Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 5 September 2008

Lagi Isu Katak ; Vice President PAS

Teks penuh wawancara MalaysiaKini bersama Tuan Haji Mohamad Sabu :

Malaysiakini: Apakah Tuan Haji percaya usaha lompat parti menjelang 16 September ini akan berlaku?

Mohamad: (Ketawa) Saya tidak membuat kajian. Saya pun tidak membaca dari sudut (pandangan) media. Saya juga tunggu dan lihat macam orang lain.

Maksudnya Tuan Haji tidak mempunyai sebarang maklumat setakat ini tentang apa yang terjadi?

Tidak ada, tidak ada. Dan saya pun tidak berusaha ke arah itu.

Kenapa? Apakah Tuan Haji tidak bersetuju?

Saya macam orang lain juga, tunggu dan lihat. Saya lebih cenderung untuk menunjukkan kehebatan (pentadbiran) di lima negeri yang kita perintah. Tunjukkan kehebatan kita, betul-betul tidak berlaku rasuah, amalan nepotisme, berlaku penjimatan dan kebajikan.

Dan daripada tinjauan kita di kedai kopi, di pasar, Umno ini tidak nampak boleh dipulihkan. Kalau kita membuat persiapan baik, saya rasa, dalam pilihanraya umum akan datang, kita boleh ambil alih Malaysia.

Tetapi kalau kita mengambil alih (kuasa) dengan cara orang (BN) melompat, ini terserahlah kepada mereka yang yakin tetapi secara peribadi saya nampak tidak berapa kuat.

Tetapi kedengarannya Tuan Haji tidak begitu yakin?

(Ketawa) Tidak kuat dan tidak berwibawa. Sebab dulu kita juga tidak bersetuju dengan dua ahli Parti Melayu Semangat 46 melompat (kepada Umno) di Kelantan.

Dan kita kata macam-macam kepada mereka. Jadi bagaimana pula kita hendak tubuh kerajaan dengan orang melompat?

Bagaimanapun, siapa yang berkeyakinan macam itu, saya hormatlah.

Jadi, Tuan Haji sendiri tidak bersetuju?

Bagi orang yang buat, saya tidak menghalang. Bagi peribadi sendiri, saya tidak buat. (Ketawa) Saya tidak kata, tidak setuju. Saya tidak kata sampai tidak setuju. Saya tidak buatlah. Saya pun macam orang lain, tunggu dan lihat.

Jadi Tuan Haji tidak terlibat dalam rundingan ini?

Tidak, tidak. Dan PAS belum membuat apa-apa keputusan, tunggu waktu dan ketikanya.

PAS belum membuat keputusan?

Maksudnya kalau sungguh ada usaha melompat (kepada Pakatan Rakyat), kita akan buat mesyuarat segera. Buat masa ini, pandangan-pandangan pemimpin PAS adalah pandangan peribadi.

Jadi, PAS rasmi untuk bersama Pakatan Rakyat atau tidak selepas 16 September?

Kita tunggu dululah. Sekarang ini pun khabar angin. Khabar angina, kita hendak mesyuarat macam mana? Tidak sempat lagi. Tetapi tengoklah keadaan.

Bagaimana sikap pemimpin PAS di peringkat atasan?

Saya tidak mahu memberi komen tentang pendapat orang lain. Tetapi pada hemat saya, saya hendak tumpukan untuk pilihanraya umum akan datang.

Saya yakin Umno tidak dapat (bertahan)... kita tengok keadaan di (pilihanraya kecil) Permatang Pauh baru-baru ini dan tangkapan-tangkapan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekarang ini (terhadap pemimpin Umno)...

Barangkali mereka pun tahu pemerintahan Umno akan berakhir dan kalau hendak ambil (rasuah), biarlah ambil sekarang sebelum bertukar kerajaan.

Kita dengar khabar ahli-ahli BN yang hendak melompat ini kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak – mereka yang bukan Islam, bukan Melayu. Adakah ini yang menjadi kebimbangan PAS?

Macam saya kata (tadi), sekarang ini semua di peringkat khabar angin. Katanya ada juga (ahli parlimen) Umno dari Semenanjung. Katanya, dari Johor. Itu semua khabar angin daripada SMS, penulis blog. Jadi, (maklumat) tidak menentu.

Saya yakin, saya tidak tahu, tetapi Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) akan memanggil mesyuarat apabila keadaan berlaku. Sekarang, kita boleh memanggil (mesyuarat) dalam masa 24 jam sahaja. Jadi, di peringkat khabar angin ini, kita biar dulu.

Jadi, PAS bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan? Belum ada keputusan rasmi?

Belum, belum. Kalau ada, pandangan peribadi. Tidak melambangkan (pandangan) parti. Dan pandangan peribadi, semuanya akan tunduk pada keputusan parti bila keputusan dibuat nanti.

Jika wakil rakyat BN hendak melompat dianggap tidak beretika, bagaimana pula jika parti komponen BN hendak menyertai Pakatan?

Saya nampak begini saja. Yang baiknya, (perubahan) dalam pilihanraya akan datang. Baiknya apabila rakyat membuat perubahan. Ertinya kalau naik Pakatan Rakyat (sebagai kerajaan pusat), berlaku penyelewengan, mudah rakyat hendak tumbangkan. Ini proses yang baik.

Memberi kuasa membuat pilihan kepada rakyat?

Itu yang mudahnya, kalau kata mereka naik dijamin lebih baik, saya belum nampak.

Kalau kita membentuk kerajaan baru dengan melompat parti, adakah ini boleh dikatakan tidak menggambarkan kehendak rakyat?

Itu yang saya sebut tadi itu, pandangan peribadi saya itu. Kalau terjadi, saya serahlah kepada parti dan keadaan sesudah itu. Secara peribadinya, saya tidak berusaha, saya tidak bertanya, saya pun menunggu macam orang lain menunggu.

Sebab saya mahu lima negeri ini tunjuk kehebatan mereka memerintah dan mengambil alih dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi setakat Tuan Haji berhubung dengan kawan-kawan dalam PKR dan DAP, apa reaksi mereka setakat ini?

Macam biasa. Ada yang percaya, ada yang... (ketawa kecil). Saya tidak berhubung dengan orang yang membuat kerja itu, saya tidak tahulah. Tiada komenlah.

Di kalangan PAS, ada pemimpin yang terlibat?

Wallahu a’lam. Tidak ada. Saya ingat tidak ada. Tidak dengar. Saya tidak tahu. Kalau ada, saya tidak tahulah.

Tetapi tidak dimaklumkan secara rasmi kepada parti?

Tindakan individu itu kita tidak tahulah sebab di parlimen mereka bertemu, minum kopi sekali, macam-macamlah. Boleh berjumpa, berbincang di kantin, kedai kopi, dan pertemuan itu dianggap sebagai rundingan pun boleh juga. Dan kita tidak tahulah.

Jadi, boleh kita katakan sikap PAS menjelang 16 September ini sebagai "tunggu dan lihat"?

Tunggu dan lihat. Secara rasminya, tunggu dan lihat.

Jika berlaku, adakah sukar untuk membuat keputusan? Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin. Dan PAS belum membuat keputusan. Apakah keadaan ini menjejaskan pembentukan kerajaan pada 17 September?

Kita (PAS) tengoklah dulu. Kita bertemu segera dan kita tidak boleh memberi komen sekarang. Hendak kena tengok dahulu.

Tetapi penilaian itu nanti berdasarkan apa? Berdasarkan ahli-ahli parlimen BN yang masuk Pakatan atau bagaimana?

Penilaiannya kita hendak lihat... Saya tidak mahu komen apa lagi. Saya tidak tahu perkara ini. Tengoklah jadi atau tidak (16 September ini).

Dan amaran daripada (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kemungkinan beliau mengisytiharkan darurat dan kita pun... Perkara ini (hanya) andaian-andaian.

Saya (lebih) bimbang apabila saya menonton laporan TV malam tadi, ada satu badan antarabangsa (yang menyatakan) elakkan, gantungkan pelaburan di dua negeri ini, Thailand dan Malaysia.

Dan ini saya lebih bimbang kerana ia melibatkan ekonomi, pekerjaan rakyat dan sebagainya. Perkara itu saya lebih bimbang. Jadi, kita main spekulasi, tiba-tiba perkara itu (lompat parti) tidak jadi, beratlah.

p/s : teringin jugak sebenarnya melihat Pakatan Rakyat ambik alih kerajaan Persekutuan... kita bagi peluang dulu pada Pakatan Rakyat... KALAU TAK BAGUS JUGAK, KITA TUKAR LAGI!!! amacam???

1 ulasan:

kuchalana berkata...

kita boleh ckp xsuka boleh tukar.. itu yg kita faham tentang demokrasi.. tapi org lain paham ka..? Itu soalannya..

Ramai yg xpaham sbb terlalu fanatik beb dgn ideologi dan fahamanan kepartian.. who cares u are in what party.. yg penting kita mahukan duit pembayar cukai digunakan dengan betul..

ada org ckp xgentleman buat kerajaan dgn melompat... pada aku xsalah jika dalam keadaan darurat.. kita mahu melihat perubahan dan melihat duit pembayar cukai diurus dan dikembalikan pada pembayar cukai.. bukan masuk poket org berkepentingan.. hu2.

ole

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum