Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Selasa, 19 Ogos 2008

Hanafi - Presiden AKIM - Ada Iras Al-Arqam...???

Calon harapan AKIM

Barisan calon pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh

Siapa insan ini...??? Pelbagai ceritera serta cakap-cakap kita dengar ataupun baca sejurus selepas sesi Penamaan Calon yang diadakan pada 16 haribulan yang lalu. Antara cerita-cerita tersebut berkemungkinan ada yang betul, ada yang ditokok tambah dan dibesar-besarkan, serta tak kurang pula yang berunsur fitnah.

Namun sehingga artikel ini ditulis, ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya insan ini yang masih belum dilihat muncul di khalayak khususnya di Permatang Pauh sendiri. Harakah Daily melaporkan seperti berikut :-

"Mana dia calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang kalut masuk bertanding sama. Kami nak jemput dia bagi ceramah atau penerangan kenapa dia turut bertanding melawan calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim," demikian reaksi spontan orang kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh yang ingin bersemuka dengan calon berkenaan, Hanafi Hamat.

Artikel selanjutnya boleh dibaca di sini.

Hari ini merupakan hari terakhir tempoh bertenang untuk para calon pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh dan setakat ini belum terdapat tanda-tanda bahawa beliau (Hanafi Hamat-Presiden AKIM) ini ingin menarik diri. Dan ini bermakna, hajat AKIM untuk memberikan para pengundi Permatang Pauh lebih alternatif pengundian akhirnya terlaksana dengan jayanya.

Kalau sebelum ini saya ada menyebutkan bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh ini adalah medan yang bakal menyaksikan perlawanan antara ANAK BUAH dan BAPAK BUAH, hari ini kita menyaksikan sebuah lagi BUAH yang berjaya masuk ke gelanggang iaitu BUAH TANGAN. Soal BUAH TANGAN siapa, waLlahualam...

Sebelum ini saya sempat membaca sebuah SURAT TERBUKA yang diutuskan khas kepada DSAI oleh Ustaz Ashaari Mohamad (a.k.a. Abuya di kalangan para jemaahnya, jemaah al-arqam), yang mana dengan jelas menyelar DSAI yang dikatakan tidak layak bercakap soal keadilan. Ustaz Ashaari juga memperkatakan tentang bagaimana DSAI suatu ketika dulu menzalimi jemaahnya sehingga akhirnya diharamkan, dan kini memperjuangkan keadilan untuk diri sendiri pula, serta beliau menegaskan bahawa DSAI cepat melatah dengan ujian yang diberikan oleh ALLAH kepada beliau, sedangkan menurutnya, seorang pejuang yang sejati tidak pernah melatah. Malah dalam surat tersebut yang juga diberikan salinannya kepada Perdana Menteri, Ustaz Ashaari mencabar DSAI untuk berdepan dengan beliau dan bercakap soal keadilan.

Saya memuatkan perenggan di atas tanpa tujuan apa-apa, cuma ingin menegaskan dan menekankan persoalan, ADAKAH PRESIDEN AKIM INI ADA KENA MENGENA DENGAN USTAZ ASHAARI MOHAMAD SERTA JEMAAH AL-ARQAM...???

WaLlahualam... Sekadar lontaran persoalan...

1. Siapa sebenarnya insan ini?
2. Mengapa baru muncul?
3. Adakah apa-apa hubungan antara insan ini dengan Jemaah Al-Arqam?
4. Siapakah yang berselindung di sebalik kemunculan AKIM ini?

Digembar-gemburkan sebagai pecahan PAS... Harus diingat, Ustaz Ashaari Mohamad suatu ketika dulu pun pernah berada di dalam PAS...

KOMEN ANDA...???

p/s : adakah konspirasi juga wujud dalam pengadilan al-arqam suatu detik yang lalu? samakah keadaannya dengan konspirasi menjatuhkan DSAI ini...???

5 ulasan:

saya nisa berkata...

emm..skali skala nk bagi jgk komeyn dari org yg xtau sgt politik ni bley x?=)

umno spt yg smua org taw,byk pcahan2nya..lg2 akhir2 ni makin x t'cover.pas pun sbnrnya byk pchn2 dlm tu kan..tapi, siapa yg dpt jadikan pcahan2 tu sbagai kelebihan,dan bukan kekurangan...dia la yg paling baik...

betulkan kalo salah=)

Firaz berkata...

salam

Permatang Pauh nampak mantap bro, rasanya hanya keajaiban yang leh buat DSAI kalah, saban hari banyak ceramah2 diadakan, termasuk dari menteri-menteri besar negeri-negeri pakatan rakyat. Kalau tiada aral melintang Sabtu ni Timbalan mursyidul Am, Dato Harun Din turun.

Persepakatan pakatan memang hebat bro, bangga jadi salah seorang dari mereka... ;-)

tropicoloco berkata...

salam bro..aku dah lama survey blog hang..aku baca utk added info pasal politik..masih lagi neutral pada mana2 pihak..

keep it up n come with gud info.. aku post link blog hang dalam blog aku..free to speak n freedom of speech..

P/s aku punya blog berunsur kisah hidup..bukan pasal politik so sila tunjuk ajar..hehehe..

Laxmana berkata...

to qasih :
umno memang sudah lame berpecah, pecahannya, tu PKR tu pecahan umno n pecahan BN la tuh... ;)

to firazzurri :
gua macam x sabar nak dapat cuti ni bro, nak melangkah g sane...gua nak layan suasana pilihanraye tu jugak! gua ni gila pilihanraya bro... kah!kah!kah!

to tropicolo :
gua pun dah add hang dalam komuniti maya gua... td gua jenguk kejap laman hang, best, mandi sungai ;)

Tanpa Nama berkata...

Anwar lah yg menyebabkn Umno n org Melayu bpecah korang tau x?Sape pecat dia klu bkn Tun M ? ( Anwar slh x slh aku xnak komen lar... ).Krn Anwar yg nk membela diri muncullah PKR (serpihan Umno)yg menyebabkn org Melayu bpecah lg..Akibat ppecahan org Melayu maka pd PRU12 ada penyokong yg lari ke Umno dan sebhgn plk lari ke PKR. Tak pyh lah pemimpin Umno nk wat post mortem hilang 2/3 undi..tuu kat atas tu,itulah puncanya selain Melayu pilih parti lain mcm Pas..wallahu alam

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum