Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Rabu, 27 Ogos 2008

Bacalah...

Berikut komen-komen terpilih yang ditinggalkan buat tatapan semua di beberapa blog yang sempat saya layari... Bacelah korang ;)

Suasana menjadi senyap-sunyi. Tiada suara-suara sumbang kedengaran sedari jam 8 malam tadi. Entah apahal aku pun tak tahu. Biasanya kedengaran orang bersumpah tika-tika begini. Aduh terasa sungguh sunyi apa gerangan. Dilanda garudakah tanah air ku ini? Rupa-rupanya ada kematian di utara tanah air. Bau kapur barus menusuk hidungku hinggakan pudar bau taik hidungku. Semakin lama semakin busuk. Detik hatiku ini bukan bau kapur barus. Ini bau bangkai ni. Semakin lama semakin busuk. Aku dah tak tahan. Aku pun buat post mortem. Nak tengok ?
(by biaqpila kat blog kerajaan rakyat)

i’m also want to alert anwar on becoming days as ahli parlimen..
Please..
1.jgn salam dengan perempuan
2.pastikan semua penyokong pkr beragama islam menunaikan solat 5 waktu..
3.lakukan sujud syukur & pastikan semua yg terlibat melakukan sujud ni tanda mensyukuri nikmat yg Allah berikan..tanpa izinNya, kita x akan berjaya seperti ini..
this is most basic thing that i wish u’ll be implement..
harap2 msg ni smpai kt dia..tlg ek kerajaan rakyat..
(by penyokongpaklah kat blog kerajaan rakyat)

aku seperti bermimpi malam tadi…. aku pun terkejut.. (opocot hehehehe)… Rupa-rupanya ini bukan coobaaan…. ini betul2…. aku senyum… aku sengih… aku tepon pak menakan kat seberang jaya… aku cakap… ALHAMDULILLAH pengundi2 sekarang lebih bijak… lebih celik…
lebih segala2nya… kekalahan puak2 BN@umNO kerana pemikiran mereka masih di takuk lama yang hanya bijak memanipulasi mediamasa dan wang rakyat serta omongan2 fitnah, serangan peribadi itu saja lah modal mereka setelah begitu lama Puak2 BN memerintah Malaysia… mereka jadi bebal dan bendul untuk mencari isu2 yg boleh menyenangkan rakyat… akhirnya memakan diri sendiri… mereka sombong untuk meminta dengan Allah malah kata2 mereka begitu bongkak dan takbur.. (sambil aku mengaru kepala yg bakal dibotakan ni sebab nazar DSAI menang)… apa2 pun sama2 lah kita berdoa agar tarikh 16 Sept 2008 Kerajaan Rakyat dapat memerintah Malaysia dengan aman dan selamat
Takbir!!!!
Takbir!!!!
Takbir!!!!
Allahuakbar…………….
(by pak mael kat blog kerajaan rakyat jugak)

hari ini aku tau kenapa aku kena cintakan MALAYSIA.
-ucapan TERIMA KASIH dan selamat malam dari jerman.
(by 'anon' kat blog tukartiub isham)

Salam.. Terima Kasih banyak buat anda kerana telah bersusah payah demi untuk malaysia baru. Bagi warga muda,kami sebenarnya dahagakan pembaharuan dan keadilan buat malaysia tercinta.. kerna telah sekian lama telah hidup dalam tekanan.. Bagi saya,Susahnya hidup menjadi anak muda dimalaysia.. Ini adalah satu harapan baru bagi kami anak muda meyambung WARISAN. Bagilah ruang untuk harapan Malaysia Baru... Selamat..Takbir!!
(by amanlegend kat blog tukartiub isham)

Salam MSO,
Komen yang sangat baik dan bersahaja, tersirat pesanan yang berat untuk DSAI galas.
Sebagai rakyat Malaysia saya benar-benar berharap, kira 16 September atau selepasnya menjadi kenyataan DSAI melaksanakan misi dan visinya dengan penuh tanggungjawab,berintegriti,adil dan penuh takwa kepada Allah.DSAI diyakini telah 'menyamak najis' di tubuh dan seluruh pakaian semasa dalam BN dahulu dan kini DSAI merupakan insan bersih yang akan memulakan perjuangan baru.
Semoga kemenangan DSAI akan menambahkan lagi ketakwaannya dan dapat memikul amanah Allah sebagai muslim mukmin.
Tahniah buat DSAI,Dr.Azizah dan seluruh petugas PR serta pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab.
(by afja02 kat blog mso melayu)

sin...agak2 ko la bila SPR nak buat by-election kepala batas sin?
hehehe aku rasa cam nak buat kenduri je masa by-election kepala batas tu
(by 'anon' kat blog husin lempoyang)
Tak kira lah Pak lah ke, KJ ke..yang sebenarnya UMNO dan BN masih merasakan ini semua hanyalah mimpi ngeri..masih tak sedar diri...
Kepada pemimpin UMNO dan BN, inilah akibatnya apabila orang yang berkebolehan dan bijak pandai dan boleh ditunjuk ajar utk counter pembangkang atau Anwar dalam parti tidak diberi peluang, dan dicantas awal2 lagi. Tinggallah tukun2 lama yang syok sendiri dan mengkayakan diri sendiri.
Akhirnya, orang yang bijak mengambil kesempatan macam Anwar mendapat habuannya.
(by ex-anon pun dari blog husin lempoyang)

Tahniah kepada reformasi bloggers yang telah banyak menghabiskan masa, keringat dan wang demi mencari keadilan sejagat yang telah lama diperkotak katik oleh pemimpin pemimpin durjana.
(by bomoh din kat blog NurAflah)

kepada BRO ANWAR IBRAHIM....TAHNIAH KEPADA SAUDARA...permintaan satu saja eratkan kembali rakyat malaysia..
kpd SDR ARIF SHAH....sdra telah melakukan yang terbaik... permintaan saya....teruskan usaha saudara dengan semangat baru...masih ada lagi yang memerlukan khidmat saudara.
kpd Tuan Presiden AKIM....syabas atas niat ingin berkhidmat pada masyarakat....teruskan usaha tuan...tidak di pilih bukan bererti mereka tak menyanjungi tuan...belum tiba masa nya.
kepada semua pengundi dan rakyat malaysia....anda tahu siapa yang anda mahu. apa dasar terima dengan hati terbuka....jika ada dasar atau perkara tak menyebelahi anda...jgn marah peminpin.
imbas kembali kepada saat anda mengguris pensil atas kertas undi.
NO REGRET.
AND DONT REGRET.
(by 'anon' kat blog NurAflah jugak)

................................................................................dan macam-macam lagi....kalau nak tau, jom g usha sendiri blog-blog yang ade link kat ruang kanan blog saya nih...tuuuu yang "komuniti maya gua" & "populasi maya gua" tuuuuuuuuuuu....hehehe!

p/s : entri ini sebenarnya adalah bertujuan nak suruh korang banyakkan membaca tulisan kat blog-blog yang ditulis oleh para penulis blog yang sedang berkeliaran di alam maya ini. hihihi! ;)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

politik di malaysia dah tenat...so dorg terpaksa mempertaruhkan segala2nya demi mengubah keadaan yang sedia ada ni...

walaupun kita sendiri tak tau apa sebenarnya yang berlegar2 di kepala DSAI sekarang...

cuma yang mampu kita harapkan perubahan yang bakal dibawa beliau adalah perubahan yang menguntungkan agama,bangsa dan negara kita yang tercinta!

LILLAHI TA'ALA...=)

~gizmo~

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum