Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Isnin, 11 Ogos 2008

WARKAH BUAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Assalamu'alaikum WBT...

Ke hadapan Dato' Seri yang dihormati, semoga Dato' Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya. Sentiasa berteduh di bawah naungan dan lembayung kekuasaanNYA. Bersama kita berdoa agar diberikan kekuatan dan kesihatan dalam meneruskan agenda perjuangan yang belum selesai ini.

Nama saya Raj, dan saya merupakan seorang warga negara Malaysia yang dicintai ini semenjak 17 November 1983 yang lalu, dan itu menunjukkan bahawa saya baru @ muda lagi dalam segala hal yang berkaitan dengan kenegaraan ini. Berbanding Dato' Seri, siapalah saya... Namun dalam kementahan ini saya juga tidak pernah melepaskan peluang untuk BERSAMA-SAMA dengan warga negara Malaysia yang lainnya dalam segala hal terutamanya perihal perjalanan politik Malaysia yang semakin lama semakin mendebarkan ini. Saya suka dengan tarikh 16 September itu sejak di bangku sekolah lagi. Bagi saya, itulah tarikh keramat kelahiran Malaysia yang kita semua cintai ini (..........benarkah???).

Namun perkembangan terbaru berkenaan wajah-wajah serta peristiwa yang sudah, sedang dan akan berlaku ini sedikit banyak agak meresahkan, bukan saja pada saya, malahan saya yakin ramai sahabat dan saudara senegara saya yang agak terganggu olehnya.

Justeru, berdasarkan hak yang telah dimartabatkan dalam Perlembagaan Negara Malaysia, izinkan saya MENITIPKAN BEBERAPA PERKARA YANG PENTING (sekurang-kurangnya SAYA anggap ianya penting) khas buat tatapan Dato' Seri...

1. USAHA PENGAMBILALIHAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENJELANG 16 SEPTEMBER

Tarikh ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia khasnya, masyarakat dunia amnya, oleh kerana tarikh ini digembar-gemburkan oleh massa sebagai tarikh perubahan kepimpinan negara kepada yang lebih mementingkan rakyat. Syabas buat Dato' Seri yang berjaya memartabatkan semula tarikh keramat 16 September ini.

Namun, persoalan saya sebagai seorang warga negara Malaysia, kenapa perlu kami diheret sama dalam pementasan teater kepimpinan ini?! Kadang-kadang kami merasakan seperti sedang menonton filem, yang mana kita semua tahu, yang dinamakan filem itu adalah sebuah karya yang digarap khas untuk mempersembahkan sebuah jalan cerita yang sememangnya telah dirancang awal kesudahannya melalui penulisan skrip dan imaginasi pengarahnya.

Justeru, dalam cerita ini, siapa pengarah dan penulis skripnya? Apa nasib kami sebagai pelakon-pelakon tambahan ini?

Justeru, kenapa kami dibiarkan temangu-mangu, tertanya-tanya sesama kami, tentang apa KESUDAHAN SEBENAR filem ini?

Apa yang pasti, menontonnya adalah suatu KETERPAKSAAN bagi saya...!

2. CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM HAL DALAMAN NEGARA

Saya ingin memetik perkataan "campurtangan" yang seringkali menerjah minda adik-adik, anak-anak, bahkan guru-guru yang mengajar subjek Sejarah di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara. Perkataan itu sering menatijahkan sesuatu yang "tidak baik", dan itu pasti!

Apa pula kaitan perkataan "campurtangan" itu dengan Dato' Seri?

Percayalah wahai Dato' Seri yang dihormati, bahawasanya, kami rakyat Malaysia, sangat mendambakan komen (kenyataan rasmi) daripada Dato' Seri yang sekaligus boleh menidakkan, menghapus, serta menghambat keluar perkataan "campurtangan" itu dari bumi Malaysia ini!!!

SIAPA AMERIKA SYARIKAT?!
KAMI TIDAK MENGHARAPKAN BANTUAN DAN SIMPATI DARIPADA MEREKA! (kalau-kalau Dato' Seri risau kehilangan sokongan wang ataupun moral daripada negara luar, kami ingin Dato' Seri tahu, kami boleh memberinya! Kita boleh bangun bersama tanpa MEREKA!)...

Mohon Dato' Seri sanggup susah bersama kami...

3. BUKTI-BUKTI YANG BAKAL MENYABITKAN KESALAHAN BEBERAPA INDIVIDU

Saya ingat lagi, terlalu banyak kebetulan yang berlaku. Pada masa Dato' Seri diselubungi tuduhan dan konspirasi liwat episod 2, timbul akuan bersumpah Bala. Sepertinya bukti-bukti yang disebutkan di atas memang ada dan dalam pengetahuan Dato' Seri. Tapi kenapa ia dijadikan seolah-olah senjata serangan balas kepada individu-individu tertentu?

Kenapa sering saja kedengaran bisikan-bisikan "harus tunggu masa yang sesuai", "belum masanya", "masanya akan tiba", kenapa perlu buat kenyataan "saya ada bukti kukuh berkenaan kes si polan bin si polan", dan pelbagai kenyataan-kenyataan lainnya...???

Tidak dapatkah dan tidak patutkah dikeluarkan segala bukti yang ada sejurus selepas mengetahuinya?

Rakyat berhak ke atas semua itu. Jangan rampas hak rakyat yang satu itu. Kami miskin. Jangan miskinkan kami lagi.

4. PENGANJURAN FORUM MEMELUK ISLAM OLEH MAJLIS PEGUAM

Sebelum ini Dato' Seri pernah membuat kenyataan berkenaannya dengan menegaskan bahawa forum itu boleh dianjurkan asal saja ianya dijalankan di sebuah tempat yang tertutup bagi mengelakkan ketegangan.

Sedar atau tidak, forum tersebut telah membuktikan bahawa orang Islam (Melayu) tidak suka agamanya diperlekehkan!

Kami memohon untuk Dato' Seri membuat satu kenyataan rasmi berkenaannya untuk menjadi satu pegangan untuk kami terus berdiri di belakang Dato' Seri...

Menyentuh pula berkenaan pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh, saya rasa Dato' Seri perlu mengembalikan rasa hormat dan memahami kalangan pengundi Islam dan Melayu di sana dengan membuat kenyataan berkenaan "KEGHAIRAHAN" Majlis Peguam itu...

Akhir kata, kami amat mengharap perubahan kepimpinan negara dengan Dato' Seri sebagai Perintisnya...

Sampaikan salam saya kepada Dato' Seri Wan Azizah, YB Nurul Izzah dan semua ahli keluarga Dato' Seri... Terima kasih.

Hormat daripada,

Raj @ Laxmana

p/s : ke arah Malaysia yang lebih baik dan ke hadapan!

10 ulasan:

crower berkata...

Cantek Lax... a very open and frank letter.

Unfiltered-Madness berkata...

Hai bro. Aku dah add link kau di blog aku. So banyak lah pelwat2 kau nanti. Teruskan menulis dengan baik.

Aku ada buat posting untuk soalan2 kau.

Ada masa blh jumpa... lepak kawan2. Beza fahaman tiada salahnya. Kita kan sama negeri.

Tanpa Nama berkata...

Wahhh...Tulis surat utk Anwar Ibrahim tuuu!!! Huhu...besok, lu print surat nih....lu post kat alamat nih...Lagi best!Directly sampai ke ofis...Hahaha!

Pejabat Anwar Ibrahim
17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor,
Malaysia


Jangan berlengah lagi Bro....Guna pos laju!Hahhahaa..

Tanpa Nama berkata...

Ikut barisan baru ada keadilan.

Tanpa Nama berkata...

dah hantar pun bro...surat nih...

-laxmana-

Firaz berkata...

Salam Bro...

warkah terbuka yang ada nilai2 tersurat nilai2 keterbukaan bro, respect la bro..

p/s aku mmg busy skit lani la bro.. keja kat ofis bertimbun, tp ceramah anwar kat permatang tak tinggai bro, asal dsai turun aku terjah... ;-)

kalau ada masa nanti aku buat entry pasai pilihanraya kecik kat negeri aku ni... (bangga beb negeri aku jadi penentu..;-) )hehehe.... setakat yang aku tau ada la 20-30 org membe ofis aku pengundi kat permatang tu, dalam bnyk2 tu semua orang kita beb... so dont worry... kita pasti menang, tapi kena igt semua benda terjadi hanya dengan IzinNYA.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam,

Tahniah!!. Satu pandangan anak muda yang berjiwa besar, ikhlas.

Harapan saya semoga saudara terus menulis dengan jiwa perjuang yang berani. Semoga satu hari nanti saudara berada dibarisan kepimpinan yang berjiwa dipimpin.

Salam takzim.

Daus berkata...

kalau dsai reply surat lu jgn lupa post kt blog beb..

Orang Melaka berkata...

Hi,
Panjangnye surat dia.. :-)
Hopefully he will read n reply your letter..
if not, maybe next time we should ask crower or daus to be our new PM..
hik hik

Laxmana berkata...

to crower ; terima kasih dtg bertandang, dtg2lah selalu ye...

to anakMalaysia ; jom kita wat surat untuk Musa Aman plak...

to aboo&lady dark ; waktu gua tulis surat ni beb, memang dgn harapan DSAI bace n reply jgk

to zaidi ; durian ranau apsal x dapat masuk dah?

to firazurri ; sampaikan salam pada sume yang kat permatang pauh tu, doa banyak2 beb...

to kerajaan rakyat ; terima kasih atas komen anda dan amiiiinnnn...

to daus ; kalau DSAI reply, bukan takat post kat blog gua beb, kita post kat blog lu jgk, hahaha!

to Aflah ; lame tak menjenguk ke sini, hehehe! pasal crower n daus, kene tanye dorg dulu, hahaha!

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum