Ikuti kisah seterusnya :-
Saya ingin memulakan pengkisahan ini bermula dengan Hizbul Muslimin menyertai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bersama Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Burhanuddin Al-Hilmy.
Maka, formula mudah :-
Hizbul Muslimin + API + PKMM = PUTERA
PUTERA pula bersama dengan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) dalam melancarkan Perlembagaan Rakyat, yang berbeza daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dokongan Umno pada 1947.
Maka, formula mudah :-
PUTERA + AMCJA = Perlembagaan Rakyat
Perlembagaan Rakyat, AMCJA - PUTERA (Hizbul Muslimin, API, dan PKMM) terbubar dengan tangkapan besar-besaran pihak British ke atas parti-parti haluan kiri menjelang Darurat.
Maka, kekosongan ruang politik ketika itu diisi oleh UMNO. Tetapi, syarat kemerdekaan ialah parti untuk semua kaum dan bukannya untuk orang Melayu sahaja. Itulah juga saranan Dato' Onn. Biro Agama UMNO, dengan sifat terbukanya mendukung Dato' Onn. Tetapi kebanyakan pemimpin UMNO menolak.
Dato' Onn keluar parti dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang kemudiannya digantikan dengan Parti Negara. Biro Agama UMNO juga keluar parti walaupun tidak menyertai Dato' Onn.
Maka Biro Agama UMNO menjadi Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kekosongan kepimpinannya diisi Burhanuddin Al-Hilmy, seorang anak Perak. Penyertaannya ke dalam PAS diikuti para pendukung Hizbul Muslimin yang menganggap PAS sebagai penggantinya.
Maka, formula mudah :-
Hizbul Muslimin + Biro Agama UMNO = PAS
Parti Rakyat Malaysia (PRM) diasaskan oleh Ahmad Boestamam, seorang anak Perak juga. PRM dianggap sebagai lanjutan perjuangan PKMM.
Pada tahun 1950, mereka mengisytiharkan kesetiakawanan antara PRM dan PAS.
Maka, formula mudahnya :-
PAS + PRM = Setiakawan dan bekerjasama
Dalam Pilihanraya Pra-Merdeka, mereka menunjukkan kebersamaan dan kesefahaman yang tinggi. Mereka juga disertai oleh parti pimpinan Dato' Onn Jaafar. PRM bergabung dengan Parti Buruh Malaya (LPM) untuk mewujudkan Barisan Sosialis (SF).
Maka, formula mudah :-
PAS + [PRM + LPM] + Dato' Onn = Sekutu
Menjelang pilihan raya 1969. LPM dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kedua-duanya parti pelbagai kaum.
LPM bahagi 2 = PGRM dan DAP
Apabila BN ditubuhkan, PGRM dan PAS turut menyertainya. PGRM pecah di mana salah seorang pemimpin utamanya, Tan Chee Khoon keluar parti dan menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas). Ahmad Boestamam menyertai parti berlambangkan mata hari itu.
Sementara PAS di bawah pimpinan Asri juga pecah. Tokohnya di Perak, Hashim Gera yang terkenal sebagai pemantun di Dewan Rakyat keluar parti dan menubuhkan Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) berlambangkan pokok kelapa sawit.
Formula mudahnya :-
- PGRM dan PAS turut dalam penubuhan BN
- Sebahagian PGRM turut dalam penubuhan BN
- Sebahagian lagi tubuh Pekemas
- Sebahagian PAS turut dalam penubuhan BN
- Sebahagian lagi tubuh KITA
Salah seorang anggota majlis yayasan itu ialah Nik Aziz Nik Mat.
Kini Yadim diketuai Nakhaie Ahmad, bekas pemimpin PAS.
Semasa PAS dalam BN, kesedaran Islam mula meningkat di kalangan pelajar anak muda. Mereka enggan menyertai PAS kerana ia berada dalam BN. Mereka lebih gemar menyertai ABIM pimpinan Anwar Ibrahim.
Hanya setelah PAS keluar BN, barulah aktivis Islam senang menyertai ABIM termasuklah timbalan Anwar iaitu Ustaz Fadzil Mohd Noor. Pengganti PAS dalam BN ialah Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa).
Kegagalan PAS dalam Pilihanraya Umum 1982 membawa kepada tersingkirnya Asri daripada parti itu. Beliau kemudian menubuhkan Hizbul Muslimin (HAMIM) yang menjadi anggota BN bersama Berjasa. Asri kemudian menyertai Umno dalam usahanya untuk membubarkan HAMIM.
Bagaimanapun, HAMIM akhirnya keluar BN dan menyertai Angkatan Perpaduan Ummah bersama dengan PAS dan Berjasa.
Formula mudah :-
- HAMIM keluar BN
- HAMIM + PAS + Berjasa = Angkatan Perpaduan Ummah
Apabila Anwar disingkirkan daripada UMNO, penyokongnya termasuk ABIM menubuhkan Parti Keadilan Nasional (keADILan). Bersama PAS, PRM dan DAP, ia menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya 1999.
Formula mudah :-
- Bekas UMNO + ABIM = keADILan
- keADILan + PAS + PRM + DAP = BA
Kerana Cina menolak PAS, DAP mengalami kekalahan di banyak tempat dan ia keluar daripada BA.
PRM + keADILan = PKR
Tetapi hakikatnya kemenangan 8 Mac adalah sokongan rakyat kepada gabungan serta kerjasama PAS-PKR-DAP bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Demokratik Malaysia (MDP).
Juga PRM yang dihidupkan semula di kalangan anggotanya yang enggan menyertai PKR. Hanya setelah menang Anwar mengumumkan penubuhan Pakatan Rakyat.
Formula mudah :-
PAS + PKR + DAP + PSM + MDP + PRM = Pakatan Rakyat yang disebut hari ini
Jelasnya di sini :-
PAS mewarisi Hizbul Muslimin dan Dato' Onn
PKR mewarisi PKMM dan PRM
DAP mewarisi LPM dan PRM
PSM dan MDP mewarisi SF dan LPM
Pakatan Rakyat mewarisi perjuangan Abu Bakar Al-Bakir, Burhanuddin Al-Hilmy, Ahmad Boestamam dan juga Onn Jaafar
TIDAK ADA YANG BERUBAH SEMENJAK KEFAHAMAN NASIONALISME MENULAR DALAM DIRI SETIAP RAKYAT MALAYSIA !!!
TIDAK ADA YANG BERUBAH MELAINKAN MEREKA TERUS BERPOLITIK !!!
TIDAK ADA YANG BERUBAH MELAINKAN MEREKA TERUS MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI MASING-MASING !!!
KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA JUGA TIDAK PERNAH BERUBAH SEJAK DULU !!!
KONSEP NEGARA ISLAM JUGA TIDAK PERNAH BERUBAH SEJAK DULU !!!
KONSEP KETUANAN RAKYAT JUGA TIDAK PERNAH BERUBAH SEJAK DULU !!!
HANYA YANG BERUBAH CUMA KEPENTINGAN INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU !!!
HANYA YANG BERUBAH, KINI "HALUAN KIRI" HAMPIR MENDOMINASI ...
NOTA : dipetik dan diadaptasi daripada artikel asal (dengan izin) yang boleh dibaca di PenaPerjuangan bertajuk mengingati dua mandat besar pas
p/s : call this a tribute for our INDEPENDENCE DAY ! HAPPY MERDEKA !
10 ulasan:
Fes of ol..pujian lagi buat laxmana atas olahan yg mudah difahami...
Kronologi ini menunjukkan bahawa sejak dulu lagi BN sebenarnya memiliki ramai pakar yg berkaliber...
tetapi kenapa dari semasa ke semasa...pakar2 ini jg lah yg mengambil tindakan keluar dari BN...sampai la sekarang...BN semakin tiada apa-apa...yang tinggal yang bukan pakar kah?di mana silapnya....
Tahniah lah bro atas sumbangan bakti melalui blog ni. Sesungguhnya kita perlukan ramai lagi generasi muda yang tampil dan rela serta mampu bicara soal politik dan sejarahnya.
Keep up the good job!
By the way, berkaitan keperluan pendidikan seks dalam PLKN tu, wan yakin dan percaya kalau asas perbincangan itu jelas dan tuntas siap saja akan akur mengatakan bahawa tindakan Ng Yen Yen merupakan satu langkah politik murahan. And also, tegas wan kata modul pendidikan seks yang dibawakannya ke dalam PLKN sangat tidak kena tempat dan ketikanya. Titik!
Komen dari tempat aku:
Saya rasa u have misunderstanding about Malaysian Malaysia concept,
Ianya bukan mengenai PARTI BERBILANG KAUM... ianya mengenai MERIT MASYARAKAT
Saudara/Saudari,
"Malaysian Malaysia" adalah konsep yang diperkenalkan DAP mulai tahun 1990 (Projek Tanjung 1)setelah melihat kejayaan PAP di Singapura sejak 1970. Dasar tersebut memerlukan bakat (Merit) setiap warganya untuk menunjukkan bakat2 terbaik (bakat dalam bidang akademik dan pembangunan kendiri)-Di Malaysia dipanggil modal insan selain sijil2 akademik kelas pertama sahaja.
Bagi lain-lain bakat seperti bakat nyanyian, persembahan pentas dan bakat bercakap sahaja (retorik) tanpa apa2 merit dan merit yang diiktiraf oleh mana-mana badan/pertubuhan menggalakkan profesiolisme di dunia akan ditolak secara mutlak.
Di Indonesia, ia lebih dikenali konsep pengasingan warga melalui warna, Merah, Hijau, Biru ataupun ada yang dipanggil Abjad: A, Ba, dan Ca juga terkenal dengan pemisahan nombor, Kumpulan 1,2 dan 3. Setiap kelas warganya akan dilayan secara merit sahaja. Di Indonesia, warga terpandai disebabkan perwarisannya diungguli oleh orang Jawa dan juga Bali (Kumpulan Biru/1 atau A). Kekayaan mereka melayakkan mereka mendapat peluang pendidikan terbaik sahaja dari peringkat rendah hingga tertinggi serta jawatan kerajaan yang penting sahaja, selain anak2 bekas penjajah mereka atau anak2 kacukannya.
Merit itu sendiri ditentukan oleh pemerintah secara khasnya. Usaha ini amatlah baik untuk mendapatkan bakat terbaik untuk negara dan sektor pekerjaan (Akademik utamanya)termasuk politik dan sektor sosial. Tetapi jika kita tidak layak disebabkan akademik, kelas dan juga beberapa faktor sejarah termasuk peluang mendapatkan pendidikan terbaik - tiada pertimbangan akan diberikan termasuk peluang dan juga kouta.
Maka, orang Melayu/Islam akan terus tertinggal dalam banyak segi terutamanya bidang profesional seperti doktor, jururawat terlatih, arkitek dan juga bidang2 kritikal seperti doktor gigi, farmasi dan lain2. (Tahun 2007, kebanyakan Melayu/Islam diserap masuk ke mana-mana IPTA untuk tujuan Pra Sains/Asasi/Matrikulasi dan A level termasuk di UiTM (Program Luar Negara) merosot jika tidak mengira faktor kuota, kekurangan ketara ialah lelaki).
Oleh itu, merit sangat baik bagi mereka yang berbakat tinggi(gifted)terutamanya dalam bidang akademik dan juga berpeluang mendapat pelajaran kelas pertama. Peluang itu disebabkan oleh keupayaan ibu bapa menyediakan segala-galanya termasuk ringgit dan bukannya disediakan oleh pemerintah terumatanya infrastruktur umum termasuk pendidikan.
Mengenai buku Putih Rusuhan Kaum May 13, 1969-Tuan dan puan boleh membuat kajian2 ilmiah secara terus. Dan profesor di universiti bukanlah pengampu dan pembelit fakta sejarah. Ingin diingatkan ahli akademik TIDAK terlibat secara langsung dalam urusan politik kepartian. Ahli akademik adalah rasional yang tidak memihak kepada mana-mana ideologi parti tetapi fakta. Bahkan rusuhan kaum itu memaksa MAGERAN dibentuk dan ahli akademik ketika itu dipanggil untuk mencari penyelesaian terbaik mengatasi masalah tersebut dari berulang. (Walau pun ayah saya terlibat secara tidak langsung), Rusuhan itu dikenal pasti angkara DAP dan Gerakan membuat perhimpunan dan perarakan selepas kemenangan di Pulau Pinang. (Sila baca sejarah mengapa Pulau Pinang ditadbir oleh parti bukan Melayu/UMNO) sehingga kini.
Alasan untuk membaca buku Rusuhan May 13 akan diberikan sekiranya tuan/puan adalah ahli yang berkecuali dan TIDAK mempolitikkan isu-isu dibangkitkan di dalamnya. Antara kandungan terbaik ialah ekonomi yang amat tidak seimbang atau padang persaingan tidak sama rata. Masyarakat Bukan Melayu (Cina dan Eropah) pada masa itu telah berada di landasan 100 meter terawal, tetapi Melayu/Islam di landasan 0M untuk larian 10000M sebagai perbandingannya)
Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Bagi ahli Akademik seperti kami (kebanyakannya mempunyai Ijazah Kelas Pertama dan Doktor Falsafah luar negara) akan lebih senang menjadi ahli politik dan tokoh2 korporat seperti di Singapura. Bagi yang tidak mempunyai peluang/kedudukan akademik terbaik dan peluang pula bagaimana???
* Prof. Dr. Jeyakumar - Menteri Luar Singapura ialah profesor universiti di Singapura dan Prof jemputan di Universiti Merlborne dan Amerika sebagai contoh.
mfa
Lahir di SG, Bangga dan Megah sebagai Watan Malaysia
p/s: Selamat Bercuti untuk Kemerdekaan ke 51 tahun yang gemilang dan berpuasa dlm keimanan)
Apa yang cuba disampaikan di sini adalah susur galur Pakatan Rakyat... kalau tidak silap saya...
Ini bukannya intipati MALAYSIAN MALAYSIA yang diasaskan oleh PAP/DAP
Muhammad Saw meninggalkan kita dengan dua perkara (urusan), sekiranya kita berpegang pada keduanya maka kita tidak akan sesat(bingung) selamanya iaitu kitabAllah dan sunnah rasulnya.
kitab Allah+sunnah Rasul= tak sesat
Masyarakat kita hari ini bingung mencari penyelesaian, maka ada yang bergerak dengan penuh persangkaan. Kembalikan mereka pada Al-quran, timbulkan rasa memiliki pendidikan yang berteraskan al-quran, kerana Al-Quran adalah petunjuk yang lebih jelas dan tepat, maka kita laksanakannya BUKAN SEKADAR BACA ARABNYA. Bagaimana untuk melaksanakannya? Sunnahrasul sebagai praktikalnya, nah apa sahaja dan cara yang Rasulullah laksanakan kita ikuti BUKAN SEKADAR IKUT JANGGUT DAN PAKAIANNYA. Ikuti bagaimana Muhammad menyebarkan ajaran Illahi dan menzahirkan SISTEM ISLAM.
Kenalkan, beri pendidikan dan jelaskan aqidah pada masyarakat bukan menakutkan mereka tentang hukum atau kuasa. Bila kenal nanti baru wujud cinta, nah kalau semua sudah kuat aqidahnya bukan setakat nak naikkan hukum, bapa segala hukum pun kita akan turut.
Kita tidak pernah memperlekehkan samada PAS, UMNO atau PKR tapi carilah persamaan dalam perbezaan, kita sebarkan budaya toleransi dan perdamaian. Mardho tillah.........
tahniah saudara laxmana,
saya setju cara anda membawa isu semasa... saya kerap berada dlm laman pn nuraflah. dalam saat saat genting masyarakat malaysia pada masa ini... perlu banyak fakta dalam kita menyampaikan. maksud.
apa pun terima kasih atas usaha saudara. kita akan meninggal generasi untuk mereka warisi apa yang akan di tinggalkan.
sudah tentu kita ingin kan yang terbaik untuk mereka.
salam ramadhan
shabas for the info..
nak tambah .. don't use UMNO.. better use PEKEMBAR .. tu nama asli dan melayu UMNO.. aku xrasa org UMNO hari ni tau nama melayu depa..
futher.. pejuang2 berhaluan kiri terus dimalapkan dari sejarah..
pada aku perjuangan golongan kiri yg betol2 membawa kepada kemerdekaan.. KMM, API dan lain2 yg telah dikatakan sebagai komunis, hatta komunis juga berjuang untuk kemerdekaan tanah melayu.. cuma jalan dan kaedah mereka sahaja yg berbeza..
jgn pedulikan mereka yg berpegang pada politik perkauman.. kita akan trus dimomok dgn isu 13 may dan ketuanan melayu.. teruskan menulis dgn fakta dan sejarah..
futher, jgn lihat sesutu kejadian atau peristiwa yg buruk sebagai buruk semata2.. setiap yg berlaku datang dengan sebab dari ALLAH.. yg penting jika kita tidak berubah.. xkan berubah nasib kita.. itu yg penting..
keep up a good work bro..
aku cuma harap kita rakyat malaysia tak salah pilih pemimpin...jgn nyesal x sudah je nnt...masa tu nasik dah jadi bubur huhu
peh..betul punya penerangan ni..
Selamat berpuasa....
Catat Ulasan