Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Jumaat, 5 September 2008

Lawak Teladan

Cerita Lawak 80PL
Amaran : cerita ini mengandungi unsur-unsur ganas, kalium, santan, aksi menggigit pusat & kerongkong, adegan mandi di longkang. Dilarang tonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi. Budak di bawah 18 tahun harus meminta kebenaran ketua kampung dulu.


(NOTE : Dipetik dari
CeritaLucu.Blogspot.Com)

Kebakaran Hutan

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas.

(NOTE : Tribut untuk para Jemaah Menteri dan 'bakal-bakal' Menteri)

Datuk Yang Hebat

Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.

Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengetahui masa dia akan meninggal dunia
Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu?
Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah...

(NOTE : Tribut untuk para pesalah jenayah termasuk pengguna C4)

Yang Mana Satu?

Tom sedang membaca surat, kelihatan murung...

Harry : Berita buruk?

Tom : Seorang lelaki menulis surat ini dan berkata kalau saya tak jauhkan diri dari isterinya, dia akan potong telinga saya...

Harry : Jadi lebih baik awak jauhkan diri dari isterinya...

Tom : Tetapi isterinya yang mana satu? orang yang menulis surat ini ialah "anonymous"

(NOTE : Tribut buat para "anonymous" di dunia Blogosfera ni)

Keluarga Miskin

Di sebuah sekolah, seorang anak kepada seorang bintang filem terkenal diminta oleh gurunya menulis karangan tentang sebuah keluarga miskin. Beginilah karangan yang ditulisnya:

"Pada zaman dahulu kala ada sebuah keluarga miskin. Di mana ibunya miskin, ayahnya miskin, anak-anaknya miskin. Orang gajinya miskin, pemandunya miskin. Tukang kebunnya miskin, pengawal rumahnya miskin. Baby sitternya miskin. Semuanya miskin-miskin..."

(NOTE : Tribut untuk mereka yang tak pernah merasai kemiskinan...)

Salah Naik Bas

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,

"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."

(NOTE : Tribut untuk untuk "kaki botol")


FINAL NOTE : Saje nak lepaskan tensen ... ;)

2 ulasan:

emy berkata...

salam Pertapa Arjuna..

Lawak yg sdra tu, betul-betul berkesan dan berjaya menghilangkan "tekanan"....di hari jumaat ni.

Betullah, kadang-kadang perlu ada benda macam ni bagi menghilangkan seqala kekedutan,segala kekerutan di muka , di dahi dan di mulut..huuuhuhuuh ..

dah tu..gi sembahyang jumaat...

Firaz berkata...

salam...

hahah.. nice entry bro....

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum