Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Selasa, 26 Ogos 2008

Pilihanraya Kecil Paling Ganas ???




Datuk Seri Syed Hamid Albar dipetik sebagai berkata, "Terdapat 70 laporan polis dibuat sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh, dan 26 daripadanya sedang dalam siasatan", dan beliau menyambung, "dan rata-ratanya adalah laporan ke atas tindak-tanduk para penyokong Pembangkang".

Dan fakta ini membuatkan Utusan Malaysia menyifatkan Pilihanraya Kecil P.44 Permatang Pauh sebagai Pilihanraya Kecil Yang Paling Ganas di Malaysia!

Pilihanraya Kecil ini pada hemat saya sangatlah diperbesar-besarkan TAHAP KEBAHAYAANNYA hinggakan sejumlah besar angkatan bersenjata (para bapak polisi dan bapak FRU) dihantar ke sana atas alasan menjaga keamanan.

Di sini saya ingin menitipkan beberapa pertanyaan kepada mereka yang sehingga ke saat dan detik ini masih berada di bumi Permatang Pauh itu.

Soalan pertama : Adakah para pengundi dan penyokong mana-mana parti di sana telah sedia menggalas senapang patah atau menghunus parang atau apa saja bentuk senjata hatta pisau pemotong sayur sekalipun?

Soalan kedua : Apakah akan ada perang saudara yang akan berlaku di sana?

Soalan ketiga : Apakah tahap keselamatan manusia normal di sana sangat tergugat sehingga memerlukan sebegitu ramai anggota keselamatan bersenjata untuk mengawalnya?

Sekiranya jawapan kepada ketiga-tiga soalan di atas terjawap dengan satu perkataan "TIDAK", maka saya tidak dapat melihat relevannya keputusan menempatkan 'mereka' di sana, walhal 'mereka' sepatutnya lebih diperlukan di tempat lain...

p/s : nonsense!!! depa sume kat mana waktu nurin, sharlinie, serta kanak-kanak senasib mereka ditimpa malapetaka ??? waktu kedai emas kat jalan TAR kena rompak ??? dan banyak lagi waktu-waktu yang sewaktu dengannya ???

5 ulasan:

Tinta Biru berkata...

Salam Saudara,
Kadang-kadang pepatah melayu ada berkata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedara tak duduk di tempat mereka dan tak tahu apa yang mereka buat untuk menyelesaikan isu kanak-kanak hilang. Kalau ada pandangan bagaimana nak bantu menyelesaikan kes budak hilang kenapa tidak salurkan sahaja pandangan saudara kepada mereka? Rakyat yang baik akan sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan bangsa, agama dan negara. Bukan hanya tau menyalahkan orang lain tanpa buat apa-apa tindakan.
Salam.

Unfiltered-Madness berkata...

Mencegah itu lebih baik.

Bukan sahaja penyokong PR malah penyokong BN sekalipun akan bertindak ganas sekiranya berlaku provokasi melampau

awareness berkata...

bukan masalah berat mata memandang berat lagi bahu memikul, kalau dah polis sendiri yang korup ikut je apa yang bos korup cakap memang tak kemana...tintabiru, bro cuba pikir la, apsal yang diorang sibuk bagai nak rak kat tempat pilihanraya tu, kenapa perlu sampai beribu-ribu polis kat sana, dah darurat sangat ke, kalau tak kerana provokasi dr pihak polis sendiri pilihanraya kita ni aman dan damai....aku sbg rakyat yng baik dah tak sanggup kena tipu lg ngan polis ni...aku simpati ngan mak bapak sharlinie, nurin, apa polis buat sampai sekarang?? nothing, dok sibuk cakap diorg tu cekap cepat....jenayah makin meningkat, ketua polis sendiri pun part of gang organization, takkan kita rakyat yg bayar cukai ni kena pikir jugak pe nak buat??? habis pemimpin2 kita dok wat pe?? makan duit rakyat...last2 rakyat mcm tintabiru ni dapat pe?? aku ni dok pikir mcmnana kite rakyat ni nak betulkan negara kite ni yg dah tak betul sgt ni...so gunakan la akal fikiran untuk berfikir jgn main ikut emosi jer...asal kena tegur sket melenting, buat fitnah sana sini, create isu itu ini...last2 sekali rakyat yg tak pikir la yg jadi mangsa...pikiau la yer rakyat ynag baik...

Tinta Biru berkata...

Salam Bro,
Tak kan nak panggil geng kot nak jawap n3 ni...isk..isk

Laxmana berkata...

Salam...

tintabiru : hehehe! gua penat beb, tak sempat nak jawab, coz kalau nak jawab kene pjg2... hehehe. InsyaALLAH selepas semua keserabutan ni sirna, gua akan bertandang ke site lu and kite boleh borak panjang ye... hehehe!

anakmalaysia : lu memang slalu bagi komen baek punya la bro... hihihi!

awareness : jutaan trima kasih ye... senang2 datang lg...gua tak sempat ulas pjg2 bro... n'way, thanx...

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum