Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 1 Ogos 2008

Prime Minister In Waiting...


Pada saya, keputusan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) memilih Permatang Pauh sebagai jambatan ke Parlimen adalah satu keputusan yang sangat bijak dan bertanggungjawab! Syabas Dato' Seri! Menambah satu lagi sebab mengapa rakyat harus memilihnya sebagai peneraju utama kerajaan Malaysia sebagai Perdana Menteri Yang Ketujuh! Oops... Keenam! Sori... ;)

Akhir-akhir ini para penyokong dan pendokong DSAI bagaikan kelemasan dek isu-isu negatif yang melanda peribadi pemimpin idola mereka ini, namun DSAI sekali lagi dengan bijaknya, memberikan perkara baru untuk dibanggai sekaligus menjadi senjata AMPUH untuk menangkis cas-cas negatif yang menyelubungi beliau.

Kata KJ, "Anwar tak yakin boleh menang di Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baharu, sebab tu dia nak balik Permatang Pauh! Kenape dia tak nak tunaikan janji dengan orang-orang Kulim untuk jadi wakil rakyat mereka?". Hmm, nampaknya KJ ni dah tukar profesion jadi pengintip @ penyiasat persendirian. Teruja dengan si Bala kut. Mesti KJ hadir di setiap ceramah DSAI di seluruh negara, kalau tidak masakan dia tahu dan maklum berkenaan janji DSAI kepada orang-orang Kulim. Kan? Hehehe! Mungkin KJ tak nak ketinggalan sebarang isu yang dibawa oleh DSAI, sebab bila DSAI 'naik' nanti, KJ nak cuba-cuba 'langgar kereta YB Nurul Izzah' pulak...

Jawapan untuk KJ, "Hang takde kojo lain ke KJ? Asyik nak langgar kete orang je... And for your information, keputusan DSAI tu setelah mengambil kira perkara keseluruhannya, bukan macam hang time hang buat keputusan, asyik pikir duit jer... Alaaaahai KJ, pegi sambung belaja kat Al-Azhar pulak la, Oxford tak cukup... Hahaha!". Dialog tu, saya yang kata.

Kata Tun Mahathir, "Bagi saya, ini tidak lebih daripada menggambarkan kasih sayang seorang isteri terhadap suami tercinta. Saya yakin dan percaya, Tun Dr Siti Hasmah pun akan buat perkara yang sama kepada saya sekiranya beliau berada di tempat Azizah". Hmm, ternyata Tun jauh lebih memahami sepak terajang politik bersulamkan kehidupan berbanding KJ. Sekali lagi, alaaaahai KJ...

Jawapan untuk Tun M, "Saye setuju sangat dengan pandangan Tun, as always, you looks at things wisely from every different of corner, except Islamic view of course, which is that is so you! Hopefully, kebijaksanaan Tun itu dapat saya warisi dan ditambah pula dengan Islamic view yang tercicir itu. Terima kasih atas pandangan Tun. Mudah-mudahan Tun dirahmati Allah. KJ! Hang datang berguru dengan Tun M ni dulu, perkenalkan diri hang, Tun M tak kenal hang! Dan lagi satu, nak berguru, tak yah bawak pulut kuning ke ayam putih ke, syirik tuh! Hang dengaq tak aku cakap nih?".

Menyentuh pula tentang Datuk Seri Dr Wan Azizah, I don't know about others, but at least, I respect you. Kasih sayang seorang yang bergelar 'isteri', umpama ungkapan keramat bagi mereka yang bergelar 'suami'. Tahniah buat Datuk Seri!

Kenapa saya menyifatkan keputusan DSAI sebagai bijak dan bertanggungjawab???

Keputusan tersebut bagi saya adalah keputusan terbaik yang paling waras yang telah diambil oleh DSAI dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini! Which is THAT IS SO TRUE! Mengambil keputusan untuk bertanding di Bandar Tun Razak dan Kulim akan sekaligus menidakkan hak para penyandangnya yang mana ia akan dilihat dari bermacam sudut. DSAI akan dikatakan pentingkan diri sendiri la, para ahli PKR pula akan dikatakan terlalu taksub la dan bermacam-macam lagi, tak berbaloi!

Apapun, saya masih lagi terbuka kepada mana-mana pandangan para sahabat, serta sesiapa pun yang sudi singgah sebentar di laman ini, yang mana yang mempunyai pandangan berbeza daripada saya. Sila tinggalkan komen anda dan dengan rasminya, saya membuka topik ini untuk dibincangkan. Terima kasih.

Sama ada Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan persekutuan pada September ini ataupun tidak, kita serahkan perancangan serta perlaksanaannya kepada mereka yang pakar. Mungkin keputusan kembali ke kerusi Permatang Pauh itu adalah satu daripada tanda-tanda awal... WaLlahualam...

Kepada DSAI, syabas dan tahniah atas keputusan yang tersebut!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada nilai 'ketajaman' dan 'keaslian' dalam komentar saudara. Teruskan mengasah TAJImu dik.... Banyak guna tu nanti.

Daus berkata...

semakin solid brader..cayalah!

Shams Ali berkata...

salam.penulisan yang santai..tapi sgt menyentuh ahti.. i almost cry for the truth tht u try to present here..anywhere keep it up bro...
from me ur sis : shams-dmpp

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum