Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Ahad, 21 September 2008

HARGA MINYAK TURUN 4 HARI LAGI ???

20 September, 2008 23:06 PM

Kerajaan Bincang Rancangan Turun Harga Runcit Minyak Rabu Ini

JOHOR BAHARU, 20 Sept (Bernama) -- Kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat kabinet berkenaan untuk diputuskan jemaah menteri.

"InsyaAllah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir kabinet sebelum kita berhari raya. Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai," katanya. (KLIK SINI UNTUK BERITA SELANJUTNYA)


Laxmana :
Sebelum Aidilfitri??? AlhamduliLlah, sekurang-kurangnya dapatlah sekalian hamba rakyat bernafas lega sedikit. Andai benar bagai dikata...


p/s : lame dah tunggu berita nih...

6 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Siapa nama menteri ni?

Dia ini ke yang kata dulu harga minyak naik bulan Ogos.

Lepas itu, Pak Lah screw dia dengan menaikkan harga minyak bulan Jun.

Boleh caya ke dia ni, Laxmana?

Laxmana berkata...

Hahaha! Gua memang tak leh caye langsung kat die nih! Tapi dek kerane gua teringin sangat rege minyak ni turun, gua buat posting nih, supaye kalau die ni terus menipu, kite senang nak pedajal die balik!

Heh!

Gelombang Rakyat berkata...

Okay faham,

Loud and clear.

Setakat yang saya tahu, yang kata dan mampu turunkan harga minyak kat Malaysia, Anwar Ibrahim.

Dalam BN, belum ada satu pun pemimpin yang boleh.

Dari Pak Lah, sampailah ke menteri ini dan lain-lain, tidak boleh diharapkan lagi.

Teringin mu Laxmana, adalah teringin kita semua.

Gua kayuh jauh sikit, turunkan semua yang tak ada hati perut nak turunkan harga petrol dan diesel.

Letih!

Tapi kayuh jugak...

Laxmana berkata...

okeh bro!

teruskan kayuhan demi masa depan yang lebih terkehadapan!

gambate kudasai!

p/s : moga ALLAH menurunkan bala tenteraNYA membantu... InsyaALLAH...

Tanpa Nama berkata...

Rajooo...

Minyak apa yg Si Shahril (ex-Parti anak kunci) nih nak turunkan??Minyak masak?Minyak angin?Minyak dagu?Minyak wangi?Minyak urut?Minyak apa ni doooolllll????

Takde pun perkataan P.E.T.R.O.L dalam statement dia?Kat gamba tu tulis adalah fuel hike pebenda ntah,tak paham aku tgk palang2 camtu!

Benci aku tgk bibir Si Shahril yg ala-ala Angelina Jolie nih!Nyampahhh...Sbb seksi sangat!Dengki pun ada...


Roger!

Laxmana berkata...

hahaha!

macam2 lah lu aboo!

dier nak carik pasal tu kalau yang dimaksudkan bukan petrol, orang sume dah dok faham 'minyak' yang dier sebut tu sebagai 'petrol'...

betul2 carik pasal tuh!

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum