Scroller's Quote

"its ME... and only ME... coz the rest is HISTORY..." -peace-

Sabtu, 13 September 2008

Undang-Undang Rimba ; Akta Drakonian ISA !!!

Tahanan tanpa bicara! Definisi kepada sesiapa yang ditahan di bawah akta ini. Saya bukan menolak idea bahawa mereka (tahanan-tahanan tersebut) bersalah dan patut didakwa! Saya cuma menolak penahanan mereka tanpa sebarang pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah!

Mungkin mereka bersalah!!! Mungkin mereka tidak bersalah!!!

Kemungkinan-kemungkinan ini hanya boleh terbukti melalui satu proses perbicaraan yang sempurna! Kalau betul mereka bersalah, hadapkan saja mereka ke Muka Pengadilan! Apa yang susah?

Atas alasan mencetus isu perkauman? Ahmad Ismail bagaimana? Ini yang dikatakan sebagai Berat Sebelah! Saya BUKAN mencadangkan supaya Ahmad Ismail dimasukkan ke senarai seterusnya, sekadar ingin memperlihatkan suatu keadaan yang TEMPANG!

Terdesak sangat kerajaan UMNO Barisan Nasional nampaknya. Mungkin esok senarai tersebut akan bertambah berganda-ganda. Dan pastinya ia, MELENGKAPKAN KEBENCIAN RAKYAT terhadap Barisan Nasional.

Terfikir pula saya, adakah ini satu trigger yang diharapkan oleh Pak Lah untuk membangkitkan protes rakyat? Adakah babak-babak ini akan membawa kepada Episod Darurat yang mungkin disandarkan sebagai Talian Hayat yang baru (kepada UMNO dan BN)?

Paluan gendang sudah bermula... Anwar Ibrahim, Haji Abdul Hadi, dan Lim Kit Siang digesa memulakan gerak tari... Rakyat? Bertindak membuta tuli atau sekadar memainkan peranan sebagai pemerhati? Hanya Sebuah Perisytiharan yang terus dinanti...

p/s : atas apa jua alasan, ke atas sesiapa pun jua, saya komited menolak penggunaan ISA!

5 ulasan:

perfectwater75 berkata...

Salam!

Saya pun penuh iltizam menolak ketetapan kerajaan mempegunakan ISA untuk menutup mulut rakyat!!!

Petanda UMNO menjelang kewafatannya...

Tanpa Nama berkata...

Mr. Raj Kaporahhh!

Tum mehe pyar kar tee humm,Bombay Police Station,Inspector Sahaabbb!

Sooooo...SORRY/BUSY!Dengan Lady Dark yg tersadai kat hosp.Selayang-nya...dengan Mr.Gilbert Van Weldeenn-nya (CEO aku). Just check your msg at my blog...Byk ketertinggalan nih!So...Sorry once again,Mera Hitami!Hahaha..

ISA...kot2 mana still relevan utk certain2 kes!Tp...duk pakai utk politics punya kes. Tu yang membusukkan ISA tu sendiri! Well...If they use ISA against perkauman isues...Apa salahnya!Kasi warning itu orang lerrr...jgn duk 'sedap' sgt berkata2!

Utk Raja Petra...Totally, Politics!Sbb gua dah baca dah article tu,logically...betol gk! But..Islamically,Silap lah kot!Islam based on facts or logics?? What say you,Bro?



Pssttt...Lady Dark my lovely eurasian gal akan kuar esok pagi but she got 2weeks MC,kena rest kat rumah..the bintik2 dah makin hilang, stressing kat kaki dah berkurangnya!So,next time la kot lu nak melawat dia...if she sakit lagi!Byk allergic betollah pempuan tu!Susah nak menjaganya...Haha!

Ops..COntohi gua,Bro...24/7 jaga Lady Dark tu!Hahaha..Lagi satu, dia tak sehitam as her nickname!She soooooo....gebu maa!HAhaha...Kalah Si Aflah!huhuhu


Roger!

yusri5698 berkata...

salam..

saya mewakili 21 tukang2 baiki tv,radio dan mesin basuh termasuk computer dikuala lumpur ni menolak dgn sepenuh hati akta isa ni..

alasan? senang jer, kalau rosak.. baiki.kalau rosak dan buang,alamat tutuplah kedai kami..hehe..

sorry merapu sbb mata dah ngantuk tp semangat tu masih ada..

HAPUSKAN AKTA ISA>>

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Lax..

Saya pundgn penuh iltizam menolak ketetapan kerajaan mempegunakan ISA untuk menutup mulut rakyat!!!

HAPUSKAN AKTA ISA!!!!!

Kdh/Png
REFORMASI

Hasbullah Pit berkata...

MAHAGURU58 Sahkan dia tidak ditangkap

Ini catatan terkini dia

Meniti Titian Usang

MY LATEST ARTICLE !!!

Puncakmaya * The House of Balance Living

Terkini Dari Sidang Parlimen MAYA

Itu Ini Begitu Begini Nur Aflah

Macam-Macam Isham Tukar Tiub

Dari Seorang Tukang Tarik Beca

Ceritera Husin Lempoyang

Jom Lepak Jap !!!

Serpihan Daulah SULU

Site's Museum