Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Isnin, 25 Ogos 2008

Media Arus Perdana vs Media Arus Alternatif

Saya memegang teguh prinsip, "KALAU BETUL MAKA BETULLAH, KALAU SALAH MAKA SALAHLAH, WALAU SIAPA PUN YANG MELAKUKANNYA!!! HATTA YANG BERGELAR ULAMA' MUKTABAR SEKALIPUN!!!".

Selepas Pilihanraya Umum Ke-12 Mac lalu, saya sudah mula tertarik untuk membaca semula media arus perdana khasnya Utusan Malaysia atau Utusan Online, kerana hakikatnya, terdapat pelbagai maklumat yang berguna yang terkandung di dalamnya.

Namun, menjelang hari pembuangan undi Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh esok, media arus perdana ini khasnya Utusan Malaysia sudah kembali kepada rupa bentuk asal yang mana cenderung kepada melaporkan perkara-perkara yang tidak selari dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa, "Saingan Bertukar Rentak * Semakin Ramai Pengundi Atas Pagar Memihak Kepada BN", yang mana terlalu jauh menyimpang dan tidak selari dengan perkara yang sebenarnya berlaku.

Tidak sepatutnya berlaku!

Cuba anda bandingkan segala laporan yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia dan media arus perdana dengan laporan yang dilaporkan oleh media arus alternatif yang lain termasuk para pengendali blog sama ada yang mengendalinya secara persendirian mahupun yang berkumpulan.

Saya telah menyenaraikan serba sedikit laman-laman pembuka hijab pada entri saya yang lalu yang bertajuk "HIJAB SANG PENCINTA". Sila klik dan luangkan masa untuk membacanya. Selebihnya, sila lihat bahagian 'Komuniti Maya Gua' dan 'Populasi Maya Gua'.

Cari-cari Kebenaran! Selamat Membaca!

p/s : tak malukah melaporkan sesuatu yang tidak selari...???

2 ulasan:

Unfiltered-Madness berkata...

Laporan akhbar cina utara mengatakan Anwar akan menang dengan majoriti undi lebih kurang 3000 undi.

Atas pagar ni hanya 9% sahaja mengikut akhbar berkenaan.

Jadi atas pagar tidak memberi kesan utama.

Yang memberi kesan adalah pengundi melayu dari PAS dan PKR sebenarnya.

Firaz berkata...

Salam

Inilah yang aku namakan serangan 'gerila' media arus perdana.. bagi aku... laporan mereka...ntah ape2 ntah... hahaah.. lantak laa.. aku dh betul2 muak baca utusan ni... ;-)

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum