ajar atau TAK MASUK DIAJAR???

Kepada Semua :
Berikan anak anda peluang secukupnya mendalami ilmu akhlak dan takut pada ALLAH... Supaya apa yang berlaku tidak terus menjadi "kebiasaan" yang janggal kepada masyarakat.

p/s : pengalaman gua kat UMS dulu lagi teruk... next time gua story... buat masa ni, tersangatlah sibuknya.... ;)

BLUES TENGAH MALAM ...

Si Manis Di Belakang Kow Loon Rupanya Sang Khunsa
Ada Juga Wajah Yang Pernah Kulihat Di Akhbar
Jam Sebelas Setengah Masih Ada Tawar Menawar (15 Ringgit!!!)

Malam Semakin Dingin Jalan Chow Kit Tetap Bahang
Aku Yang Lahir Di Sini Rasa Macam Pendatang...HARAM!
Yang Didusta Di Kampung Berlindung Di Bukit Bintang
Yang Telah Pudar Usia Berlindung Di Lorong Hitam
Hidupnya Tersisih... Sampah Masyarakat!!!

Kota Ini Penuh Dengan Projek GAJAH PUTIH
Sungguh Indahnya Malam Tapi Aku Masih GUSAR, Gusar Gusar!
Fikirkan Masa Depan... Apa Yang Harus Ku Lakukan
Kelab Malam Putar Alam... Ada Orang Tua Menari...
Ronggeng Frustrassi... ANAK BINI SEDANG MENANTI!!!

Sebuah Lorong Sunyi Ada Tukaran Wang Dan Barang
Di Menara Tinggi Ada... Insan Sedang Mengawan
Tak Daya Ku Tahan Lagi... Membuat aku mahu menjerit JERITT
Marah Pada SIAPA... Marahkan Pada Blues...
Lagu Blues Tengah Malam
Malam Malam minggu!!!

p/s : lagu ni best... kalau nyanyi, gua rase macam Rock Star... Tapi kalau korang tak nak nyanyi pun takpe... Fahamkan mesej jer... ;)

Selasa, 21 Oktober 2008

JUS SOLI vs JUS SANGUINIS

JUS SOLI

Undang-undang berdasarkan tempat lahir.

Bagi orang yang lahir di Malaysia antara Hari Merdeka (31 Ogos 1957) dan Oktober 1962, dia secara automatic mendapat taraf warganegara tanpa menghiraukan kewarganegaraan bapa atau ibunya

Bagi seseorang yang lahir selepas 1962, dia boleh menjadi warganegara sekiranya salah satu daripada syarat di bawah ini dipenuhi :-

1)
Ibu atau bapanya warganegara ketika dia dilahirkan, atau

2)
Ketika kelahirannya, ibu atau bapanya telah bermastautin di negeri ini, atau

3)
Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana-mana negeri


JUS SANGUINIS

Undang-undang berdasarkan keturunan darah

Faktor jus sanguinis menekankan kedudukan kewarganegaraan bapa seseorang yang dilahirkan.

Jika bapa seseorang yang dilahirkan itu adalah warganegara Persekutuan, dia juga boleh menjadi warganegara tidak kira jika dia dilahirkan di luar negeri.

Walau bagaimanapun, bagi anak kepada seorang warganegara yang lahir di luar negeri, dia hanya mewarisi taraf kewarganegaraan bapanya jika :-

1.
Bapanya sendiri diperanakkan di Malaysia, atau
2.
bapanya memegang jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau Negeri, atau
3.
Kelahirannya didaftarkan di pejabat Konsol Malaysia ataupun dengan kerajaan Malaysia dalam tempoh setahun selepas dia dilahirkan


p/s : jus mangga... jus tembikai... jus oren... jus jus jus... ;)

HAK Yang MISTERI ; Malaysiakini

Mengulas isu berkenaan kenyataan Menteri Dalam Negeri yang dilaporkan dalam Malaysiakini, tentang isu kad pengenalan.

Satu unit khas ditubuhkan bagi memastikan permohonan tertunggak untuk mendapatkan kerakyatan dan taraf penduduk tetap diselesaikan dengan berkesan dan cepat, kata menteri dalam negeri. Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen diarahkan membentuk unit itu baru-baru ini untuk memberikan tumpuan utama pada permohonan tertunggak.
(SELANJUTNYA DI SINI)

Ulasan

Saya menyambut baik usaha yang dibuat oleh beliau atas kapasitinya sebagai Menteri Dalam Negeri itu. Menubuhkan Unit Khas untuk mengendalikan kes-kes berkaitan kad pengenalan serta dokumen pengenalan diri ini sebenarnya sangat penting dan harus diusahakan.

Namun, sebagai tambahan di sini, ingin saya membawa anda kepada isu dokumen pengenalan diri para penduduk Sabah yang telah sekian lama tidak pernah selesai...

Terdapat ramai penduduk yang menetap di Sabah, yang sering disebutkan sebagai PENDATANG TANPA IZIN ini sebenarnya telah layak untuk memohon taraf Penduduk Tetap Malaysia. Namun, saya sangat bersetuju dengan Syed Hamid yang mengatakan, "Walaupun pemohon sudah menetap 20 hingga 30 tahun di negara ini kita mesti lihat dari segi kesetiaan dan sumbangan pemohon kepada negara sebelum memberikannya taraf penduduk tetap".

NAMUN, saya masih berpegang kepada pendirian bahawa, mereka ini BERHAK mengetahui bahawa mereka LAYAK MEMOHON!!! Soal diluluskan atau tidak permohonan mereka, pada saya ia soal kedua.

MALAH, ada juga sebahagian daripada mereka yang sering disebut sebagai PENDATANG TANPA IZIN ini yang sepatutnya, melalui prinsip JUS SOLI, bukan lagi taraf Penduduk Tetap (Permanent Resident), bahkan sebenarnya secara automatik LAYAK mendapat Taraf Warganegara!!!

Masalahnya

Kerajaan TIDAK PERNAH memberikan penerangan serta penjelasan terperinci berkenaan HAK-HAK mereka ini.

Justeru

Mereka yang telah menetap antara 20 hingga ke 30 tahun di Sabah masih tidak tahu bahawa mereka telah LAYAK MEMOHON status Penduduk Tetap Malaysia (diluluskan atau tidak, bergantung...)

Dan

Mereka yang lahir di Malaysia, dengan salah seorang daripada ibu atau bapanya merupakan warganegara, TIDAK TAHU bahawa mereka sebenarnya adalah WARGANEGARA.

Kes seperti ini sangat selalu dijumpai di Sabah, dan saya percaya, masih terdapat lebih ramai lagi yang masih tidak ter-jumpa oleh sesiapa.

Contohnya, seorang wanita WARGANEGARA Malaysia, berkahwin dengan lelaki warga asing, kemudian dikurniakan zuriat, akibat KURANG PENDEDAHAN, anak itu pun tidak didaftarkan kelahirannya kerana meragui KERAKYATAN bayi tersebut.

Pada saya, semua ini tidak lain tidak bukan melainkan KELEMAHAN kerajaan dari segi penerangan serta penjelasan berkenaan HAK-HAK seperti yang saya sebutkan iaitu :-

* Hak Memohon Status Penduduk Tetap
* Hak Kerakyatan Melalui Prinsip Jus Soli

Saya amat yakin dan percaya, bahawa masih ramai yang tidak memahami dan dapat melihat jelas apa itu Prinsip Jus Soli sebenarnya...

Nota : PRINSIP JUS SOLI

Undang-undang berdasarkan tempat lahir.

Bagi orang yang lahir di Malaysia antara Hari Merdeka (31 Ogos 1957) dan Oktober 1962, dia secara automatic mendapat taraf warganegara tanpa menghiraukan kewarganegaraan bapa atau ibunya

Bagi seseorang yang lahir selepas 1962, dia boleh menjadi warganegara sekiranya salah satu daripada syarat di bawah ini dipenuhi :-

1. Ibu atau bapanya warganegara ketika dia dilahirkan, atau
2. Ketika kelahirannya, ibu atau bapanya telah bermastautin di negeri ini, atau
3. Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana-mana negeri

Maka dengan ini, SAYA MENYERU kerajaan untuk menubuhkan sebuah lagi UNIT KHAS untuk mengesan kes-kes seperti ini sekaligus MEMBERI pendedahan, penerangan serta penjelasan berkaitan kedua-dua hak yang tersebut di atas, memandangkan, ramai yang masih "buta".......

p/s : anda warga asing... anda tidak jelas tentang HAK anda... apa anda akan lakukan ???

Konsep Negara : Malaysia Kini Bagaimana ???



KONSEP NEGARA

Dalam undang-undang antarabangsa, sesuatu masyarakat politik atau negeri, layak dianggap sebagai sebuah “NEGARA” (state) sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :-

Pertama
Sempadan yang tertentu

Kedua
Penduduk

Ketiga
Sebuah kerajaan TERATUR yang dapat mengawal hal ehwal dalam negeri

Keempat
Kedaulatan iaitu, mempunyai keupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara lain

Penduduk atau sekumpulan orang yang bertaburan di sana sini tidak boleh membentuk sebuah negara.

Tidak terdapat keperluan bilangan penduduk yang minimum bagi sesuatu masyarakat politik dianggap sebagai sebuah negara.

p/s : pandangan anda... Malaysia kini bagaimana ???

Ahad, 19 Oktober 2008

Signal Dari Pak Lah BUAT Rafidah!!! Malaysiakini



Persaingan perebutan Jawatan Ketua Wanita UMNO menyaksikan pertembungan antara Tan Sri Rafidah Aziz dengan Naib-nya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

TERBARU, Malaysiakini melaporkan Shahrizat terus memperolehi pencalonan sebagai Ketua Pergerakan itu.

Walaupun Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang sebelum ini telah menyatakan tidak berhasrat bertanding merebut jawatan ketua Wanita, namun beliau terus menerima tambahan empat lagi pencalonan, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 36 pencalonan. Beliau menerima pencalonan itu dari bahagian Gopeng, Kudat, Kepala Batas dan Tanjung. Dengan ini, Shahrizat memerlukan tiga lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Umno yang memperuntukkan had kuota sebanyak 39 pencalonan.
(BACA Selanjutnya DI SINI)

Nampaknya, Bahagian Perdana Menteri (Kepala Batas) sendiri juga mencalonkan Shahrizat!!! Ini merupakan satu TAMPARAN hebat buat Rafidah!

Sebelum ini, dalam artikel-artikel yang lepas, saya ada menyebutkan tentang agenda Pak Lah di sebalik pengunduran beliau setelah TERUK ditekan oleh Geng Najib (Rafidah dan Hishamuddin serta yang lain).

Adakah ini menunjukkan bahawa telahan saya tepat? Pak Lah is UP TO SOMETHING?

Adakah pencalonan Shahrizat (dari Wanita Bahagian Kepala Batas) ini merupakan suatu petanda awal bahawa Pak Lah sedang dalam "suatu" perancangan?

Jelas! Ini SIGNAL buat Team Najib!!!

p/s : dah agak dah... lepas ni apa pulak eh?

MINYAK Akan Turun Atau Tidak ???


HARGA MINYAK mentah di Pasaran Dunia dicatat di bawah USD72 setong! Setakat Jam 10.41pm sebentar tadi, harga tersebut JATUH ke paras USD71.80 setong!!!

Sebelum ini, Dato' Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (gambar-yang sebelah kanan, yang belah kiri tu ehem ehem), pernah membuat kenyataan terbuka bahawa, sekiranya kita (Rakyat Malaysia) ingin menikmati kadar harga minyak kembali pada tahap asal (iaitu RM1.92 seliter), kita harus menunggu sehingga harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah USD72 setong.

Kini, harga minyak telah berada di bawah USD72 setong...

Mungkinkah esok harga minyak akan turun?

Atau mungkinkah kerajaan akan menjawab, "Kita kena tunggu betul-betul stabil dulu baru boleh turunkan harga minyak..."

Dan selepas itu para bloggers pula akan membuat artikel-artikel yang bertajuk, "Kena Tunggu Stabil Pulak Dah...", atau "Shahrir Samad PENIPU!" atau "Bila Nak Turun Nih?" atau "Kerajaan Yang Penuh Dengan Sandiwara" atau bermacam-macam lagi bentuk tajuk yang akan muncul...

Tak percaya? Tunggu esok...

p/s : mungkin belum sampai masanya ??? ;)

PAS SABAH!!! Artikel Ini Sepatutnya Masuk Malaysiakini!!!

Terbaca laporan bertajuk "PAS Sabah Buat Laporan Polis Terhadap UPKO" di ruangan politik Utusan Malaysia sekejap tadi bagai memanggil-manggil saya untuk mengulas mengenainya.

Menurut laporan tersebut, pembuat laporan polis itu adalah merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1, Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Sdr Hamzah Abdullah.

Ulasan

Sdr Hamzah ataupun terdapat segelintir memanggil beliau dengan panggilan "ustaz" Hamzah ini adalah merupakan seorang peniaga (businessman) serta merangkap seorang Pesuruhjaya Sumpah, yang bertugas menjadi saksi kepada akuan-akuan bersumpah serta bertanggungjawab menandatangani mana-mana dokumen yang memerlukan tandatangan atau pengesahan Pesuruhjaya Sumpah. (Bala pun sepatutnya buat Akuan Bersumpah di hadapannya. Namun, beliau belum cukup popular)

Beliau merupakan seorang aktivis yang SANGAT terkenal di seluruh Sabah, kerana sehingga kini, beliau telah bertanding dalam pilihanraya di hampir keseluruhan kawasan di dalam negeri Sabah. Beliau pernah bertanding di Sandakan, Likas (Kota Kinabalu), serta di kawasan Beluran. Seringkali melompat dari satu tempat ke satu tempat. Terbaru, beliau sedang mengintai kawasan Sekong, Batu Sapi, untuk dijadikan sasaran terbarunya. Mungkin itu antara sebab mengapa sehingga kini beliau BELUM PERNAH memperoleh kemenangan. MALAHAN SERING HILANG WANG PERTARUHAN!

Saya tertarik untuk mengulas mengenai beliau kerana saya terperasan akhir-akhir ini beliau selalu mengeluarkan kenyataan (namun masih BELUM ada tindakan) di dalam Harakah mahupun akhbar tempatan Sabah, New Sabah Times dan Daily Ekspress. Satu-satunya tindakan yang saya dapat lihat adalah laporan polis yang dibuatnya ATAS NAMA Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ini.

Saya ulangi... ATAS NAMA Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah!!!

Ingin saya bertanya sendiri kepada beliau, betulkah itu keputusan rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri? Kalau ya, kenapa beliau saja yang selalu membuat kenyataan berkenaan PAS Sabah? Di mana Pesuruhjaya, Hj Mohammad Abdullah? Kalau bukan Pesuruhjaya pun, sekurang-kurangnya Ketua Penerangan PAS Sabah, Ust Imran Ibrahim? Di mana mereka ini?

Hamzah yang selama ini TERKENAL sebagai anggota Badan Perhubungan PAS Sabah yang SANGAT SUKA PONTENG mesyuarat Badan itu, seolah-olah tidak mengiktirafnya, kini menggunakan nama Badan tersebut untuk MEMASARKAN dirinya?

Apakah beliau merasakan bahawa dengan cara itu, beliau dapat mengambil hati para pimpinan PAS Pusat untuk melantiknya semula sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri tahun hadapan? Selepas jawatan itu diRENGGUT kemas daripada beliau, dan diberikan kepada Almarhum Dr Datu Bandira Bin Datu Alang, oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor...???

Selepas Almarhum Dr Datu Bandira meninggal dalam kemalangan jalan raya (selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah buat kali yang terakhir - waktu itu di Kinabatangan, yang mana mesyuarat tersebut juga TIDAK DIHADIRI Hamzah!!!), jawatan itu tidak diberi semula kepada beliau sebaliknya diamanahkan pula kepada Pesuruhjaya sebelum beliau iaitu Hj Mohammad Abdullah.

Dan sekarang, nyata beliau sangat mendambakan jawatan tersebut semula...

Beliau, adalah antara individu yang mengamalkan amalan "character assassination" di dalam PAS!!!

Saya, sejujurnya percaya, para pimpinan PAS Pusat tak mungkin diBODOHkan lagi oleh beliau...

p/s : saya mengenali beliau secara peribadi...

PANTUN SAKIT HATI !!!



Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ke?

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap


Sekian diucapkan. Kepada semua, majulah sukan untuk negara!
>>>>>>>Rosli : CeritaLucu<<<<<<<

p/s : kah kah kah kah kah kah kah !!!

Khamis, 16 Oktober 2008

What A Perfect Definition !!!

Whether Democrat or Republican, Barisan or Pakatan, I think you'll get a kick out of this!

A little boy goes to his dad and asks, 'What is Politics?'

Dad says, ''Well son, let me try to explain it this way:

I am the head of the family, so call me The President
Your mother is the administrator of the money, so we call her the Government
We are here to take care of your needs, so we will call you the People
The nanny, we will consider her the Working Class
And your baby brother, we will call him the Future

Now think about that and see if it makes sense.''

So the little boy goes off to bed thinking about what Dad has said.

Later that night, he hears his baby brother crying, so he gets up to check on him.
He finds that the baby has severely soiled his diaper.
So the little boy goes to his parents' room and finds his mother asleep.
Not wanting to wake her, he goes to the nanny's room.
Finding the door locked, he peeks in the keyhole and sees his father in bed with the nanny.

He gives up and goes back to bed.

The next morning, the little boy says to his father,
''Dad, I think I understand the concept of politics now.''

The father says,
''Good, son, tell me in your own words what you think politics is all about.''

The little boy replies,

''The President is screwing the Working Class while the Government is sound asleep. The People are being ignored and the Future is in deep shit''

p/s : what a perfect definition !!! hahah!

PEMILIHAN!!! Bukan Pilihanraya!!! ; Malaysiakini

Malaysiakini dipetik melaporkan :

"Pilihanraya kampus kali ini menjadi tumpuan ramai yang ingin melihat sama ada 'tsunami' turut melanda politik kampus selepas pilihanraya umum Mac lalu yang memberi kemenangan besar kepada pembangkang..."
(baca selanjutnya di SINI)

Sejujurnya dari lubuk hati saya, TIDAK sekelumit harapan pun yang timbul, TIDAK sebanyak mana TUMPUAN pun yang dapat dan saya rasa patut diberikan kepadanya.

KENAPA???

Kelebihan akan terus berada di pihak pengurus Pilihanraya tersebut.

Opss!!! Bukan "Pilihanraya"!!! Panggilannya telah ditukar kepada perkataan "PEMILIHAN" oleh Kementerian Pengajian Tinggi tidak lama dahulu.

INGAT! BUKAN Pilihanraya tau, PEMILIHAN!!!

Siapa Pengurus Pemilihan tu? Kalau di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dulu ia dipanggil Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP). Penggunaan istilah SPR pun terhapus sama sekali. Tidak ada lagi SPR, yang tinggal hanya JPMPP!!!

Anggotanya? Pihak pengurusan Universiti yang sebahagian besarnya datang daripada Jabatan Hal-Ehwal Pelajar setiap Universiti tersebut. Yang mana, akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan CALON PILIHAN mereka mencapai kemenangan. Agar selepas itu nanti, SENANG sikit mereka nak buat kerja... Heh!

Dulu... Kini... Dan Selamanya...

p/s : dalam masa terdekat, entri saya akan mungkin lebih terarah kepada isu PEMILIHAN ini... Itupun, kalau ia dapat mencuri TUMPUAN seperti kata Malaysiakini... ;)

Soal SIAPA Pengganti Anwar Lebih KRITIKAL !!!

Teringin membawa anda kepada sebuah persoalan yang agak rumit pada hemat saya. Sangat rumit kerana setakat ini tiada sesiapa yang berani serta mampu memberi jawapan kepadanya. Terutama di pihak KEM Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP).

Sebelum ini, desas-desus serta persoalan mengenai SIAPA BAKAL MENJADI pengganti kepada Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz kedengaran dan sangat hangat diperbincangkan di sana sini. Perkara ini digambarkan sebagai kritikal oleh para penyokong serta pendukung perjuangan PAS. Sehinggakan, para pimpinan tertinggi parti itu sendiri seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada menjawab hatta memikirkan tentang perkara itu sekalipun!

Persoalan ini pernah ditanyakan sendiri kepada TGNA, empunya badan. Dan jawapannya masih kekal MISTERI sehingga ke hari ini.

Sehinggalah ada yang menyatakan bahawa, selepas TGNA, PAS akan melalui fasa yang agak getir. Lihat saja pada perkembangan semasa, semua orang masih SANGAT tertumpu serta tertunggu-tunggu kepada ulasan dan pandangan TGNA dalam semua hal berkaitan, dan apa saja yang keluar daripada mulut beliau akan dijadikan rujukan serta panduan yang akan membawa kepada keputusan-keputusan malahan PERSEPSI umum kepada pendirian parti itu sendiri.

Begitulah KRITIKALnya persoalan tentang SIAPA BAKAL PENGGANTI beliau.

Namun di sini, saya ingin melontarkan satu persoalan lagi, yang mana pada pandangan saya, JAUH LEBIH KRITIKAL berbanding persoalan SIAPA BAKAL PENGGANTI TGNA.

Ia adalah SIAPA BAKAL MENJADI PENGGANTI KEPADA ANWAR???

Siapakah yang dapat merangkul para Pimpinan PAS di tangan kanannya dan para Pimpinan DAP di tangan kirinya???

Siapakah yang dapat menjadi JAMBATAN PENGHUBUNG yang menghubungkan 2 IDEOLOGI yang sangat berbeza itu???

Dan seterusnya, siapakah bakal pengganti Anwar yang dapat meneruskan cita-cita serta perjuangan harapan rakyat Malaysia???

Adakah pemergian Anwar itu nanti turut memaknakan suatu PENGAKHIRAN kepada HARAPAN rakyat yang sudah bercambah sekian lama ini???

SIAPA???

p/s : mungkin ada beberapa calon... tapi benarkah mereka mampu...???

Rabu, 15 Oktober 2008

Relaxation Story ...

Bacelah Korang... :

Kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

dipetik daripada : CeritaLucu

p/s : moral of the story... ??? hehehe!

Ni Lagi Satu Bengong !!!

Merujuk kepada Ucapan Dasar Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), bersempena Perhimpunan Agung ke-12 Parti itu :-

"...adalah juga menjadi hak rakyat Malaysia untuk kembali kepada agama sebelumnya jika ia hendak berbuat demikian dan tidak ada undang-undang atau sesiapa yang boleh berdiri antara seseorang itu dengan Tuhannya..."

Selain itu, beliau juga mempertikai mengenai bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terutama bagi mereka yang memeluk Islam apabila berkahwin dengan pasangan muslim.

"Apabila berlaku perceraian pada perkahwinan tersebut, pasangan yang bertukar agama itu dan kemudian ingin kembali ke agama asalnya sudah tidak lagi boleh berbuat demikian. Pendapat saya ialah perkahwinan seperti ini, dalam mana penceraian berlaku, ia haruslah berakhir di mana ia bermula"

Ulasan Saya
Ni lagi sorang yang agak kurang pengetahuan tapi buat-buat tahu... Bagi saya, ini tidak lain dan tidak bukan, ialah suatu cubaan yang diambil oleh UPKO (atau Bernard) untuk mencuri perhatian umum dalam kesempatan atas situasi BN yang semakin tersepit.

Pendek kata, beliau cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan...

Malas nak respon pada ucapan dasar beliau yang isinya agak ketinggalan itu...

Saya percaya, rakan saya Aboo & Lady Dark telah sedaya-upaya menerangkannya dalam bahasa serta ayat mudah dalam entri mereka pada beberapa bulan yang lepas. Ambillah sedikit masa untuk membaca penerangan mereka.

Bila Si Agama X Cakap Pasal Agama Y

Bernard ni malas bukak internet ni, tu la pasal....

p/s : macam mana lah si Bernard ni boleh jadi menteri... adeih!

Black Pearl VS Flying Dutchman ; UMNO VERSION!!!

THE BLACK PEARL


versus



THE FLYING DUTCHMAN


Penerangan Watak



Nakhoda The Black Pearl yang agak terkebelakang prestasinya berbanding Nakhoda The Flying Dutchman :

Kapten KJ The Penyamun!






Nakhoda The Flying Dutchman yang setakat ini mendahului :

Kapten Mukhriz The 'Upau'!






Yang ni, kapal dia dah karam...

Sedang Mencari SAMPAN @ Tongkang...

Menyemak jer...





p/s : jangan marah haa... hik hik!

Rakyat Pun PENDEK AKAL, PEMIMPIN ???

Topik peralihan kuasa kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat kembali menerjah telinga serta otak para peminatnya. Ia dilihat seakan-akan dongengan ataupun sebuah mitos oleh ramai orang yang berfikir ikut suka hati tanpa penjanaan fakta serta RASIONAL KEMUNCULAN dan dakwaan kepada perkara tersebut.

Suatu detik yang lalu, Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) dilihat sebagai telah membuat satu KEJUTAN yang AMAT BESAR dengan kejayaan menawan 5 buah negeri serta hampir keseluruhan kawasan Parlimen sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (suatu yang sangat di luar jangkaan).

Para pimpinan Pakatan Rakyat diangkat ke satu tahap yang tinggi setanding dengan para pimpinan Barisan Nasional dan tokoh-tokoh Negarawan lainnya. Malah, terdapat di kalangan mereka yang berjaya mencuri populariti melebihi populariti parti lawan mereka (Barisan Nasional).

Namun, selepas kegagalan merealisasikan Episod Pengambilalihan Kerajaan Persekutuan pada 16 September yang lepas (lebih dikenali sebagai PELAN 916), populariti mereka menurun dan jelas bahawa RAKYAT telah menghukum mereka dengan menuduh mereka PENIPU atas sebuah PELAN (dengan kata lain, Perancangan) yang gagal direalisasikan tepat pada masa yang dijanjikan.

Pola pemikiran Rakyat adalah seperti berikut :-

1. Apa yang dikata harus DIKOTA
2. Jangan berjanji kalau tak dapat menunaikannya
3. Omongan yang jelas KOSONG dan tidak berisi adalah SAMPAH
4. Jangan suka MENIPU!!!


Ulasan Saya :
Rakyat pun PENDEK AKAL, PEMIMPIN cuma dapat PANJANG SEDIKIT laa (lebih sedikit daripada kePENDEKan akal rakyat)...

Kenapa saya cakap macam tu ??? Lu Fikirlah Sendiri...

p/s : as for me, my personal thought, saya PERCAYA, dan masih menunggu... Saya tak rasa pimpinan Pakatan Rakyat SEBODOH itu... Kalau mereka BODOH, tak mungkin mereka beroleh kejayaan BESAR dalam PRU 12 yang lepas... Tak mungkin mereka sengaja menggali KUBUR untuk karier POLITIK mereka...

Isnin, 13 Oktober 2008

Teori RAHMAM : Malaysiakini

Mengikut teori R.A.H.M.A.N. (yang sedang dikaji pengasasnya oleh Malaysiakini di SINI) :-

R untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
A untuk Tun Abdul Razak
H untuk Tun Hussien Onn
M untuk Tun Mahathir Mohamad
A untuk Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
N untuk Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Nota : Bahagian "N" tu belum dapat disahkan sepenuhnya (masih berstatus KONON)

Secara terbuka di sini, saya ingin menyatakan pendirian TIDAK SETUJU dengan spekulasi teori yang tersebut di atas!

"R" untuk Tunku Abdul Rahman mungkin boleh diterima (walaupun "R" itu diambil BUKAN daripada huruf pertama nama beliau) kerana memandangkan nama "RAHMAN" itu sendiri adalah nama beliau.

"A" untuk Tun Abdul Razak juga boleh diterima kerana "A" adalah awalan kepada nama penuh beliau.

"H" untuk Tun Hussien Onn juga boleh diterima kerana "H" juga adalah awalan kepada nama penuh Tun Hussien.

Begitu juga halnya dengan penerimaan ke atas "M" dan "A" yang juga BETUL adalah awalan kepada nama Tun Mahathir dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun untuk menerima "N" sebagai pelengkap kepada teori itu dan ianya datang daripada Najib, TIDAK SEKALI-KALI!!! Ini kerana "N" BUKAN awalan kepada nama penuh Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak! Awalan nama beliau adalah "M".

Justeru, dengan menerima Najib sebagai pelengkap kepada teori RAHMAN, bukanlah melengkap teori RAHMAN, sebaliknya merosak teori tersebut sambil menukarnya kepada RAHMAM.

Dengan ini, saya mengumumkan, bahawa saya tidak ingin ber-perdana menteri-kan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Full stop.
Titik.
Noktah.

p/s : apa daa... heh!

Angelina Jolie SUKA Obama !!!


(perhatian : saya mengambil keputusan untuk HANYA menyiarkan gambar MUKA beliau SAHAJA kerana gambar-gambar yang lain agak janggal untuk dilihat oleh kanak2)
hehehe!


Harian Metro melaporkan perihal temubual yang dibuat bersama pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie oleh majalah Vanity Fair (edisi Jerman), tentang pendapat aktress tersebut tentang Pilihanraya Presiden yang bakal berlaku November depan.

Dalam temubual tersebut, Jolie ada menyebut bahawa beliau lebih suka sekiranya Obama yang menang, atas faktor Obama (KONONNYA) berjuang untuk keadilan antarabangsa, penutupan Kem Teluk Guantanamo, dan memerangi sebarang bentuk genosid.

Saya nak ulang lagi...KONONNYA...

Namun yang demikian, Jolie mengakhiri temubual tersebut dengan ayat, "Bagaimanapun, ia bukanlah satu alasan kukuh untuk saya mengundinya..."

NOTA : Ayah Jolie, Jon Voight adalah anggota kempen calon Parti Republikan

p/s : kalau saya cukup dana untuk kempen kat sana, mesti Angelina Jolie akan cakap dia suke kalau saya yang menang...

UTUSAN : Malukan Adham Baba


Merujuk kepada berita yang dikeluarkan (kenyataan bergambar) dalam Utusan Malaysia (cetak) muka surat 13, di bawah tajuk "Kemeriahan Aidilfitri" yang antara lain menyebut, :-

5. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba menyerahkan duit raya kepada seorang anak yatim di Kampung Batu 4, Kota Tinggi, Johor, semalam.


Saya takde masalah dengan kemurahan hati beliau serta kewibawaan kepimpinan yang ada padanya, tetapi saya nak ingatkan Utusan Malaysia, bahawa mereka telah silap dalam menulis jawatan beliau tersebut.

Soalan saye :
Jawatan S/U Parlimen masih wujud ke?
Bukan dah dimansuhkan ke?
Ataupun saye yang ketinggalan zaman?
Ke...Utusan ni yang tengah bengong?


p/s : inginkan kepastian... mungkinkah ada misteri di sebaliknya??? mansuh kah sudah atau retorik semata???

Respon Atas Pengumuman Aturan Mesyuarat DEBAT RAKYAT

Berikut ialah Aturan Mesyuarat Debat Rakyat:

1. Speaker akan memberikan tajuk untuk dibahaskan. Untuk itu, Speaker ingin menunggu perkara yang dibahaskan di Dewan Rakyat dulu. Wakil rakyat selalu kata mereka mewakili suara rakyat. Betul ker? Cuba bandingkan suara mereka dengan suara kita di Debat Rakyat. Sama tak?

2. Para YB boleh membahaskan tajuk ini di blog masing-masing atau dengan meninggalkan komen di bahagian komen di bawah.

3. Speaker akan mengutip semua pandangan itu dan menyiarkan di sini untuk bacaan semua orang.

4. Berdasarkan pandangan para YB, Speaker akan membuat poll untuk membolehkan kita mengundi.

Setuju? Ada komen mengenai aturan ini? Ada bantahan?


Dari Meja YB Laxmana :
Saya bersetuju dengan aturan mesyuarat nombor 2, 3, dan 4. Berkenaan nombor 1, mungkin perlu buat sedikit pindaan. Mohon perhatian Tuan Yang Dipertua Speaker. Saya merasakan bahawa apa yang dinyatakan di situ adalah betul dan patut, cuma PERLU DITAMBAH dengan MANA-MANA TAJUK YANG TIDAK MENDAPAT PERHATIAN Dewan Rakyat. Maksudnya, kita akan berdebat berkenaan tajuk yang sama yang dibahaskan di Dewan Rakyat, SERTA tajuk yang TERLEPAS PANDANG oleh Dewan Rakyat. Pandangan saya.

MOHON MENCADANG

p/s : jom...

Ahad, 12 Oktober 2008

OBAMA Akan Menang : Ramalan Ahli Nujum Negara


Mengikut perkiraan saya, Barrack Obama akan menang dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang dijadualkan pada 4hb November depan.

Kecenderungan manusia di saat dan ketika ini dilihat sebagai salah satu faktornya. Maksud saya, manusia zaman ini lebih cenderung kepada sesuatu yang baru, lain daripada yang lain, serta perkara-perkara yang di "LUAR DARIPADA KEBIASAAN". Bukan "LUAR BIASA"! Tapi "LUAR DARIPADA KEBIASAAN".

And all that interests will makes Obama win THE RACE against McCain and his fellow Republicans.

NOTA :
Ada sesiapa yang tidak bersetuju? Saya dengan rasminya membuka topik ini untuk diperbincangkan.


p/s : dalam poll di laman ini pun Obama menang... McCain? Dengan gua pun kalah! Tengok atas tuh! ;)

Jumaat, 10 Oktober 2008

TRAGEDI CINTA TIGA SEGI !!!

NOTA :
Pernahkah anda mendengar kisah ini?
Kisah kedukaan seorang LELAKI yang cuma seminggu berkahwin dengan wanita pilihannya, terpaksa akur terhadap kehendak wanita itu untuk memutuskan hubungan dan kembali kepada teman lelaki sebelumnya.
Atas pemikiran pendek, LELAKI tersebut telah MENAMATKAN riwayat kedua-dua mereka (wanita itu dan kekasih lamanya).
LELAKI tersebut menyerah diri dan MEMOHON hukuman gantung dijatuhkan ke atasnya. Sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman, LELAKI tersebut telah memohon untuk memanggil KAWAN-KAWANnya untuk merekodkan nyanyian tulus dari hatinya...


Trilogi Cinta

Bertahun Sudah Ku Menunggu Dirimu
Akhirnya Kau Menjadi Milikku
Susahnya Untukku Melupakanmu
Kerna Kau Kucintai Selalu

Tapi Sayang...
Kehadiran Kekasih Lamamu
Datang Kembali Mengenang Cinta Dahulu

Mengapa Ini Semua Harus Berlaku
Apakah Ini Semua Kerna Diriku
Sedangkan Aku Punya Watak
Dalam Percintaan...
Tak Sanggup... Aku Melepaskanmu...

Kau Ibarat Terperangkap Di Tengah Lautan
Tak Tahu Mana Arah Untuk Kau Menuju

Andai Kau Pinta Untuk Ku Melepaskanmu
Terpaksa Aku Turutkan
Mungkinkah Ini Suatu Pengajaran
Di Dalam Percintaan....

Dengarkanlah...

Rakaman Asal


Rakaman Semula


Dikomersialkan


dedicated to : my brother, ABANG kandung, he loves this song very much!

Pesan buat SEMUA @ Moral Of The Story...
Cintailah Sesuatu itu Sekadar Sahaja...
Berkemungkinan ia akan menjadi Kebencianmu pada suatu ketika...
Bencilah yang engkau Benci itu Sekadar Sahaja...
Berkemungkinan ia akan menjadi Kecintaanmu suatu ketika...

p/s : ape komen korang ???

Ustaz Azizan Kekal MB Sepenggal Lagi ??? Malaysiakini

Hari ini saya ingin bercerita. Bukan mengenai isu-isu yang hangat diperkatakan sekarang ini, bukan mengenai Persaraan Mufti Perlis, bukan juga mengenai perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO, juga bukan mengenai pertembungan terbuka antara Khairy dan Mukhriz dalam perebutan kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, bukan tentang Khir Toyo dan Zahidi Zainul Abidin yang semakin terpinggir dan kesepian, bukan mengenai pelancaran Kapal Di Raja Tun Razak, bukan mengenai Muhyiddin Yasin Ali Rustam Muhamad Muhd Taib, bukan mengenai pelan DSAI serta Pakatan Rakyat dalam mengambil-alih kerajaan Persekutuan, bukan mengenai EKONOMI, harga minyak, bukan mengenai pertembungan Kapitalisme dan Sosialisme, juga bukan mengenai Sarah Palin bersaudara dengan President Roosevelt dan Princess Diana, atau kaitan persaudaraan Obama dengan calon Vice President-nya.

Bukan berkenaan Percutian Debat Rakyat...
Bukan berkenaan Ulang Tahun Kelahiran ABOO... (hepi bezday bro)
Bukan berkenaan DAUS yang buzy tak hapdet blog dier...
Bukan berkenaan laman AFLAH yang sarat dan lame nak loading page...
Bukan berkenaan FIRAZZURRI on the road to be a Millionaire...
Bukan berkenaan Perfectwater dan CabaiPadi...
Bukan berkenaan Upin & Ipin...
Bukan berkenaan Uzumaki Naruto...
Bukan berkenaan perselisihan faham...
Bukan berkenaan member-member maya yang baru... Dan lama...

DAN bukan berkenaan soal HATI & PERASAAN... CINTA...

Juga bukan mengenai hal-hal yang tak berkaitan!

Cerita ini sebenarnya terjadi sewaktu cuti Aidilfitri yang lepas...

Sedang bersembang dengan abang ipar saya (orang Kedah - Kampung Bukit)... Saya panggil dia Abang MAN.

Abang Man ni adalah penyokong TEGAR UMNO, tak pernah dan tak akan mengundi PEMBANGKANG! Bagi abang Man, sekiranya terdapat masalah dalam kepimpinan UMNO pun, perkara tersebut wajar diperbetulkan dari dalam...

Pernah sekali saya bergurau dengan beliau tentang KETEGARAN beliau tu, yang saya dapat hanya lah ceramah yang panjang dan senarai sebab-sebab kenapa beliau tidak pernah dan tidak akan pernah beralih kepada PEMBANGKANG! (senarai tu, lain masa saya cerita k)...

So, nak dipendekkan cerita, kitorang sempat beraya bersama hari tu. Dalam kesempatan yang ada, saya bukak topik politik la, topik kegemaran kami, heheh!

"Amacam Kedah bang? Ok?", saya memulakan.

"Ok, setakat ni tak dak yang tak ok lah, kontroversi kughang", jawabnya.

"MB baru tuh, amacam?"

"Ni abang nak cerita skit ni... Abang rasa lah, 'ORANG TUA' tuh akan kekal lagi jadi MB penggal akan datang... Ramai yang cakap macam tuh... 'DIA' ni tak macam yang lain, 'DIA' agak bijak dan pandai... Ramai dah orang UMNO mula suka kat 'DIA'... 'DIA' tak penah beza-bezakan rakyat Kedah dalam kepimpinan 'DIA'... Semua sama... Memang 'DIA' bijak ah... Susah nak ambik alih semula... Kes balak hari tu, orang Kedah tak bising pun, sebab diorang faham, yang bising tu orang yang tak tau hujung pangkal la tu... Memang 'DIA' ni pandai dan kurang kontroversi..."

"Owh... Ye ker? Bagus lah kalau camtu kan? So, abang dah tukar fikiran ke? Undi 'DIA' tu ka next election? Hehehe..."

"Hish, dok aih... Abang tetap undi lama... Undi kan rahsia... Hahaha!", dia gelak plak...

Begitulah lebih kurang perbualan antara saya dan Abang Man...

Ustaz Azizan akan kekal ke? Apa rahsia di sebalik kecerdikan kepimpinan beliau ye? KJ tak nak belajar ke? Heheh!

WaLlahualam... Yang pastinya, beliau adalah anak didik Allahyarham Ustaz Fadhil Noor...


p/s : hampeh btol Abang Ipar gua nih, pengundi TEGAR UMNO tuh! Hahahha!

Khamis, 9 Oktober 2008

Siapa "Rrama" Dalam Cicakman 2 ???

Saya suka filem Cicakman... Tahniah buat KRU! Cicakman 2 dijadualkan akan menggegar pawagam pada 11 Disember depan... Tengok tau! Jangan tak tengok! Heh! (sepatutnye KRU bayar atas kerelaan hatiku mempromosikan filem nih! Hahaha!)

Cuma, SIAPA "RRAMA" ???

Cuba tengok gambar bawah ni...




- Rrama -
(kalau sekali pandang, dalam trailer Cicakman 2 tu, macam Angelina Jolie pun ade... hik hik!)

Nama Glamournya ialah Tamara Bleszynski.
Berikut merupakan Biodata Ringkas GADIS MISTERI ini :-

Nama : Tamara Bleszynski binti Zbignew Bleszinski
Nama Panjang : Tamara Natalia Christina Mayawati Bleszynski
Tarikh Lahir : 25 Disember 1974
Tempat Lahir : Bandung, Indonesia
Bangsa : Kacukan Poland dan Sunda
Status : JANDA (jeng jeng jeng...)
Nikah : Tahun 1997
Cerai : Tahun 2007
Karier : Pelakon dan Model (Letup!)



- Cicakman -
(hah! Yang ni komfem APEK Saiful - bukan Saiful Bukhari Azlan tau!)


The Trailer : Cicakman 2 ; Planet Hitam




Cicakman 2 SYNOPSIS

The evil Professor Klon is back... This time not only to overthrow the government and become the President of Metrofulus, but also to control the world's supply of fresh water through his ingenious plan, "Black Water". When our blue planet has only 72 hours before turning black, Cicakman comes to the rescue. But much to his surprise, he faces his old enemies, Ginger Boys who return even more powerful in a spiritual form... as Ginger Ghosts. In addition he is now faced with Professor Klon's hired assassin, RRAMA, an assassin who derives pleasure in killing as if it were a pure art form. As the situation starts taking a downward spiral, EVEN A SUPERHERO NEEDS HELP. And much to his surprise, help appears in the most unexpected forms, including Danny his demised best friend, a powerful feng shui master and an unlikely party. Apart from his heavy responsibilities to save the world, he also has his own personal dilemmas to address... that is Hairi vs Cicakman. He has to resolve his personal feelings towards Tania, who is seeking the true identity of Cicakman and he also has to choose whether to sacrifice his own life or save Iman (Danny's blind sister).


p/s : tak sabar nunggu eh...

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU